11 May 2010

Komunikasi Tanpa Halangan Untuk Orang Pekak 1

MFD merupakan pejuang komunikasi tanpa halangan untuk orang Pekak. Bermula pada tahun 2000 kita telah memperkenalkan e-pekak iaitu proram membudayakan orang Pekak kepada IT. Hasilnya sehingga sekarang majoriti orang Pekak telah mengambil kesempatan sepenuhnya dengan kemudahan IT yang sedia kerana mereka bergantung kepada komunikasi visual.

Dengan mempunyai telefon bimbit atau pc orang Pekak dapat berkomunikasi dengan sahabat, keluarga, penjawat awam, masyarakat sekeliling dan melalui menghantar dan menerima sms, 3G dan menggunakan web chat atau video chat.

Juga ramai orang Pekak mengikut trend sekarang iaitu mempunyai Facebook dan blog sendiri.

Tanpa di sedari penggunaan sms, web chat, melayari laman web dapat membantu orang Pekak menguasai bahasa sama ada BM atau English. Mereka dapat memperbaiki bahasa tersebut melalui penggunaan yang kerap. Juga mempercepatkan pengintergrasian orang Pekak ke dalam masyarakat melalui penggunaan SMS dan web chat.

Juga orang Pekak membantu menjanakan ekonomi negara kita kerana mereka membeli pc, laptop dan telefon bimbit serta melanggani perkhidmatan yang disediakan oleh telco (syarikat telefon).

Pada awalnya orang Pekak menggunakan sms tetapi lama kelamaan mereka berasa bosan kerana sms adalah terhad dan merupakan komunikasi sehala. Oleh itu bagi mereka yang tidak sabar telah menukar kepada 3G kerana dapat berkomunikasi secara duahala.

Namun kos menggunakan 3G adalah tinggi tetapi orang Pekak tidak kisah kerana keperluan komunikasi mengatasi segalanya.

Harga perkhidmatan yang ditetapkan oleh telco perlu di kaji semula kerana orang Pekak dan orang bukan Pekak membayar harga yang sama tetapi orang Pekak tidak dapat menggunakan untuk berbual di talian. Ianya merupakan kekurangan kepada pihak kita.

Pihak telco tersenyum kerana mereka mengaut banyak wang dari orang Pekak.

No comments: