14 July 2008

BIM ke Parlimen

Entry for September 10, 2007

11 September telah dikenang sebagai runtuhnya WTC New York tetapi 11 September 2007 akan dikenang sebagai tarikh keramat komuniti kita yang memperjuangkan BIM sebagai bahasa ibunda kita.

Kita akan mempromosikan BIM di Parlimen, kita akan menyanyikan lagu Negaraku dan Malaysia Ku Gemilang dalam BIM yang baru di cipta menggantikan kod yang tidak sesuai dengan lagu negara kita sebelum sessi parlimen bermula pada jam 2:30 pm.

Kita akan bersama-sama YB Menteri untuk makan tengahari dan kemudian saya sebagai Presiden MFD akan berucap dalam BIM mempromosikannya sebagai satu bahasa berdaulat di Dewan yang mulia itu.

Ini merupakan satu permulaan bagi kita, kita akan bakal menerima hak kita yang sepatutnya dan telah dinafikan sekian lama.

Kegagalan KTBM, kegagalan Komunuikasi Menyeluruh, keruntuhan sistem pendidikan khas kita telah menjuruskan kepada idea baru seperti pencacar koklear dan oralisma iaitu pertuturan kiu atau auditory verbal dsbnya.

Kegagalan akademik pelajar kita dijadikan data penting mereka dalam melaksanakan idea baru tersebut. Kita dipaksa menurut oralisma atas nama dasar intergrasi negara dan insan pembangunan negara.

Malangnya, mereka tidak mengukur kemahiran para pendidik menguasai KTBM atau BIM sebelum diamanahkan membimbing generasi kita.

Mengapa pula mesti kita diukur bukan para pendidik kita? Mereka itu sangat penting kerana mereka itulah yang membentuk kita.

Namun kegagalan kita, mengapa mesti meletakkan kesalahan tersebut di bahu kita dan mencadangkan idea baru.

Jelasnya idea baru tersebut adalah satu bentuk penghapusan etnik di dunia moden ini atau pun geneocide, kerana hak kita berBIM dinafikan.

11 September 2007, permulaannya satu perjuangan.

No comments: