14 July 2008

Jurubahasa Isyarat 1

Salam semua, dibawah ini adalah hasil tulisan saya di Yahoo 360 Blog yang dipindahkan di sini.

May 25, 2006
Saya terbaca komen Peminat Bahasa Isyarat dalam forum Utusan Malaysia pada 24 Mei 2006 mengenai mutu juru bahasa isyarat yang berkhidmat di sisipan Berita Perdana TV1.

Pada pendapat saya komen tersebut adalah baik kerana ianya secara tidak langsung menegur MFD supaya memberikan perkhidmatan yang terbaik, juga kepada para juru bahasa isyarat agar memperbaiki diri mereka.

Pada permulaan program sisipan juru bahasa isyarat di RTM, para juru bahasa selalu berjumpa dan membincangkan berkaitan dengan tugas mereka. Kumpulan ini juga membuka peluang kepadajuru bahasa isyarat baru serta juga mengambil tindakan kepada mana-mana juru bahasa isyarat yang tidak mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Walaubagaimana pun selepas Satar, Hafizah, Maimun dan Hafidah keluar dari program tersebut tiada usaha di buat untuk memberi peluang kepada juru bahasa baru dan sebagainya.

Sekarang semua orang telah bijak menilai baik dan buruk serta mencadangkan pembaharuan. Usaha MFD mempromosikan BIM telah memberikan kesan yang mana ramai orang boleh memahami BIM atau mampu berkomunikasi dalam BIM. Mereka juga menjadi pengkritik kepada kita.

Saya pernah menerima aduan dari pemimpin orang Pekak secara verbal atau melalui rakan agar MFD berbuat sesuatu supaya mempertingkatkan mutu juru bahasa isyarat. Juga guru-guru khas memberikan komen mereka akan isyarat juru bahasa yan g tertentu.

Pihak MFD tidak boleh berbuat apa-apa kerana juru bahasa tersebut berkhidmat secara kontrak dengan pihak RTM dan menerima bayaran terus daripada RTM.

Mengapakah orang Pekak mengadu akan mutu juru bahasa tersebut? Ia adalah disebabkan orang Pekak mahu masyarakat memahami BIM, memandang tinggi dan menghormati BIM serta ingin BIM di tonjolkan dengan betul mengikut situasi yang tepat. Dengan cara itu masyarakat akan memahami cara hidup orang Pekak dengan lebih baik lagi.

Juru bahasa isyarat juga perlu menerima hakikat tersebut, orang Pekak dulu dan sekarang adalah lain. Dulu orang Pekak mengia atau mendiamkan diri walaupun juru bahasa isyarat salah atau tidak mampu menterjemah dan dari itu juga menyebebkan juru bahasa menjadi orang yang kebal atau tidak boleh di sentuh.

Sekarang orang Pekak sudah pandai dan faham akan hak mereka, mereka ada hak untuk memberikan komen dan menilaikan siapa juru bahasa isyarat yang baik.

Untuk memajukan atau mempertingkatkan taraf juru bahasa isyarat, pihak MFD telah menubuhkan panel penilaian juru bahasa isyarat yang terdiri daripada orang Pekak dan bukan pekak bagi menilai kemahiran sebelum memberikan pengiktirafan kepada juru bahasa isyarat tersebut atau mengeluarkan lesen untuk membolehkan mereka berkhidmat.

Manakala Centre for MySL ditubuhkan bagi memberikan latihan/kursus kepada juru bahasa isyarat.

Sebuah persatuan baru iaitu MyASLI - Malaysian Association of SLI telah didaftarkan di ROS dan akan diketahui kelulusannya pada sedikit masa lagi. Dengan cara ini MyASLI akan menyatukan semua juru bahasa isyarat, mencari jalan mempertingkatkan perkhidmatan mereka serta menjaga kebajikan mereka.

Walaupun masih ada suara-suara memperkecilkan usaha MFD, pihak MFD menerimanya sebaai satu cabaran dan sebagai keterbukaan; MFD akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Pertama JBI pada 27 dan 28 Julai, 2006 ini. Di harap resolusi daripada Seminar tersebut akan membantu hala tuju perkhidmatan juru bahasa isyarat di Malaysia.

Sekian

No comments: