09 June 2009

Kerajaan Perpaduan, Persatuan Perpaduan


1. Baru-baru ini Presiden PAS telah mencadangkan kerajaan perpaduan, saya masih kabur apakah jenis perpaduan yang dinyatakan. Bertambah keliru apabila sahabat PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) telah meminta penjelasan dari PAS, mungkin mereka takut PAS keluar PR dan PR akan menghadapi masalah kekurangan majoriti. Ini merupakan perkara biasa dalam politik?

2. Bagi saya kerajaan perpaduan itu ada baiknya kerana akan bersama-sama menyatukan negara untuk pembangunan. Kita elakkan pecahbelah dalam negara kita, kita bersama-sama bertangungjawab untuk membawa negara kita mencapai wawasan tanpa mengira warna kulit atau kefahaman.

3. Macam apa yang saya baca akhbar berlaku di USA, Republican dan Demokrat berperang untuk mendapatkan sokongan bagi calun Presiden mereka. Apabila keputusan keluar ianya di terima dan Republican dan Demokrat bersatu kembali sebagai rakyat USA untuk membangunkan negera mereka.

4. Juga di Australia, saya berbual dengan orang tempatan mengenai politik, mereka mengelak menjawab pertanyaan saya bagai tidak meminatinya.

5. Tetapi di negara kita Malaysia ianya adalah berlainan.

6. Politik orang Pekak juga macam politik orang bukan Pekak iaitu BN dan PR tetapi tak seteruk mereka. Untuk mencapai Persatuan Perpaduan adalah masih jauh walaupun pada asalnya pelopor persatuan mahukan orang Pekak bersatupadu dibawah satu persatuan dan satu logo. Macam logo UMNO, PAS, DAP dan sebagainya di gunakan seluruh negara.

7. Isu logo persatuan orang Pekak yang seragam sudah lama di bincangkan dan diluluskan semasa AGM MFD, roadshow menerangkan perlunya penyeragaman logo telah dibuat ke seluruh negara dan persatuan gabungan MFD telah menukarkan logo mereka ke logo seragam MFD melalui AGM masing-masing.

8. Untuk mencapai matlamat Persatuan Perpaduan bukannya mudah, ada suara yang menentang.

9. Pada tahun 2008/2009 ini, tiga buah persatuan iaitu PDA (Pulau Pinang), POPNMelaka dan POPTerengganu telah menukarkan logo mereka kepada logo yang seragam dengan MFD dan ahli gabungan yang lain. Laluan 3 persatuan untuk menukar logo tersebut adalah sukar dan wujudnya permainan kotor. Tapi syukur alhamdullilah, niat baik di berkati tuhan.

10. Hanya tinggal Perak dan Kedah yang belum menunjukkan kesungguhan untuk menwujudkan Persatuan Perpaduan. Semua mata memandang kepada pemimpin sana apakah mereka akan menyokong Persatuan Perpaduan?

1 comment:

anakmami said...

Encik Sazali,

Bagus tulisan pasai Perpaduan.... Mengikut fakta sejarah OP ketua2 OP pernah bersetuju untuk menggunakan satu LOGO saja masa itu NGO OP Perak belum wujud lagi tp NGO OP Kedah dah ada dan hadir dalam perbincangan Ketua2 Pekak di Penang. Apa pasai depa (Kedah) tak setuju sekarang? Pemimpin OP Kedah orang yang sama setuju mahu logo sama setiap persatuan OP?