17 May 2010

Corat Coret : AGM Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang

AGM PDA berlangsung pada hari Ahad yang lalu. Ahli Gabungan MFD yang kedua selepas Kelantan mengadakan AGM.

Chung Khim Cheong menjadi Presiden PDA bagi penggal 2010 - 2012 selepas di pujuk untuk menerajui PDA semula. Dia berjaya mendapat undi terbanyak menewaskan lawannya. Tahniah kepada Chung, walau pun dah tua tetapi masih gigih meneruskan perjuangan pembangunan orang Pekak.

Amir Hamidi Presiden PSD di lantik sebagai Pengerusi AGM. Walau pun PSD bukan Ahli Gabungan MFD tetapi hubungan antara orang Pekak bagai air di cincang tak putus.

Trend tarik diri daripada memegang jawatan dalam PDA semasa pemilihan masih sukar di hapuskan. Apakah masalahnya? Malu kalau kalah bertanding? Takut kena kritik atau di kutuk kalau tak buat kerja? Tak mahu memikul tanggungjawab? Tak tahu tanggungjawab sebagai JK? Masalah kerjasama dalam satu pasukan? MFD akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini demi pembangunan orang Pekak.

Laporan kewangan PDA, perjalanan kewangan menunjukkan rekod yang tertinggi dalam sejarah PDA. Sekalung penghargaan kepada jurubahasa isyarat yang MFD bekalkan kepada PDA kerana membantu memeriahkan aktiviti untuk orang Pekak di Pulau Pinang.

2 comments:

anakmami said...

Salam Sejastera All,

AGM PDA telah diadakan dgn jayanya. AGM kali ni pertama kalinya sejak peristiwa “tak mesra” berlaku diantara MSFD dgn MFD pemimpin2 kedua2 Gabungan Kebangsaan ini hadir di AGM PDA dan ini sdh jadi catatan sejarah OP. Hope OP akan bersatu semula dgn mengenepikan perbezaan fungsi masing2 demi utk kebaikan OP masa dpn.

Pemimpin2 OP yg hadir ialah Prez MSFD, SUA MSFD, SU MSFD, BENDAHARI MFD, Prez PSD, TP POPK , Wakil PADA n SDJO..

Prez PSD dilatik sebagai pengerusi mesyuarat selepas pembubaran AJK PDA. Semasa pemilihan AJK PDA 2010-2012 berlaku sedikit kekecohan tapi dpt ditangani dgn baik oleh pengerusi mesyuarat..Syabas!!!

Keputusan pemilihan AJK PDA 2010-2012.
Presiden: En. Chung Kim Cheong (memepertahankan jawatan sebelum itu mahu tarik diri)

T/Pez I: En. Wan Mohd Ali (AJK yg paling lama bertahan sejak 1992 salah seorg pengasas PDA naik pangkat dulu PSU w/pun dah tarik diri dari sumber wife dia)

T/Pez II: En. Razman Tan ( Ex. TP n Pengasas PDA baru buat comeback)

S/U : Cikgu Teh (sama mcm TPI n yg paling lama memegang jawatan S/U ini)

P/SU: Gadis Cina (newcomer lupa nama)

Bendahari: En. Azim Khor (Naik pangkat dr AJK biasa)

P/Bendahari: Aaronel (new comer staf YMCA)

AJK: 6 orang – 3 lelaki n 3 girl (1 India 1 Melayu 1 Kacukan Cina/Melayu = 1 Msia)

Pertama kali AJK PDA diwakili oleh semua kaum utama di Malaysia. Yang paling bangga sekarang PDA sdh ada 4 org wakil kaum Wanita.

Semoga mereka semua dpt berkhidmat dengan baik dan buat kaum wanita OP bangga.

Tukang Lapor saja
Anak Mami Penang.

anakmami said...

Salam Datuk S,

Sy tertarik dgn komen Datuk trend tarik diri sdh jadi amalan tiap2 kali pemilihan AJK PDA diadakan. Dari info yg di ckp2 semasa AGM lepas ramai pemimpin2 lama masih berminat menjadi AJK tetapi ada byk kekangan yg terpaksa mereka fikirkan sebelum membuat keputusan. Yg paling klasik mereka terpaksa amik cuti jika ada apa2 program yg dianjurkan oleh persatuan jika bertembung dgn hari2 krj mereka. Ini mmg menyusahkan. Cuti2 mereka sepatutnya dimafaatkn utk bersama2 family tetapi terpaksa dikorban utk persatuan.

Ramai ahli2 persatuan xtahu selalu buruk sangka bila ajk2 nie xsertai program2 yg bertembung dgn hari2 kerja. Nie yg buat pemimpin2 lama “fed up” nak jadi calon tiap2 kali pemilihan diadakn. Lainle yg krj dgn kerajaan atau swasta yg ada off 2 hari atau yg berkerja sendiri. Yg berkerja dgn persatuan OP memang patutle xblh tarik diri mcm Datuk Sazali, Encik Yazid (SDJO) , Puan Sariah (NESDA) n ramai lg.

Ahli2 muda yg masih bujang mcm saya nie pula xminat nak jd AJK depa lebih syok enjoy n kutuk2 pemimpin lama/veteran bila persatuan xmaju. Nak minta tolong dari depa jadi sukarelawan pun susah. Jadi Datuk Sazali fikirlah sendiri mcm mana nak tarik golongan muda mcm saya nie nak jadi bakal pemimpin OP masa depan. Nak harap pemimpin2 yg dah tua2 mereka byk tanggung jwb dgn family dan tmpt kerja. Lama2 if xada pemimpin pelapis NGO OP akan pupus mcm disnaour.