14 July 2008

Merdeka 50 Tahun

Entry for 30 August 2007

Tinggal 2:30 jam lagi sebelum kita merayakan Hari Kemerdekaan ke 50, saya terpanggil untuk meluahkan perasaan saya sebagai warganegara dan sebagai orang Pekak mengenai Hari Kemerdekaan ke 50.

Pertama, syukur kerana negara kita aman makmur. Banyak peluang ada di merata. Walaupun saya bekerja dengan NGO namun sehingga sekarang MFD masih bertahan dan jumlah tenaga kerja MFD sudah mencapai lebih 50 orang pekerja. Percaya tak?

Di MFD HQ ada 10 orang, 14 jurubahasa isyarat pelatih, 8 guru di Sekolah Kanak-kanak Pekak Kelana Jaya, Pusat Latihan MySL ada 18 orang, Pusat Pembangunan MySL 3 orang, di MySL Cafe ada 12 orang. Cuba kira... saya bukan cakap besar tetapi saya sendiri terkejut jumlah ahli keluarga MFD adalah begitu besar.

Nampaknya tanggungjawab MFD adalah amat besar dan berat untuk memastikan matlamat kita tercapai. Sah NGO yang ditadbirkan oleh orang Pekak sendiri mampu walau dipandang randah oleh orang lain.

Bagi tahun 2007, laporan bulan Julai RM 6 juta telah di belanjakan untuk semua program kita.... eh saya juga amat terkejut, tak perasaan. Tetapi siapa kata kita tak mampu. Kalau Malaysia boleh, orang Pekak pun boleh.

Daripada 65 orang staff dibawah MFD majoriti adalah orang bukan Pekak, 80% daripada mereka ialah orang bukan Pekak. Ya sekarang orang Pekak hebat kerana mengajikan orang bukan Pekak ye? Terbalik nie.

Bagaimana kita boleh buat kerja macam itu? Semua ini adalah sebab Malaysia. Negara yang kaya, Malaysia kaya, kaya pelbagai etnik makanan dan budaya, kaya dengan sumber alam semulajadi, Malaysia kaya kerana kewangan yang kukuh. Kita juga kaya dengan idea serta kita mempunyai pemimpin yang kaya tapi murah hati serta kaya prihatin, mereka itu tak lokek menyokong MFD.

Kita mengambil kesempatan kekayaan negara kita, bukan menghabiskannya. Kita jujur mengaut keuntungan dari situasi ini dan bukan untuk mengayakan diri sendiri. Ok ini isu moral, kalau tak setuju biarlah macam si Luncai terjun dengan labunya... biarkan... nanti kita kena jawab kelak.

50 tahun Malaysia Merdeka, apa kita dapat? Sikit je tak pe tapi jangan kosong. Berbanding dengan orang Pekak luar mereka sengsara dari kita, tak caya? Anda ada berjumpa dengan penjual barang cenderamata semasa sedang mana di gerai.. siapa mereka? Oh mereka dari negara jiran.

Di Singapura pun walau negara maju dan kaya, orang Pekak tak mendapat tempat istimewa. Mereka terpaksa berjuang, minta itu ini tapi tak dapat seperti yang kita dapat tapi kalau salah sikit boleh dikata lawan kerajaan... eh saya tak mahu bincang isu ini... kebenaran ada..

Di negara barat, sejarah mereka ada yang 300 tahun memperjuangkan hak orang Pekak dalam pendidikan, kebajikan, pekerjaan, lesen memandu dsb.. tapi kita baru masuk 50 tahun dah banyak dapat... nasib kita baik kan? Ngapa? Sebab negara kita kaya ya... maaf jangan kata saya ni kuat bodek kerajaan. Nah saya cerita pula dari segi lain... mengikut pandangan NGO.

Dalam kekayaan kita ada yang miskin. Yang paling sedih ialah miskin pemikirannya. Maksud saya walaupun ada segelintir orang yang kaya dengan kertas ijazah dan pangkat tapi miskin dengan akal.

Tengok kanak-kanak kita, setiap tahun masih tak berjaya dalam akademik dan menyusahkan masa depan mereka. Orang lain mempersalahkan kanak-kanak kita dan mempersalahkan bahasa isyarat kita. Mereka buat macam-macam kepada kanak-kanak kita, macam katak yang jadi bahan kajian sains semasa saya dalam tingkatan 5 dulu.

Kanak-kanak kita di label lembab, tak boleh belajar dan selalu pelupa. Astarafirullah alazim. Kan otak anak pekak kita dengan yang lain sama je. Masalahnya ialah tiada input komunikasi. Mak bapak tak tahu berbahasa isyarat, guru tak mahir... sekeliling mempunyai sekatan komunikasi... input tak masuk dan sebab itu kanak-kanak kita otaknya kosong.

Lepas itu orang yang kaya kertas kata kita ni itu.. ini... ikut kajian mereka....itu... ini... mereka kaji kita. Senang macam katak je...Tapi kalau kita kaji guru sejauh mana kemahiran mereka dalam penguasaan medium pengajaran kanak-kanak pekak, apa ceritanya pulak? Maaf guru-guru... saya tak kata semua anda ni punca... tapi yang terasa itu harap fikir baik-baik ya... juga pembuat polisi dan dasar, nanti mati anda akan di adili... Allah maha besar... eh maaf ini bab berat mengutuk... ok...

Bab ini pula saya ingin menekan kepada orang miskin dalam komuniti kita, majoriti komuniti kita adalah miskin ilmu, ini adalah disebabkan bermula produk dari sekolah yang miskin dalam kejayaan akademik. Pemimpin yang ada pula miskin moral, mereka pakai baju pemimpin orang pekak tapi mereka ni memiskinkan komuniti kita. Tengoklah, orang pekak tak tahu baca BM atau English.. pemimpin kita apa peduli?

Apabila kita miskin, kita mudah dijajah oleh orang lain.. tak caya? tak sedar? contohnya banyak keputusan dan dasar dalam negara di bentuk oleh bukan kita sendiri. Why? sebab kita miskin pemahaman dan miskin perjuangan yang satu..

Ini perjuangan orang Pekak yang belum selesai, membasmikan kemiskinan, berkongsi kuasa, berkongsi kemakmuran.

Oleh itu saya percaya kita akan menikmati kemakmuran yang lebh baik lagi, selepas ini, apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada kita. 50 tahun merdeka bukan salah Malaysia tapi salah diri sendiri... tepuk dada tanya selera..

Merdeka... merdeka...

No comments: