25 June 2009

Kegagalan Pelajar Pekak Dalam Akademik

1. Saya telah mendapat keputusan menyeluruh pelajar Pekak yang menduduki peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2007 daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ianya mengumumkan keputusan tinggi calun Pekak gagal dalam banyak mata pelajaran yang diduduki.

2. Keputusan tersebut adalah menakutkan dan menyedihkan bagi saya sebagai pemimpin orang Pekak.

3. Saya tidak tahu apakah reaksi atau perasaan ibubapa, guru, guru besar, pengetua, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Pendidikan Khas yang dibayar gaji dan diamanahkan mengenai pencapaian yang buruk tersebut.

4. Saya amat bersyukur kerana di MFD, Ahli Majlis selalu membincangkan isu tersebut sebab organisasi kita merupakan tempat yang terakhir orang Pekak mendapatkan bantuan, menyertai aktiviti, pembangunan sosio-ekonomi dan lain-lain. Kita menghadapi pelbagai masalah dalam menguruskan produk dari sekolah-sekolah dan terpaksa menyelesaikannya kerana tiada tempat lain mereka hendak pergi keculai kepada kita.

5. Apakah punca kegagalan pelajar Pekak kita?

6. Apakah sistem pendidikan untuk Pelajar Pekak tidak relevan lagi?

7. Orang Pekak adalah manusia ciptaan tuhan. Semuanya sama, pekak atau bukan pekak juga di bekalkan otak untuk menerima ilmu. Ilmu di sampaikan oleh ibubapa, guru, kawan dan masyarakat sekeliling.

8. Tidak dinafikan rumah merupakan sekolah yang paling awal untuk orang Pekak dan gurunya ialah kedua ibubapa dan keluarga. Untuk itu, kedua ibubapa wajar mempelajari kemahiran membimbing anak pekak dan pihak berkuasa hendaklah bertanggungjawab memberikan gambaran yang tepat dan jelas, bukan menakut-nakutkan ibubapa bagi melariskan program atau produk mereka.

9. Di sekolah adalah masa yang kritikal bagi menyampaikan ilmu kepada orang Pekak sebab otak kanak-kanak tersebut adalah masih lembut dan menerima input yang berharga. Kunci untuk menyampaikan ilmu kepada kanak-kanak Pekak ialah kemahiran komunikasi, sebab ilmu di sampaikan kepada kanak-kanak melalui komunikasi. Komunikasi adalah dalam banyak bentuk dan yang paling penting ialah komunikasi dua hala - guru ajar murid pekak faham, murid pekak tanya guru jawab.

10. Sebab itu, institiut perguruan di wujudkan bagi melatih para guru pendekatan mengajar dan kurikulum telah di bangunkan sebagai panduan. Semua itu sudah jelas dan termaktub.

11. Masuk 30 tahun kaedah Komunikasi Menyeluruh di perkenalkan selepas keluar zaman gelap oralisma yang bermula pada tahun 1880 tapi pelajar Pekak di Malaysia masih gagal juga.

12. Dulu kelas Pekak terletak di sudut terpencil di belakang sekolah, bawah tangga dekat tandas tapi sekarang kita bangga punyai sekolah Pekak yang terbaik di rantau ini.

Mau ke depan atau gostan balik ke belakang? Lu fikir-fikirlah sendiri sebab lu ada SPM.

1 comment:

anakmami said...

Salam,
Ada guru-guru di SMPK-CP tak tahu bahasa isyarat guana nak ngajar? Contoh yang paling klasik ialah Pengetua @ guru besar ada yang langsung tak tahu apa-apa tentang OKU OP n bahasa isyarat lagile tak tahu jadi macam mana depa nak tahu problem pembelajaran OP.Komunikasi dgn OP pun tak tahu.

Hope Kem. Pelajaran dapat hantar guru2 yang mahir bahasa isyarat dan pengetua yang tahu bahasa isyarat juga barulah OP boleh maju dalam pelajaran.