14 July 2008

Pembersihan Etnik?


Entry for October 3, 2007

2 Oktober 2007, @ 2:00 pm - Setiausaha Kehormat MFD, Puan Sariah Ibrahim telah hadir ke majlis perasmian Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Induk di JPK, KPM yang disempurnakan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Saya telah dimaklumkan, di pusat itu mereka membuat penerangan mengenai pertuturan dan pembuatan acuan telinga tetapi tiada mengenai komunikasi orang Pekak.

Oh tersentak saya, berderau darah saya.... mereka menolak bahasa isyarat? Soalan pertama timbul di kepala saya.

Oh Malaysia ku, kita baru menyambut 50 tahun merdeka tetapi mulai kembali ke zaman silam, sejarah hitam di Milan 1880 yang mana bahasa isyarat diharamkan penggunaannya di sekolah-sekolah pekak.

Yakah? Harap tidak... saya sudah mengutuskan 2 surat kepada Menteri iaitu satu mengenai apakah kaedah pengajaran Bahasa Inggeris kepada pelajar Pekak dan satu lagi mengenai kelayakan guru-guru berkhidmat di sekolah pekak yang dipertikaikan. Maaf tiada jawapan sebab kita ini tak penting sangat.

Tahniah kepada oralisma, talkin untuk orang Pekak. Bahasa isyarat bahasa ibunda orang pekak sudah tiada dalam hati dan fikiran mereka. Kita ini hanya butiran batu kerikil yang tak berguna dan di pijak-pijak oleh manusia yang bernama insan.

Namun insan itu adalah kita juga, yang dicipta oleh Allah swt. Agama kita melarang, menegah pengikutnya menginayai insan ciptaanNYA yang lain.

Besar sungguh ketakburan mereka itu, berani sungguh mereka mengingkari perintah Allah swt.
Anda mahu menolong kami?

Jujur?

Ok, kami mahukan bahasa kami dan hak kami. Boleh?

Oh tak boleh, itu maknanya anda tak jujur.

Disaat pemimpin menwar-warkan wawasan menjadi negara maju, kita dibimbing ke zaman batu. Bukalah mata anda, satu demi satu negara mengiktirafkan bahasa isyarat dan hak orang Pekak tetapi Malaysia mulai melaksanakan sistem aparatheid, diskriminasi, tidak adil kepada kita.

Kita pasrah kerana kita ini kumpulan minoriti yang sememangnya ditindas oleh majoriti. Pada mu tuhan kami berdoa, kau selamatkan kumpulan kami, jauhkan malapetaka tertimpa kepada kumpulan kita, jauhkan pembersihan etnik yang tiada mata dan hati bakal menghapus-melenyap kita dan hak kita di muka bumi ini.

Selamat berpuasa.

No comments: