29 December 2010

Keputusan PMR Pelajar Pekak dan Arahan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran

Saya belum menerima keputusan PMR calon Pekak bagi tahun 2010 ini. Harapnya ada keputusan yang baik bagi calon Pekak macam tahun kebelakangan yang mana menjadi berita besar di akhbar tempatan. Berita kejayaan pelajar Pekak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan awam menjadi motivasi kepada kita, ibubapa, guru, pelajar Pekak yang lain.

Kejayaan tersebut akan menukar pandangan para guru, pengetua, pegawai bahawa orang Pekak tak boleh berjaya dalam pendidikan atau pendidikan untuk orang Pekak tidak bagitu penting.

Y.Bhg. Dato' Abd. Ghafar bin Mahmud
Tahun ini sunyi sahaja kerana tiada berita mengenai kejayaan pelajar OKU dan saya merasakan sesuatu yang tidak kena tetapi saya tetap berdoa masih ada yang berjaya mendapat keputusan yang baik sebagai bukti kejayaan sistem pendidikan kita. Jika tidak berjaya mesti ada sebabnya dan saya tertarik dengan berita Mingguan Malaysia hari Ahad berkaitan dengan arahan Y. Bhg. Dato' Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran bertajuk Hanya guru berkelayakan ajar BM. (KLIK PADA TAJUK INI).

Saya amat bersetuju dengan arahan itu dan mengusulkan guru yang mempunyai kelulusan dalam BIM/BMKT layak mengajar di sekolah Pekak.

15 December 2010

Diari bulan ini

Lama juga tak menulis di ruang ini, memang saya sibuk ke sana ke mari. Berikut adalah jadual saya.

17 - 25 November 2010, saya ke Tokyo bagi memenuhi undangan sebagai penceramah di satu persidangan orang Pekak DPro iaitu kumpulan bebas di Jepun. Di sepanjang minggu saya sibuk dengan acara dan gambar saya boleh di lihat di facebook.

26 - 28 November 2010, saya menghadiri Bengkel Malaysian Standard anjuran Sirim di Hotel Concorde Shah Alam. Bengkel itu bertujuan untuk menyemak dan update MS1184 dan menukarkan garis panduan itu kepada Universal Design yang mana membolehkan semua orang OKU, orang tua, ibu mengandung, kanak-kanak, orang sakit akses kepada bangunan tanpa halangan.

30 November - 3 Disember 2010, saya, Zaine dan Wan Zuraidaj ke Jakarta, Indonesia untuk menghadiri ke Regional Conference on Asean and Disability dan penubuhan Asean Disability Forum. Saya juga berkesempatan melawat Geraktin (organisasi orang Pekak nasional) buat pertama kalinya dan juga berjumpa dengan kumpulan PERTI iaitu kumpulan orang Pekak yang keluar dari Geraktin.

4 - 10 Disember 2010, saya bertindak sebagai fasilitator bagi Kursus Pengurusan NGO untuk kumpulan orang Pekak Vietnam dari Hanoi Association of the Deaf.

8 Disember 2010, saya di jemput membentangkan kertas kerja mengenai keperluan orang Pekak di Audit Accessibility Seminar anjuran Sirim dan JKMM di Melaka. Singgah ke Puskom Melaka untuk membuat lawatan mengejut.

10 Disember 2010, saya dan keluarga pulang ke kampung isteri saya di Sg. Tiang, Kedah. Anak perempuan pertama saya buat pertama kali memandu di lebuhraya dari Tapah ke Bukit Gantang. Kami singgah di Port Weld untuk menikmati mee udang. Pada 11 Disember 2010, saya dan keluarga ke Kuarter Penjara Pokok Sena untuk majlis perkahwinan sepupu pekak isteri saya. Ramai sahabat handai pekak juga hadir. Saya pulang ke KL menaiki bas pada 12 Disember 2010

13 Disember 2010, jam 10.00 am mempengerusikan perhimpunan staf MFD dan menerangkan penstrukturan baru MFD yang akan bermula 1hb Januari 2011. Pada jam 2:30 pm saya ke mesyuarat Ahli Majlis OKU yang dipengerusikan oleh KSU KWKPM. Saya membangkitkan isu kesukaran orang pekak memperolehi lesen memandu berkaitan dengan Akta JPJ dan isu kualiti pendidikan orang Pekak yang tidak memuaskan dan menyukarkan mencapai hasrat YAB Perdana Menteri kearah rakyat yang berpendapatan tinggi. YBhg KSU akan mengadakan satu perjumpaan dengan pihak MFD pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

14 Disember 2010, saya terlepas penerbangan ke Vientiane, Laos kerana sibuk menyiapkan assignment universiti. Saya terpaksa membeli tiket one way baru ke destinasi pada 16 Disember 2010.

Masa yang terluang ini saya mengambil kesempatan berehat secukupnya dan menulis blog ini.

15 November 2010

Tukar Guru Besar Cemerlang UPSR

Saya belum menerima berita mengenai keputusan pelajar Pekak kita yang menduduki UPSR tahun ini. MFD telah terlibat memberikan motivasi kepada pelajar tersebut melalui kem yang di bimbing oleh belia pekak dan juga pelajar daripada Gallaudet University, USA.

Hanya 4 buah sekolah termasuk satu melalui persatuan orang Pekak yang mengikuti program yang di anjurkan oleh MFD secara percuma. Saya amat bersyukur kerana adanya guru besar yang mengambil berat dan peka dengan kepentingan pendidikan muridnya, mereka sanggup bekerjasama dengan pihak luar untuk melaksanakan program yang mendatangkan faedah kepada murid Pekak.

Semalam di ruang Awang Selamat Mingguan Malaysia ada membicarakan tajuk di atas (KLIK DI SINI). Saya amat bersetuju supaya sekolah Pekak kita diterajui oleh guru besar yang cemerlang serta benar-benar ikhlas untuk untuk membimbing kanak-kanak pekak ke arah menjadi orang yang berguna.

Teringat kata-kata Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad, Tokoh Pendidikan, semasa saya di jemput sebagai penceramah di bengkel anjuran LPM di PD, beliau berkata guru wajar membimbing murid-murid mendapatkan kejayaan yang minimal dan bukan gagal terus. Ianya ada satu kebenaran kerana di sepanjang kami di MFD membantu orang Pekak mendapatkan pekerjaan, tahap kenal huruf klien kami yang berumur dalam lingkungan 20an adalah menyedihkan dan menyukarkan mereka mendapat pekerjaan bagi membina kehidupan yang baik.

06 November 2010

Selamat Divali


Di Malaysia kita panggil Deepavali, di India di panggil Divali juga di negara lain di eja Diwali. Walaupun berbeza tetapi maksudnya adalah sama iaitu Pesta Cahaya.

Malam Divali, dikeliling rumah kaum India diterang cahaya, juga macam malam-malam sebelum Hari Raya Aidilfitri atau malam tujuh likur orang Melayu memasang pelita panjut. Sekarang kemodenan telah menukar kepada lampu "kelip-kelip".

Malam Divali, dentuman mercun boleh dirasakan gegarannya di sana sini, walaupun dilarang tetapi gagal dihentikan. Sebelum raya, orang Melayu di kampung main meriam buluh sebab ianya adalah satu "permainan" yang murah berbanding dengan mercun atau bunga api. Tidak lupa dengan orang Cina yang mana tarian naga tidak lengkap tanpa mercun.

Malaysia ialah negara yang berbilang kaum atau multiethnic dan merupakan negara yang paling banyak cuti umum bagi menghormati perayaan kaum tersebut.

Oleh itu saya mengucapkan Selamat Divali kepada semua rakan berbangsa India, maafkan saya kerana tidak melawat ke rumah anda.... terlalu banyak undangan yang tidak dapat saya penuhi...

29 October 2010

Masih ada diskriminasi?

Bendahari MFD telah forwardkan saya berita akhbar tempatan mengenai seorang Pekak tak pulang rumah kerana kecewa tidak dapat lesen memandu (klik di sini) .

Sukar sungguh kita orang Pekak mahu meneruskan kehidupan. Akademik kita gagal, kerja setakat kilang. Kilang jauh dari rumah kena naik basikal atau bas loncat-loncat (tukar tukar bas). Hujan panas berembun, kalau sampai lambat kena pecat. Balik malam buta buat OT sebab duit tak cukup, dalam gelap gulita kena patuk ular, rompak atau ragut atau kena langgar kereta.

Oleh itu nak pergi kerja naik motorsikal supaya dapat bantu naikkan produkitivi tempat kerja dan juga dapat elaun OT lebih untuk ibubapa atau anak beranak. Tapi lesen memandu punya hal, suruh pi jumpa doktor periksa telinga kena minta cuti dan potong gaji. Kena keluar duit bayar tambang pi hospital jauh dari rumah, hari ini tempah tarikh bulan depan buat ujian. Tunjuk kad OKU kepada JPJ pun tak laku, buang karan saja JKMM buat kad OKU.

Lepas itu pi kursus memandu 6 jam wajib tapi tanpa jurubahasa isyarat, apa boleh masuk otak? Panggil jurubahasa isyarat pun kena selok kocek sendiri untuk bayar upah kerana kursus hujung minggu.

Duduk ujian undang-undang gagal 5 kali atau 10 kali, depan komputer pun tak erti, siapa peduli. JPJ tetap masuk duit penalti. Tapi orang tua dan orang asli dapat lesen sebab JPJ buat khas, siapa tak sakit hati?

Last-last bawa motorsikal tanpa lesen sebab mahu hidup untuk makan dan makan untuk hidup, bukan merempit. Bila polis atau JPJ tahan terus jadi perit.... huhuhuhu....

Oh Malaysia ku.....

27 October 2010

Cerita Survival Hidup Orang Pekak

Kelmarin saya singgah bersarapan di MacDonald selepas membeli tiket penerbangan ke luar negara bulan depan. Saya terjumpa rakan Pekak lama sejak kami menyertai Kelab Pekak di YMCA pada tahun 80an. Sambil bekerja beliau berbual dengan saya mengenai banyak perkara.

Rakan saya yang memasuki umur 50an dan sudah 8 tahun bekerja di MacDonald, sebelum itu dia bekerja sebagai data entry clerk lebih 20 tahun iaitu kerja yang baik, gaji yang memuaskan serta suasana tempat kerja yang lebih selesa. Namun kegawatan ekonomi dunia telah menyebabkan syarikat tempat kerja ditutup dan dia hilang mata pencarian.

Suami rakan saya itu bekerja kilang dan mempunyai tanggungjawab untuk membiayai kos pendidikan anak tunggal mereka. Mereka pernah menghantar anak mereka belajar di UK dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat tinggi di dalam negara.

Mereka menyewa rumah kerana rumah yang mereka beli itu masih belum siap kerana projek terbengkalai, namun mereka terpaksa membayar pinjaman bank setiap bulan.

Rakan Pekak saya tidak memilih pekerjaan kerana dia tahu tahap pendidikan dan juga sudah berumur. Beliau mengambil keputusan bekerja di MacDonald untuk mendapatkan rezeki bagi membantu suami membiayai kos pembelajaran anak mereka.

Beliau tidak kesal kerana bekerja di MacDonald yang mana kerja tersebut berkaitan dengan penyajian makanan, membersih termasuk membersih tandas dan melayan pelanggan berbanding dengan kerja lama sebagai data entry clerk. Rakan saya itu adalah dalam kategori yang tahu bersyukur.

Beliau juga menceritakan pengalamannya memerhati generasi muda Pekak sekarang, menurut beliau generasi sekarang tidak tetap pendirian, tidak serius bekerja, suka ponteng kerja dan mengambil MC, bergaduh dan juga suka lompat kerja. Walau pun rakan Pekak saya hanya berpendidikan setakat LCE, dia dengan secara sinis berkata generasi muda sekarang adalah rendah pelajarannya kerana melihat cara berfikir walaupun mereka itu berpelajaran tinggi.

19 October 2010

Bajet 2011 : Dana Pencen Swasta

Saya amat menyambut baik akan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia juga Menteri Kewangan mengenai pelaksanaan Dana Pencen Swasta pada tahun depan dalam usaha menjaga kebajikan rakyat seiring mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Dana itu akan memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Pada masa ini, jumlah orang Pekak yang bekerja dengan kerajaan dan akan menikmati pencen selepas bersara nanti adalah tidak ramai. Majoriti orang Pekak terpaksa bekerja di bahagian swasta kerana tidak mempunyai kelulusan akademik yang ditetapkan oleh SPA/JPA.

Kumpulan ini belum di ketahui apakah cabaran hidup mereka selepas bersara wajib dan apakah pengalaman hidup mereka tanpa wang pencen. Orang bukan Pekak selepas pencen boleh meneruskan hidup dengan bekerja sebagai pegawai keselamatan, berniaga dan sebagainya tetapi bagaimana orang Pekak pula? Orang Pekak memang tak boleh kerja sebagai pengawal keselamatan.

Saya ada berjumpa dengan beberapa orang kawan Pekak yang tidak bekerja kerana sudah tua. Semasa muda mereka bekerja sebagai buruh binaan kerana tidak ada kelulusan akademik dan mendapat gaji mengikut hari, kawan saya itu menjual minyak urut dan mengambil upah mengurut orang untuk mencari sesuap nasi. Juga ada yang terpaksa mencari besi buruk atau barang lusuh untuk di jual.

Ada juga orang Pekak telah menghabiskan wang KWSP dengan membeli rumah, kereta atau barang yang mewah kerana tidak pernah memegang wang yang banyak seumur hidup. Mereka ini juga tidak menerima konsultasi mengenai penjimatan wang KWSP.

Oleh itu pengumuman YAB Perdana Menteri adalah sangat di alu-alukan, masa adalah belum terlambat untuk berbuat sesuatu.

Harap mereka yang bekerja di kerajaan sana, jangan lupa pekerja swasta kerana kerajaan mengambil cukai dari syarikat atau gaji dari pihak swasta untuk membayar gaji, elaun, pencen pekerja kerajaan dan pembangunan negara.

Jangan lupa rumah yang kita tinggal dengan selesa sekarang dan jalan yang kita lalui sama ada dengan motorsikal atau kereta adalah hasil penat lelah pekerja swasta yang sanggup berhujan panas.

Oleh itu sudah sampai masa rakyat pekerja swasta mendapat perhatian yang setimpalnya.

11 October 2010

Memartabatkan Bahasa Isyarat - Satu Kejayaan

Saya pernah menulis mengenai memartabatkan bahasa isyarat di blog saya pada 6hb April 2010 (klik di sini) dan berkongsi maklumat mengenai ICED - Inernational Conference on Education for the Deaf yang akan berlangsung di Vancouver, Canada.

Untuk pengetahuan semua, pada tahun 1880 persidangan antarabangsa telah berlangsung di Milan Itali untuk membincangkan pendidikan untuk orang pekak.

Persidangan tersebut telah meluluskan resolusi yang menjejaskan pendidikan dan kehidupan orang pekak di seluruh dunia. Diantara Resolisi tersebut ialah :

- Membuang (remove) penggunaan bahasa isyarat daripada program pendidikan di seluruh dunia.
- Mengeluarkan orang pekak dalam melibatkan diri membuat polisi, perancangan
- Mencegah orang pekak dari melibatkan diri dalam membuat keputusan peringkat kerajaan, menyekat peluang pendidikan dan pekerjaan.

Hasil dari ICED berlangsung pada 18 - 22hb Julai 2010 iaitu selepas 130 tahun peristiwa hitam di Milan, akhirnya pada pendidik dan ahli akademik seluruh dunia bersetuju dengan penggunaan bahasa isyarat dalam pendidikan orang Pekak dan berasa kesal serta menolak resolusi Milan tersebut. Sejarah hitam tersebut perlu diingati dan dijadikan iktibar kepada semua serta menwajibkan semua program pendidikan menerima dan menghormati semua bentuk bahasa dan komunikasi. Baca di sini - sila klik.

Informasi resolusi tersebut dalam isyarat antarabangsa (bukan bahasa isyarat antarabangsa) juga boleh di dapati dari Vimeo (klik di sini)

Harap semua pejuang bahasa isyarat, para pembuat polisi dan sesiapa yang melibatkan diri dalam dunia Pekak, sila meneliti informasi tersebut dan jadikan rujukan perjuangan anda.

09 October 2010

UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016: Muhyiddin


Tadi saya terbaca berita mutakhir di Berita Harian Online berkaitan dengan tajuk di atas. UPSR kekal dengan penambahbaikan (sila klik di sini).

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat kerana memberikan input yang amat berharga. Pandangan mereka telah saya sampaikan di rundingan meja bulat yang mana saya telah diundang dan di berikan peluang untuk bercakap. Saya telah mengambil kesempatan berucap di peristiwa yang bersejarah tersebut menggunakan BIM dengan terjemahan suara oleh jurubahasa.

Yang paling membanggakan di hari yang bersejarah itu ialah tahap kesedaran tinggi MOE akan keperluan orang wakil Pekak, mereka memberikan penghormatan dan mengaturkan tempat duduk saya berdepan dengan tempat duduk jurubahasa isyarat.

Rundingan meja bulat tersebut di pengerusikan oleh Tan Sri Alimuddin, turut hadir ialah Tokoh Pendidikan iaitu Tan Sri Arshat, VC UiTM, tokoh akademik, ahli politik YB Tony Phua, pemimpin belia dan sebagainya.

08 October 2010

Kearah Transformasi Pendidikan Untuk Pelajar Pekak

Bulan lepas saya telah menghadiri 3 mesyuarat penting peringkat kementerian berkaitan dengan transformasi pendidikan untuk orang Pekak.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah setuju membuang perkataan CALON KHAS pada sijil peperiksaan awam kerana terdapatnya calon OKU termasuk Pekak telah membuktikan mampu memperolehi keputusan yang terbaik. Perkataan CALON KHAS tersebut membawa kesan yang negatif kerana akan menyukarkan OKU mendapat tempat dalam pendidikan tinggi dan pekerjaan.

Saya telah menyokong keputusan LPM tersebut tetapi menekankan supaya calon Pekak wajib menduduki UJIAN LISAN melalui penggunaan bahasa isyarat tak kira KTBM atau BIM. Ini adalah kerana salah satu syarat untuk bekerja di jabatan kerajaan memerlukan lulus UJIAN LISAN dan sekiranya calon Pekak di kecualikan dari mengambil UJIAN LISAN akan menyukarkan peluang tersebut.

BIM telah diluluskan penggunaannya di sekolah-sekolah kerajaan, BIM di gunakan untuk semua subjek kecuali Bahasa Melayu dan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) masih digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu.

BIK - Bahasa Isyarat Komunikasi iaitu subjek baru berkaitan dengan membimbing kemahiran komunikasi pelajar pekak akan di perkenalkan pada tahun 2011. BIK adalah campuran 2 isyarat iaitu BIM dan KTBM. Cara perlaksanaannya adalah belum di ketahui.

Walaupun masih belum jelas dengan BIK kerana tidak ada di mana-mana dunia dan rujukan namun saya memberikan sokongan kepada BIK kerana akan membantu peningkatan kemahiran pelajar pekak dalam komunikasi dan berinteraksi kerana pada masa ini cara komunikasi orang Pekak adalah tidak memuaskan.

Saya juga berharap BIK akan digunakan di UJIAN LISAN peringkat peperiksaan awam kerana UJIAN LISAN tersebut akan menggalakkan calon Pekak untuk berusaha lebih bagi mempertingkatkan kemahiran komunikasi, kefahaman dan pengetahuan am mereka.

Saya juga telah hadir ke roundtable meeting di PICC (Putrajaya) yang di pengerusikan oleh YB Tan Sri Ketua Pengarah. Mesyuarat tersebut berkaitan dengan pemansuhan UPSR/PMR. Saya telah mendapatkan input daripada guru sekolah Pekak terlebih dahulu dan menyampaikannya di mesyuarat tersebut.

Majoriti guru memberikan pandangan UPSR tidak perlu dimansuhkan kerana ianya adalah kayu pengukur dan sasaran pelajar dan guru di sekolah Pekak. Waimana UPSR perlu di buat dengan cara baru dan kajian perlu di buat.

Saya juga telah menambah supaya guru yang mengajar di sekolah Pekak perlu mempunyai kelulusan dalam menguasai bahasa isyarat bukan sahaja ijazah pendidikan khas seperti mana syarat mengajar di Australia, New Zealand, USA dan sebagainya.

Transformasi pendidikan tersebut adalah sangat di alukan, apabila pihak BPK menyebut BIM secara tidak langsung akan mengaitkan MFD. Untuk merealisasikan penggunaan BIM di sekolah seperti yang di persetujui, guru di sekolah Pekak perlu menguasai kemahiran BIM terlebih dahulu. Buat masa ini saya tidak tahu samaada pihak berkenaan telah atau merancang melatih guru kepada penguasaan BIM. Oleh itu MFD adalah sumber yang bertepatan dalam membantu guru menguasai BIM.

17 September 2010

Apakah pemimpin Pekak Cina pupus?

Selepas AGM KLSD saya ada menerima cerita di kalangan orang Pekak dari KL mengenai pemimpin Pekak Cina pupus di KLSD. Josie Koo, isteri Kim Huat ahli KLSD yang bekerja di Pusat Majudiri Y ada menulis mengenai kepupusan itu dalam status di YMnya dan saya telah menegur Josie bagi mengelakkan salah faham. Maksudnya ialah tiada lagi orang Pekak Cina memegang jawatan EXCO di KLSD

Semasa AGM KLSD baru-baru ini tiada orang Pekak Cina berjaya memegang jawatan dalam EXCO KLSD bagi tahun 2010 - 2012. Saya telah dilantik mempengerusikan pemilihan EXCO KLSD dan menyaksikan Lim Anuar menarik diri, juga ada yang tidak layak kerana peraturan KLSD melarang calon yang masih menuntut di IPT. Ahli KLSD juga telah memberikan peluang kepada Yong Yit Sin dan Yip Chee Kean untuk bertanding pada saat terakhir walaupun penamaan telah di tutup.

Malangnya, jumlah kehadiran ahli KLSD keturunan Cina yang amat sedikit telah menggagalkan usaha untuk memberi peluang kepada Yong dan Yip memegang jawatan sebab kedua mereka kurang aktif dalam program KLSD.

Seorang calon wanita Pekak Cina yang menerima pencalonan terbanyak tetapi tidak hadir di saat terakhir kerana masalah kesihatan juga telah tewas di hukum oleh ahli. Ada berapa pemimpin seperti Hisham Khailani juga tewas dalam undian.

Namun 4 orang Pekak keturunan India berjaya memegang jawatan di dalam EXCO KLSD yang sejumlah 11 orang.

Kepupusan kepimpinan orang Pekak Cina di KLSD juga berlaku di Kelab Pekak YMCA Kuala Lumpur. Hymasutan merupakan Presiden Kelab Pekak YMCA KL berbangsa India yang pertama dalam sejarah, beliau mempunyai pengalam luas iaitu pernah mewakili MFD ke WFD Youth Camp di Madrid, EXCO Unit Belia Pekak Malaysia, bekas EXCO KLSD dan meletak jawatan untuk merebut jawatan Presiden di POCPS tetapi gagal.

Sekarang terdapat 3 orang bangsa Melayu dalam JK Kelab Pekak YMCA KL dan kepupusan kepimpinan Pekak Cina mulai tidak dinafikan.

Benarkah di negara kita mengalami kepupusan pemimpin orang Pekak Cina? Jika benar mengapa ianya berlaku?

Kelab Pekak YMCA KL bukannya sebuah kelab baru dan ingusan kerana akan menyambut ulangtahun ke "38". Program kepimpinan kerap di laksanakan oleh Kelab Pekak tetapi jika kepupusan itu berlaku bermakna program yang dilaksanakan kurang mempunyai impak?

Walaubagaimana pun jika adanya program antarabangsa, majoriti orang Pekak Cina akan menyertainya kerana kekuatan kewangan mereka tetapi sukar memberikan khidmat kepada komuniti sekembali ke negara melainkan kepada kumpulan mereka sendiri.

Amir Hamidi sebelum ini ada membentangkan kertas kerja mengaitkan kepupusan pemimpin dengan dinosaur. Saya faham apa yang tersirat oleh beliau. Pada saya "dinosaur" itu memang saling berbunuhan untuk survival dan saya tidak nampak berlakunya di KLSD atau mana-mana Ahli Gabungan MFD. Saya kagum kerana orang Pekak di KLSD kerana tidak lagi "memakai cawat" dan berfikir seperti orang zaman purba.

09 September 2010

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431

Saya masih ingat pada tahun 1996 Sdr Aqlam Jafri yang pulang untuk membuat latihan industri dengan KLSD telah membangunkan laman web KLSD iaitu laman web OKU yang pertama di negara ini. Web tersebut di rasmikan oleh Datuk Dr. Mohamad Awang Lah, MIMOS di Damansara.

Selepas itu kita tidak memandang ke belakang dengan memperkenalkan ICT kepada orang Pekak di seluruh negara iaitu penggunaan alat pager, memperkenalkan The Hub iaitu server cross-operator untuk sms, projek celik ICT iaitu e-Pekak v1 dan v2 dan terakhir MySign Community.

Hasilnya orang Pekak telah sebati dengan ICT, mereka mempunyai PC atau laptop untuk berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan web chat dan handphone untuk menghantar dan menerima sms atau menggunakan komunikasi 2 hala iaitu 3G. Juga ada yang menggunakan Blackberry termasuk saya sendiri.

Alatan tersebut dibeli oleh orang Pekak dengan wang sendiri berkat dari kemakmuran negara kita yang membuka peluang pekerjaan. Kita juga membayar perkhidmatan menggunakan broadband, internet dan sebagainya kepada telco dan secara tidak langsung orang Pekak merancakkan ekonomi negara.

Tahun ini saya terima banyak ucapan selamat hari raya dari sahabat handai Pekak melalui ICT iaitu Facebook, SMS, MMS dan emel.

Alhamdullilah, projek ICT yang kita usahakan telah berjaya. Antara banyak ucapan yang saya terima dan saya mencari kata-kata yang sesuai untuk membalas sebagai pengganti diri.

Melayari laman web tetangga kita saya mengambil ucapan yang saya rasa terbaik dan mudah di faham iaitu....

jabat erat jemari
hilangkan dendam di hati
sambut hari nan suci
Selamat Aidil Fitri

Minal Aidin, Wal Fiadzin
Maaf Zahir dan Batin

Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan IA keruh,
Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan dia mendung,
Jika HATI seindah BULAN, hiasi IA dengan IMAN.
Mohon Maaf lahir Dan batin

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua sahabat dimana juga anda berada.....

Maaf Zahir dan Batin

07 September 2010

Berita rogol dan jurubahasa isyarat

Saya telah membaca laporan berita mengenai seorang Pekak telah dijatuhkan hukuman kerana merogol.

Undang-undang tidak mengenal sesiapa. Hukuman tetap di jatuhkan, kecacatan diri bukan alasan untuk mendapatkan simpati bagi melepaskan diri. Harap berita ini akan menjadi pengajaran kepada generasi kita supaya menghormati undang-undang, juga kepada ibubapa dan guru dan ustaz atau ustazah dan juga teman agar membantu membimbing generasi kita untuk mengawal nafsu.

Namun keadilan undang-undang tersebut ada juga ruang untuk di pertikaikan, kita semua tahu ada laporan dalam akhbar tempatan mengenai pelajar Pekak di perkosa atau dicabul kehormatan oleh guru sendiri atau orang “normal” tetapi terlepas dari hukuman.

Sedih sungguh kerana guru memangnya orang berilmu kerana mempunyai ijazah dan dikurniakan akal oleh tuhan tetapi gagal memegang amanah untuk membimbing generasi kita. Juga orang "normal" yang buta hati mengambil kesempatan terhadap orang Pekak yang difikir tidak akan melawan. Tahukah perbuatan tersebut mengakibatkan ingatan yang buruk kepada mangsa dan harga diri yang jatuh kerana di ceritakan oleh teman, keluarga dan masyarakat sekeliling. Sudah lah mangsa itu pekak kini jatuh tertimpa tangga.

Apakah mereka yang berilmu dan “normal” tidak boleh berfikir sempurna? Jika tidak, jangan persalahkan kami orang Pekak yang selalu di labelkan sebagai kumpulan yang malas berfikir.

Isu terlepas hukuman ada berkaitan dengan proses pembicaraan di mahkamah. Hanya orang yang arif sahaja yang mampu mengikuti proses pembicaraan tersebut. Oleh itu, peranan guru pendidikan khas menjadi “jurubahasa isyarat” dalam kes berat di mahkamah yang melibatkan orang Pekak juga perlu di ambil kira. Apakah kelayakan dan tauliah guru tersebut sebagai “jurubahasa isyarat” untuk orang Pekak di kes mahkamah? Apakah isyarat “jurubahasa isyarat” itu difahami oleh pesalah atau klien pekak dan apakah “jurubahasa isyarat” tersebut faham apa yang diisyarat oleh pesalah atau klien pekak sebelum di terjemah kepada percakapan di mahkamah?

Elakkan anggapan menjadi penterjemah di mahkamah merupakan satu kerja yang kacang. Janganlah hanya untuk mendapatkan merit atau penghargaan tetapi ingatlah dosa yang bakal tertimpa kerana yang menjadi mangsanya ialah orang Pekak yang belum diketahui bersalah.

Di negara kita ada seorang dua yang diiktirafkan oleh mahkamah untuk berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat dan juga MFD ada menyediakan jurubahasa isyarat yang berkelayakan dan terlatih dalam kes mahkamah.

Kasih sayang


Saya telah menerima gambar yang membawa seribu makna. Gambar seorang abang juga masih kecil, tetap memikul tanggungjawab untuk melindung adiknya; memberikan kasih sayang; kehangatan dan makan minum yang sepatutnya di pikul oleh ibubapa.

Gambar ini menunjukkan ianya berlaku di sebuah negara yang jauh tetapi bukan semakmur Malaysia. Namun di sini, negara ku yang makmur menjadi tempat membuang bayi yang tak berdosa.

03 September 2010

Buang bayi dan wanita Pekak.

Buang bayi adalah satu perbuatan yang amat kejam. Bayi ialah insan yang bernyawa seperti kita dan mempunyai hak untuk hidup. Perbuatan buang bayi sehingga mengakibatkan kematian adalah perbuatan yang sama dengan membunuh.

Cubalah kita melemaskan diri dalam air atau menutup saluran penafasan kita, apakah kita rasa? Kesakitan dan ketakutan. Kita rasa lega kerana dapat bernafas. Kita syukur dan sayangkan nyawa kita. Kita mengelakkan perbuatan yang bodoh seperti mencederakan diri atau membunuh diri. Hidup ini adalah terlalu indah untuk kita tinggalkan. Namun bagi pembuang bayi, manakah perginya rasa perikemanusiaan mereka? Apakah mereka tidak mempunyai otak dan perasaan?

Mengapa individu memberi peluang bayi membesar dalam kandungan dan memberikan nyawa tetapi selepas bayi itu dilahirkan kemudian di buang. Apakah faktornya?

Adakah orang Pekak terlibat dengan buang bayi?

Terdapatnya 3 kes yang di laporkan kepada saya, dua kes saya juga telah terlibat untuk menyelamatkan bayi. Kes pertama sebab cetek agama, seorang wanita Pekak telah mengandung tanpa ikatan perkahwinan. Saya mengenali lelaki Pekak yang melakukannya iaitu bekas anak murid saya semasa mengajar di sekolah rendah.

Wanita pekak itu menerima tekanan dari keluarga dan bapanya menyuruh wanita tersebut membuang bayi kerana tidak mahu mengaibkan keluarga. Bapanya seorang alim dan ahli parti agama. Tergamakkah beliau berbuat demikian? Apakah Islam mengajar kita membuang bayi demi hanya menjaga air muka keluarga?

Nasib baik ada insan wanita Pekak bukan Islam yang baik hati, mereka telah menyewa rumah yang jauh dari ibubapa wanita yang sedang mengandung tersebut. Wanita bukan Islam tersebut telah keluar bekerja untuk menyaranya, menjaga keselamatan dan memberikan kasih sayang sehingga menghadapi masalah kewangan. Wanita bukan Islam itu telah berjumpa kami untuk mendapatkan bantuan dan bermulanya kami dari MFD membantu mereka.

Sebagai bekas anak murid saya, sesi kaunseling adalah berjaya dan juga ibubapa lelaki itu memberikan sokongan. Akhirnya mereka berdua berkahwin secara sah dan melahirkan anak yang sihat.

Kes kedua, seorang wanita Pekak Cina yang mengandung tanpa berkahwin dan beliau telah berjumpa saya untuk pertolongan. Saya di beritahu lelaki Pekak tersebut cuba melakukan berbagai perkara untuk membunuh anak yang dikandung. Adakala menumbuk perut wanita tersebut dan adakala menolak wanita tersebut jatuh sehingga di langgar kenderaan; tetapi tuhan maha kuasa dan apa sahaja keadaan anak tersebut selamat. Saya telah menasihat wanita tersebut dan berjumpa lelaki Pekak itu serta membincang dan memberikan nasihat. Akhirnya anak itu dilahirkan dan membesar dijaga oleh wanita Pekak itu, diberikan pelajaran dan sekarang sudah bekerja.

Kes ketiga berlaku di selatan negara, walaupun saya tidak terlibat tetapi usaha dari seorang kakitangan saya telah membantu menyelamatkan nyawa. Kami memberikan tempat perlindungan dan mendapatkan bantuan sehingga mampu berdikari. Kawan saya yang tidak mempunyai anak ada meminta wanita Pekak tersebut menyerahkan bayi untuk di jaga tetapi wanita Pekak itu enggan menyerahkannya.

Ada dua kes lain berkaitan dengan wanita Pekak melahirkan anak tanpa berkahwin tetapi ibubapa pihak wanita tersebut telah menerimanya dan menjaga bayi tersebut tanpa menyerah ke rumah kebajikan atau orang lain.

Kesimpulannya, walaupun tuhan memberikan dugaan kepada orang Pekak dengan mencabut deria pendengaran kita, namun sifat perikemanusiaan kita masih belum di cabut. Syukur kerana sampai sekarang tiada wanita Pekak membuang bayi yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Kehidupan kita tempuhi sekarang ada banyak kekurangannya, sebagai contoh pendidikan kita tidak berjaya, ajaran agama tidak sampai kepada kita, hidup kita penuh diskriminasi dan dipandang negatif oleh masyarakat sekeliling tetapi kita tidak sekejam sampai membuang bayi.

Juga ada beberapa ibu tunggal Pekak namun mereka tetap berusaha untuk mencari rezeki yang halal, mereka tidak terlibat dengan perbuatan yang melanggar undang-undang demi survial anak mereka. Ini adalah satu kekuatan orang Pekak yang saya saksikan sehingga kini.

Sepatutnya masyarakat sekeliling mempelajari kes yang dihadapi oleh orang Pekak. Ibubapa dan masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan penting dalam mengelakkan buang bayi dengan memberikan nasihat dan motivasi. Menerima dengan pasrah akan berlakunya jika anak sendiri mengandung tanpa perkahwinan. Anggaplah itu kejadian yang diturunkan oleh tuhan sebagai peringatan sepertimana tuhan menjadikan kita menjadi Pekak. Bukannya kita mengugut, menyuruh buang bayi demi maruah kerana bayi itu adalah terjadi hasil daripada pertemuan 2 darah (AlQuran). Membunuh itu juga berdosa. Masyarakat sekeliling juga wajar jangan memendang serong, mengumpat dan sebagainya kerana perbuatan itu akan mengaibkan individu sehingga berlakunya buang bayi untuk menutup malu. 2 pihak yang terlibat perlu diperbetulkan dan bukannya meletakkan kesalahan kepada perempuan sahaja.

Berita buang bayi yang berluasa masa ini menjadi pengajaran kepada kita, kita wajar berusaha untuk mengelakkannya daripada berlaku. Pemimpin Pekak akan diberikan taklimat dan mempelbagaikan informasi bagi mencegahkan perbuatan yang kejam ini.

02 September 2010

Masalah Sosial Wanita Pekak

Saya terkejut dengan laporan mengenai masalah sosial yang melanda wanita Pekak di negara ini.

Di antara laporan ialah terdapatnya rakaman video telefon bimbit mempaparkan aksi panas wanita Pekak dengan pasangannya tanpa segan silu. Hal ini telah lama berlaku dengan banyak tetapi saya baru menerimanya.

Laporan berikutnya ialah peningkatan jumlah penceraian di kalangan orang Pekak. Kebanyakan kes adalah permohonan daripada wanita Pekak yang menfail untuk bercerai atas sebab campur tangan keluarga, tidak mendapat nafkah atau masalah lain-lain.

Wanita Pekak yang bercerai tersebut tidak berfikir panjang dan membuat keputusan yang bijak kerana mereka masih mempunyai anak yang kecil. Anak kecil tersebut akan menjadi mangsa dan bakal menghadapi trauma kerana hidup tanpa kasih dan sayang ibu atau bapa.

Majoriti penceraian adalah dikalangan orang Melayu dan juga ada kes di kalangan orang Pekak Cina. Yang mengejutkan mereka yang bakal bercerai sudah mempunyai 'back up' iaitu mempunyai pasangan masing-masing.

Kesimpulannya permasalah tersebut adalah berkaitan dengan cetek ugama di kalangan orang Pekak. Oleh itu, program ugama yang sedia ada perlu dikaji semula dan memulakan dari asas. Maksud saya bukannya terus mengajar agama, menghukum, menakutkan dengan dosa dan azab neraka kerana ianya tidak memberikan kesan. Tetapi kita hendaklah mulakan dengan menerangkan apa itu agama dan mengapa kita mesti mempunyai agama, menerangkan apakah itu tuhan dengan memberikan contoh kejadian yang dicipta oleh tuhan supaya mereka akan faham dan mempercayai kewujudan tuhan.

Janganlah terlalu abstrak dalam menyampaikan ajaran agama kerana orang Pekak yang lemah bahasanya akan kurang memahami atau lambat menangkap apakan yang cuba di sampaikan.

Perkara ini adalah tiada kaitan dengan orang pekak lembab berfikir, tak adil untuk menjatuhkan hukuman kepada golongan ini kerana sebenarnya mereka ini tiada mempunyai asas bahasa yang kukuh kerana tiada usaha di buat seawalnya. Apabila tiada bahasa yang kukuh ianya menyukarkan komunikasi dalam bentuk bahasa isyarat atau bahasa pertuturan. Tidak hairan orang Pekak juga lemah dalam berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

Orang Pekak memang ketertinggalan dalam mendapat bimbingan agama. Sejak lahir hingga masuk sekolah, tiada program pendidikan agama peringkat awal seperti KAFA untuk anak Pekak kita. Malahan tiada usaha memberikan bimbingan agama di rumah kerana ibubapa yang melahirkan anak Pekak sendiri tidak mengambil berat kepentingan komunikasi menggunakan bahasa isyarat untuk mengajar anak sendiri akan agama.

Adalah lumrah ibubapa akan menyerahkan bulat-bulat anak mereka untuk dibimbing oleh guru agama di sekolah-sekolah, sekiranya berlaku masalah sosial tersebut seperti diatas menunjukkan orang Pekak gagal memahami ajaran agama dan mempunyai hubung kait dengan kemahiran berbahasa isyarat guru agama tersebut serta kurikulumnya.

Tidak dinafikan ketiadaan ajaran agama telah membentuk penyakit peringkat awal kanak-kanak Pekak dan mula membiak di sekolah rendah dan terus menjadi kritikal apabila memasuki sekolah menengah yang mana alam remaja di habiskan di situ. Ianya akan menjadi kronik seperti yang terdapat sekarang.

Juga faktor sekeliling yang mana masyarakat kita secara tidak sedari telah membina tembok Yahudi yang kejam memisah rakyat Palestin yang tidak berdosa iaitu menyekat orang Pekak mendapatkan bimbingan agama setiap hari setiap saat; sebagai contoh rancangan keagamaan yang di siarkan di TV memberikan pengajaran, bimbingan dan kesedaran tetapi tidak dapat diikuti oleh orang Pekak.

Saya pernah menonton rancangan talk show TV berkaitan dengan rumah tangga dan perhubungan suami isteri dengan bantuan penterjemahan jurubahasa isyarat, rancangan tersebut adalah sangat menarik dan berguna. Lagipun soaljawab adalah secara santai yang mudah di fahami oleh orang Pekak. Alangkah baiknya rancangan tersebut dimasukkan sarikata atau sisipan bahasa isyarat supaya dapat dihayati oleh penonton Pekak.

Wanita Pekak yang bersuami ramai tidak bekerja kerana menguruskan rumah dan mempunyai banyak peluang untuk memperbaiki diri melalui menonton rancangan tersebut. Kalau tidak berbuat sesuatu akan menyebabkan situasi akan bertambah parah.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi mengurangkan masalah sosial di kalangan wanita Pekak?

30 August 2010

MERDEKA

Esok kita menyambut hari kemerdekaan negara kita yang tercinta. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

53 tahun Malaysia merdeka dan membebaskan diri dari penjajah. Tahukah anda semasa kita di jajah hasil mahsyul dari negara kita yang kaya telah di ragut untuk membina empayar mereka, berapa kerat yang kita dapat? Ketidak adilan berlaku. Tahukah anda semasa kita di jajah kita terpaksa tunduk kepada orang asing yang memandang rendah kepada kita. Penindasan berlaku.

Hari ini, rakyat Malaysia yang Merdeka telah membuktikan bahawa kita mampu membangunkan negara mengikut acuan sendiri. Kita berjaya mencipta kemakmuran dan kekayaan yang dikongsi dengan semua, sehingga nama Malaysia gah di arena antarabangsa.

OKU juga menikmati kemerdekaan, kita mendapat pendidikan tanpa halangan, pekerjaan yang tersedia mengikut kelayakan membolehkan kita membina keluarga bahagia dan mempunyai hartabenda. Perkhidmatan dan bantuan datang mencurah. Syukur alhamdullilah.

Apakah orang Pekak faham erti merdeka?

Merdekakah kita jikalau bahasa kita yang sudah diiktiraf sebagai bahasa rasmi dalam Akta OKU 2008 masih tidak di terima sepenuhnya?

Merdekakah kita jika masih ada orang memperlekehkan bahasa kita?

Merdekakah kita jika masih ada para pencacai pekak yang memperhambakan diri kepada orang bukan pekak yang tidak menyokong perjuangan orang pekak sendiri?

Merdeka bukan sekadar sebuah jeritan.

24 August 2010

Cerita puasa di masa dulu

Hari Ahad yang lepas, jiran sebelah rumah saya menghantar juadah berbuka puasa, sup tulang yang enak serta aroma yang harum. Saya memohon maaf kerana tidak dapat bertukar hantaran kerana dapor kami kekadang sahaja berasap sejak isteri saya di timpa kemalangan dan jiran saya memahami situasi kami.

Teringat masa dulu-dulu, bulan puasa di zaman kanak-kanak. Emak walau pun dalam kesibukan tugas kerana menerima panggilan untuk menyambut bayi yang tidak kira masa; akan menyediakan juadah berpuasa untuk kami sekeluarga. Selalunya saya yang mencadang apa yang hendak di makan tetapi emak selalu mengingatkan kalau saya puasa penuh baru lah dia boleh sediakan. Kata-kata emak menjadi motivasi untuk saya.

Emak ambil Chu (allahyarham)adik bongsu emak menjaga saya, selalunya Chu akan memasak apabila emak tak ada di rumah.

Apabila siap di masak saya akan meminta sedikit untuk bertukar juadah dengan Pak Basiron sebelah rumah atau Haji Yassin depan rumah.

Rumah jiran kami berdekatan, setiap kali memasak kita akan boleh menghidu aroma masakan masing-masing dan juga mendengar bunyi ikan di goreng dan periuk belangga berhantukan. Hubungan kita amat rapat. Kalau tak cukup garam , gula, kunyit atau beras kita boleh pinjam meminjam.

Apabila dapat tahu sebuah rumah memasak juadah yang harum baunya, saya akan mencari apa saja juadah yang telah dimasak di rumah untuk bertukar. Masa itu anak Tok Bidan punya hal siapa boleh tolak.

Kampung kita belum masuk api, nak minum sejuk kena beli ais batu di Kg. Koh iaitu 8 batu dari kampung kami. Kilang ais itu kepunyaan taukeh Cina yang terletak di sebelah pasar Kg. Koh.

4 - 5 orang kawan saya akan menjadi 'usahawan air batu', mereka akan berbasikal ke kilang ais pada petang. Tidak terlalu awal sebab nanti ais akan cair atau tidak terlalu lewat sebab ais batu akan habis. Saya akan membantu Salleh anak Pak Basiron menjual ais batu.

Ais batu itu akan di potong mengikut saiz. Harga ais batu kecil seketul sekupang dan besar dua kupang. Orang kampung saya kata dua kupang bermaksud 20 sen. Ais batu di balut dengan habuk kayu dan kertas surat khabar. Mesti bungkus elok-elok dan habuk kayu itu juga hendaklah tebal sebab pembeli datang dari jauh Batu 9 hingga Batu 11 dan Sg. Tiram; kalau tidak cair cepat dan sampai rumah jadi kecik. Balutan ais itu akan di ikat dengan tali daun pisang yang sudah di keringkan.

Nak potong ais batu mesti ada skill, kalau tidak tak elok dan tak standard besarnya. Saya selalu harap tersalah potong supaya saya dapat yang besar sikit. Yang kecik-kecik juga saya kutip dan dikumpul jadi banyak.

Bila hujan ais susah nak laku, masa dulu bila hujan di kampung yang di keliling hutan memang sejuk mengiggil.

Dulu tak ramai orang kampung ada jam atau radio. Untuk mengumumkan waktu buka puasa, siak masjid akan pukul kerontong (kerantung), tak ada orang berbuka di masjid dn siak akan balik berbuka dengan keluarga. Masuk isyak baru dia kembali ke masjid dan orang kampung bertarawih.

Biasanya selepas buka puasa saya ke masjid bukan nak sembahyang tetapi memukul kerontong bersama rakan sebaya. Kita buat berbagai bunyian sehingga isyak, orang kampung tak marah.

Sekarang semua itu tinggal kenangan.

21 August 2010

Cerita Di Zaman Kanak-kanak

Emak saya Hajjah Rajaah bte Bahauddin (allahyarham), seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai bidan kerajaan. Saya masih ingat kami berpindah ke dua tempat iaitu pertama di Batu 8, Lekir, Perak dan kemudian berpindah ke Kelinik Bidan Batu 10, Lekir yang baru di buka. Di situ saya membesar dan menyaksikan banyak perubahan di kampung tersebut.

Orang kampung panggil emak saya Tok Bidan dan orang akan memperkenalkan saya anak Tok Bidan. Masa kami berpindah ke Kelinik Batu 10, di situ tiada air paip dan api. Ada telaga yang sediakan oleh kerajaan di belakang rumah. Kami mandi, membasuh dan sebagainya. Untuk air minum kami menapis air telaga atau air hujan menggunakan tin minyak tanah yang di lapis dengan pasir halus, kasar, batu, dan sabut kelapa.

Air telaga rumah kami jernih dan sejuk, mandi pagi menggigil. Apabila musim kemarau, telaga rumah kami tidak kering dan ramai orang kampung sampai Sg. Tiram akan datang mengambil air dari telaga itu. Ada juga makcik datang membasuh pakaian dengan diteman oleh anak dara mereka. Mereka membawa air pulang dengan menjunjung timba atas kepala dan ada yang menggunakan tin bekas kerosen (minyak tanah). Dulu kita guna minyak tanah untuk memasak, lampu geslen untuk menerangi rumah. Kami membeli minyak tanah dalam tin dan tin kosong itu boleh digunakan semula untuk mengisi minyak tanah (recyle) dan juga untuk mengisi air bersih.

Saya masih ingat rumah kami berkembar dengan kelinik, hanya ada satu bilik tidur dan emak membuat ubah suai menambah bilik untuk saya dan Andak, bapa saudara saya. Dalam rumah bahagian dapur, ada tempat memasak menggunakan kayu api. Saya selalu di suruh emak mencari kayu api, ada kala kami membeli kayu api dari lori yang datang. Saya dan Andak akan bergilir membelah kayu api dengan kapak.

Apabila rumah kami di masuk air paip, kami tidak lagi minum air telaga. Namun orang kampung pendalaman dari Sg, Tiram dan Parit Perak akan datang beratur untuk mendapat air paip dari rumah kami. Adakala mereka beri kami 20 sen bagi setin adakala emak tak mahu terima. Kesedaran mengambil air bersih dan menggunakan jamban tarik pun sudah bermula.

Kelinik Bidan Batu 10 berdekatan dengan Pekan Batu 10. Ada 2 buah kedai runcit Cina iaitu Kim Sooi dan Tek Heng. Yang lain-lain kedai orang Melayu termasuk sebuah kedai gunting. Setiap malam kecuali hujan atau siak cuti Pekan Batu 10 tidak pernah gelap kerana di terangi oleh lampu geslen yang dipasang oleh siak masjid. Kekadang saya juga membantu siak mengisi minyak tanah, mengepam angin dan membawa lampu geslen ke tiang untuk digantung. Jarak rumah kami dengan masjid adalah dekat sahaja.

Mak saya selalu membeli barang keperluan dapur secara berhutang dengan kedai Tek Heng, setiap bulan apabila dapat gaji emak saya akan melunaskan hutang. Kedai itu juga membuat barter trade dan membeli hasil kampung seperti pisang, kelapa kering, pinang kering dan juga telur ayam kampung.

Saya selalu berkawan dengan anak Kim Sooi iaitu Ah Cheng, juga anak Tek Heng iaitu Ah Hooi. Kami bermain badminton atau ping pong di Dewan Orang Ramai Batu 10. Hubungan kami adalah erat. Anak Tek Heng semua yang berjaya dalam pelajaran, ada yang keluar negara dan ada yang menjadi pilot SIA.

Pada tahun 1969, perintah berkurung juga meliputi kampung kami, kami secara mencuri-curi membeli barang makanan ikut pintu belakang kedai Kim Sooi.

Setiap pagi Sabtu ada Pekan Sabtu dan banyak hasil kampung dan masakan kampung di jual. Saya pernah menjual tikar mengkuang, tudung saji di Pekan Sabtu dan dari itu saya belajar menjadi peniaga. Ada banyak makanan yang di jual di hari itu dan saya amat menggemari kuih puttu dan pecal yang di jual oleh Hajjah Rainah (allahyarham) bomoh kampung kami. Kadang-kadang ada orang jual ubat dan silap mata datang ke Pekan Sabtu.

Saya melihat sendiri kemiskinan orang kampung saya, budak kecil berkudis, berhingus dan perut buncit sebab cacing kata emak saya. Mereka tidak pakai kasut dan pakaian pun buruk. Kemiskinan menyebabkan orang kampung saya tidak mampu membeli makanan yang berzat.

Di kampung saya belum masuk api, kami menggunakan lampu geslen dan ada yang mampu membeli generator. Untuk hiburan kami tengok TV hitam putih 12 inci cerita Melayu malam Sabtu, atau Mission Impossible atau Samurai di Kedai Piee. Sekali tengok bayar 10 sen. Kadang-kadang saya menonton TV di rumah Haji Yassin depan rumah kami. Sebulan sekali Jabatan Penerangan datang dan tayang cerita Melayu. Malam itu ramai anak dara keluar dan teruna akan mengambil kesempatan untuk mengorat.

Tak lama kemudian api masuk ke kampung saya, dari sebuah rumah ke sebuah rumah di pasang api. Seronok bukan main. Walaupun rumah kami baru sahaja di pasang wayar tetapi belum masuk api, emak sudah beli TV Singer 24 inci. Besonya. Orang kampung tanya mengapa besar sangat? Emak menjawab untuk Sazali supaya boleh membaca sarikata.

Emak saya selalu menggalakkan saya membaca, setiap bulan balik rumah setelah mengambil gaji emak akan bawa pulang 2 barang iaitu mee goreng mamak dan majalah Wanita; saya terlebih dahulu akan mengambil majalah Wanita dan membaca siri novel Dr. Haslinda. Emak tak lokek berikan saya wang untuk membeli Beano dan Dandy, komik dari England.

Saya bukan dilahirkan pekak, saya masih ingat baru berapa bulan saya memasuki sekolah darjah satu di ACS Kg. Koh saya di serang demam panas. Panasnya bukan main, saya pernah merayu emak mandikan saya dan selimutkan saya dengan selimut basah. Lama-lama kemudian pendengaran saya mulai menurun dan terus hilang. Yang saya masih ingat ialah gema kelunakan suara emak, suara P. Ramlee dan Saloma yang nyaring termasuk suara Elvis yang akhiran is.. is.. is.. dan Nat King Cole.

Apabila sembuh dari demam panas yang panjang, 3 bulan kata emak, saya menyambung persekolahan. Saya masih ingat emak memberitahu Ms. Wong guru kelas keadaan saya dan juga masih ingat rakan sekelas amat gembira menyambut saya pulang. Hari itu juga, seperti biasa saya di suruh oleh Ms. Wong membaca kuat, saya bangun dan membaca, habis membaca saya melihat mata rakan saya dan Ms. Wong tertumpu kepada saya dan semua kelas sepi. Saya tidak faham apa yang berlaku. Kemudian kawan saya Nor Esah yang selalu berbaju lelaki, memberitahu saya yang saya membaca salah!

Saya tidak faham. Sekarang baru saya faham sebutan saya salah sebab saya tidak mendengar suara saya sendiri.

20 August 2010

Cerita Bulan Puasa

Tahun ini seperti biasa saya berbuka puasa dengan keluarga dengan sedikit kelainan. Awal sebelum bulan puasa, isteri saya telah jatuh motorsikal semasa menghantar seorang pelajar Pekak pulang ke rumahnya. Akibatnya kaki kiri kena di simen dan membataskan pergerakannya.

Saya dan anak-anak saya mengambil alih tugas isteri saya. Kami berkongsi kerja bergilir-gilir dari memandikan isteri, membasuh pakaian, membersih rumah, memasak, menghantar anak ke sekolah dan berbagai kerja rumah.

Anak perempuan pertama saya Asiah, telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan telah membantu meringankan beban saya. Saya juga mengambil cuti seminggu untuk menguruskan kerja rumah. Jam 12.00 hantar anak lelaki ke sekolah di Kg. Baru dan jam 6.00 mengambilnya pulang.

Bulan puasa, saya dan Aminah anak perempuan kedua saya bertanggungjawab untuk menyediakan makanan untuk bersahur, saya bangun jam 4.00 pagi memasak apa yang saya hafal semasa saya kecil dahulu. Lepas itu jam 7.00 am pergi hantar anak ke sekolah dan terus ke pejabat.

Perjalanan pulang ke rumah adalah satu penyiksaan, ianya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke rumah selepas mengharungi kesesakan di KL. Ada banyak laluan yang saya ambil namun masih terperangkap juga.

Sampai ke rumah keletihan yang amat, saya tiada masa untuk menyediakan makanan atau membeli untuk berbuka puasa. Anak saya yang mengambil tugas menyediakan makanan atau membeli makanan di luar. Makanan di luar adalah tidak menyelerakan berbandingkan dengan masakan isteri saya.

Idris dan Iskandar anak lelaki saya juga menunjukkan kebolehan memasak, walau pun masih bersekolah Tahun 5 dan Tahun 2 namun mereka mempunyai bakat yang di waris oleh emak mereka. Alia yang bongsu akan membasuh pingan mangkuk yang kotor. Lucunya mereka.

Asiah tiba-tiba jatuh sakit dan menjadi lemah, dia tidak lagi mampu menghantar adik ke sekolah dan terpaksalah saya mengambil tugasnya dan membuat kerja rumah bersama Aminah. Nasib baik ada teman isteri saya yang memahami situasi dan suaminya membantu untuk menghantar dan mengambil Iskandar anak Pekak saya dari sekolah.

Dari pengalaman itu menyedarkan diri saya betapa sukarnya tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya bersyukur kerana mempunyai anak yang boleh bekerjasama dan berkongsi tugas tanpa di arah. Walau nakal atau degil pun mereka, namun boleh diharapkan membantu dalam situasi yang sukar. Ianya telah mengeratkan hubungan kami.

Semalam ada jemputan untuk Asiah dan Aminah untuk berbuka puasa di luar, kata yang pertama dari Asiah ialah bagaimana emak dan adik-adik nak makan kalau kami berdua keluar?

Ahamdullilah.

14 August 2010

Niat Puasa

Sudah masuk 4 hari kita berpuasa. Persoalannya apakah orang Pekak memahami erti puasa dan niat puasa?

Saya telah bertemu dengan beberapa orang Pekak Islam yang hadir ke ceramah khas oleh Datuk Haji Fadillah Kamsah di LPPKN, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur hari ini dan membuat tinjauan.

Dari 6 orang pekak yang berumur dalam 20an yang saya soal, kesemuanya tidak boleh membaca niat dengan baik walaupun melalui bahasa isyarat. Alasan mereka ialah lupa, ibubapa tidak ajar mereka niat tersebut dan ada yang menjawab tidak tahu.

Program agama Islam untuk orang Pekak masih belum mencapai matlamatnya. Persatuan orang Pekak perlu mempertingkatkan usaha untuk membimbing orang Pekak beragama Islam.

Pihak MFD telah memasukkan niat berpuasa dalam Bahasa Isyarat Malaysia di laman web www.mfd.org.my untuk kemudahan orang Pekak.

11 August 2010

Selamat Berpuasa

Ramadhan datang lagi. Saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada orang Pekak beragama Islam di Malaysia dan luar negara. Selamat beribadah di sempena bulan yang mulia ini.

30 July 2010

AGM KLSD dan isu keluar daripada gabungan MSFD

Sementara menunggu keputusan pemilihan EXCO KLSD 2010 – 2012 di Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke 14 KLSD baru-baru ini, Encik Azhar Timbalan Presiden KLSD telah mengumumkan mengenai keputusan KLSD keluar daripada gabungan MSFD. Berita itu adalah tidak mengejutkan dan diterima oleh ahli yang hadir.

Mengikut sejarah, KLSD semasa di pimpin oleh saya telah memainkan peranaan penting dalam pembangunan sukan orang Pekak di Malaysia. Melalui KLSD, Malaysia menjadi ahli gabungan CISS kerana tiada persatuan sukan kebangsaan orang pekak pada masa itu. KLSD juga berjaya membuka peluang kepada orang Pekak menyertai kejohanan peringkat antarabangsa yang mana buat pertama kalinya telah menghantar pasukan badminton ke World Deaf Games di Sofia, Bulgaria pada tahun 1993.

KLSD juga wajar dikenang kerana membawa pembaharuan kepada program sukan dan pembangunan orang pekak di rantau Asia dan Pasifik. Mengikut tradisinya Asia Pacific Games for the Deaf (APDG) dan Mesyuarat Perwakilan WFD RSA/P diadakan di negara yang sama dan masa yang sama.

Melalui pengalaman saya semasa menyertai aktiviti di Seoul, Korea pada tahun 1992; mesyuarat perwakilan WFD RSA/P tidak mendapat sambutan kerana semua orang tertumpu kepada sukan APGD.

Oleh itu pada tahun 1996 Malaysia menjadi tuan rumah kepada kejohanan 5th APGD; KLSD sebagai penganjur telah membuat keputusan yang drastik dengan mengasingkan 2 program tersebut. Hasilnya sekarang dua aktiviti besar untuk orang Pekak Asia dan Pasifik dapat di uruskan dengan baik serta mendapat penyertaan yang amat menggalakkan.

Memandangkan keperluan sebuah persatuan sukan kebangsaan yang mewakili Malaysia ke CISS (sekarang ICSD), KLSD telah menggerakkan usaha menubuhkan persatuan negeri untuk memenuhi syarat ROS. Berkat usaha dan sokongan KLSD pada 1997 MSFD dan MFD dilahirkan dengan 8 ahli gabungan persatuan negeri.

Oleh itu keluar daripada gabungan MSFD yang mana KLSD telah usahakan adalah satu keputusan yang amat berat dan mengambil masa. Sebab utama keluar dari MSFD adalah MSFD gagal dalam banyak perkara dalam pembangunan sukan dan menjaga kebajikan persatuan gabungan yang merupakan tulang belakang MSFD.

Walaupun KLSD mempunyai 4 perwaklian dalam MSFD bagi sessi 1998 - 2010 iaitu Encik Lim Anuar selaku Setiausaha Agung MSFD, Encik Tan Kim Huat, Bendahari, serta 2 orang JK iaitu Puan Kala dan Encik Hisham Khailani; namun masih gagal untuk mempengaruhi keputusan.

Akhirnya, EXCO KLSD melalui mesyuarat rasmi mereka telah membuat keputusan untuk keluar dari gabungan MSFD hasil persepakatan dengan persatuan yang lain selepas mesyuarat Ahli Majlis MFD di Pulau Pinang baru-baru ini.

Surat KLSD menerangkan sebab-sebab keluar dari gabungan telah dihantar kepada MSFD tetapi sehingga Mesyuarat Agung KLSD ke 14 ini tiada jawapan rasmi daripada MSFD; kecuali ringkasan keputusan mesyuarat Khas MSFD yang boleh di baca dalam blog Amir Hamidi Abdul Manan mantan SUA MSFD yang masih aktif membantu MSFD.

Encik Tan Kim Huat, Bendahari MSFD juga ahli KLSD telah dijemput untuk berkongsi informasi mengenai perkara yang berlaku kepada MSFD sehingga KLSD membuat keputusan keluar dari gabungan. Diantara soalan yang dikemukakan oleh ahli KLSD ialah :

1. janji MSFD akan memberikan bantuan sebanyak RM 2,000 kepada AGnya sebagai bantuan menyertai Sukan Orang Pekak Malaysia di Terengganu.
2. ketiadaan laporan SKOP di Pulau Langkawi, Ipoh dan Terengganu.
3. Pertukaran nama SKOP kepada SOPMA tanpa merujuk KLSD

Saya juga telah terlibat dengan sesi soal jawab tersebut, diantara soalan saya ialah apakah punca MSFD yang dibangunkan bersama telah bergolak dan menghadapi masalah.

Encik Kim Huat mempersalahkan kes pecah amanah yang berlaku menjadi penyebab yang membuat MSFD menghadapi maslah yang kronik. Ianya telah membuka kelemahan pengurusan MSFD, kes tersebut tidak akan berlaku sekiranya EXCO MSFD menjaga MSFD dengan baik dan tidak membuat keputusan yang silap sehingga MSFD menghadapi masalah yang amat berat.

Berkaitan dengan nama SOPMA, Encik Kim Huat menerangkan EXCO MSFD akur bahawa pertukaran tersebut adalah menyalahi peraturan kerana tidak dibawa ke Mesyuarat Agung MSFD. Oleh itu nama SKOP adalah masih sah digunakan. Apa bentuk tindakan yang akan dibuat oleh MSFD adalah masih kabur kerana tiada kata putus akan mengadakan AGMnya pada tahun ini kerana masalah laporan kewangan.

Soalan mengapa SKOP tidak di adakan setiap 2 tahun juga tidak terjawab kerana melalui blog Amir Hamidi yang merupakan sebagai ‘jurucakap’ MSFD ada mengumumkan penundaan SKOP di Melaka ke tahun 2011 bukannya tahun 2010 yang mengikut jadual.

Kegagalan EXCO MSFD menguruskan MSFD dengan baik telah membawa kepada keruntuhan organisasi sukan terbesar di negara ini. Ketiadaan pemimpin yang berwibawa bukan alasan kerana MSFD mempunyai calang-calang pemimpin seperti Kamarzaman Harun seorang usahawab selaku Presiden MSFD merupakan orang berpengalaman yang pernah menjadi Pengerusi International Conference on Bilingualism on Deaf Education di PWTC pada tahun 1996, Pengerusi AP Deaf Youth Camp 1999, Pengurus Kontinjen Pasukan Malaysia ke Deaflympic Rome; juga Lim Anuar Pengarah Seni LUCT, juga dibantu oleh Amir Hamidi yang merupakan pemegang sarjana MA.

Apakah berlaku kepada MSFD? Mana salah silapnya?

Sesi soal jawab terpaksa di tamatkan kerana diminta oleh majoriti ahli KLSD yang tak mahu perdebatan yang panjang. Saya mengambil kesempatan dengan memberikan pesanan terakhir iaitu pemimpin sukan orang Pekak perlu lebih pro aktif; mereka perlu turun ke akar umbi dan menubuhkan persatuan sukan peringkat negeri sehingga tertubuhnya organisasi sukan peringkat kebangsaan di bawah PJS. Perkara ini pernah saya lakukan pada tahun 90an.

28 July 2010

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KLSD 2010.

Saya telah hadir ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KLSD ke 14 pada 18 Julai 2010 bertempat di LPPKN Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Mesyuarat Agung tersebut sepatutnya di rasmikan oleh VVIP tetapi telah memaklumkan tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain. Oleh itu saya telah diberikan penghormatan untuk merasmikannya.

Dalam ucapan, saya mememberitahu para hadirin bahawa ada sebab disebalik mengapa VVIP yang dijemput tidak hadir merasmikan iaitu mungkin beliau tahu KLSD bergerak maju tanpa masalah dan memberikan kepercayaan kepada KLSD untuk meneruskan perjuangannya. Jika KLSD menghadapi masalah, mungkin VVIP tersebut akan hadir menegur dan memberikan nasihat kepada KLSD.

KLSD telah berusia 23 tahun dan terus gagah memberikan perkhidmatan kepada orang Pekak di sekitar Lembah Kelang. KLSD juga telah bertukar Presiden 4 kali dan tidak menghadapi masalah dalam kepupusan pemimpin pelapis.

Encik Aqlam Jafri, Presiden KLSD kini telah berjaya melahirkan pemimpin pelapis dengan menubuhkan Unit Sukan, KOPIKL (Kelab Orang Pekak Islam KL), Pasukan Kompang KLSD, Kelab Wanita dan Unit Rekreasi. Dengan cara tersebut membuka peluang kepada orang Pekak untuk menceburi diri dalam dunia kepimpinan dan menanam minat mereka kepada berpersatuan.

Kejayaan KLSD adalah berkaitan dengan kejujuran dan gerak kerja berpasukan EXCO KLSD yang diamanahkan untuk mempertingkatkan taraf hidup orang Pekak. Mereka memegang jawatan dalam KLSD melalui pemerhatian saya bukannya untuk mendapat nama dan mengambil kesempatan.

Sebelum Mesyuarat Agung, setiap malam selama seminggu para EXCO KLSD telah mengorbankan masa selepas kerja untuk membuat persediaan di pejabat KLSD, ini adalah satu contoh yang baik kerjasama satu pasukan. Manakala di bilik sebelah, pasukan Kompang KLSD giat berlatih untuk memberikan persembahan di majlis perasmian tersebut.

Mesyuarat Agung KLSD telah berjalan dengan lancar dan tidak ada perkara yang buruk berlaku; berbandingkan mesyuarat orang ‘normal’ terdapatnya kerusi melayang dan timbul kekecohan sehingga memaksa pihak polis campurtangan untuk mententeramkan keadaan.

Walaupun minit dan laporan KLSD tidak memuaskan tetapi tetap mengikut peraturan ROS, ianya patut menjadi tauladan kepada persatuan kebangsaan sukan orang Pekak di negara ini yang bermesyuarat agung tanpa laporan tahunan dan laporan kewangan.

Semasa pembentangan Laporan Kewangan KLSD, satu perdebatan ilmu juga telah berlaku. Ianya berkaitan dengan teknikal dan konsep audit yang tidak difahami oleh ahli dan juga EXCO. Oleh itu dicadangkan menjemput pihak auditor KLSD hadir ke mesyuarat agung akan datang bagi membantu menjelaskannya.

Encik Aqlam Jafri sekali lagi telah menang tanpa bertanding sebagai Presiden dan perjalanan mengundi adalah lancar dan sempurna tanpa peristiwa tarik diri yang berlaku di sebuah persatuan di utara.

KLSD membuat percaturan yang bijak bagi mengelakkan peristiwa tarik diri yang membuang masa. Caranya ialah, KLSD menghubung individu yang di calonkan untuk bertanding dan meminta individu tersebut memberikan jawapan rasmi jika mahu bertanding. Lepas itu nama dan gambar calon yang sah bertanding akan di cetak dalam kertas undi dan di pangkah semasa Mesyuarat Agung.

KLSD juga membuat percubaan baru untuk mempratikkan demokrasi dengan memberi peluang kepada calon untuk membuat program mereka sendiri bagi menarik ahli mengundi mereka. Namun tidak sempat dilaksanakan dan akan di cuba pada tahun akan datang. Kita akan menunggu perang poster dan majlis ceramah masa akan datang.

Beberapa pindaan peraturan juga telah dibuat iaitu menukarkan logo merah kepada warna biru sebagai menyokong semangat setiakawan dan penyatuan orang Pekak di seluruh negara; melupuskan yuran seumur hidup, cara pemilihan EXCO dan mengurangkan bilangannya dan tempuh memegang jawatan dari 2 tahun ke 4 tahun.

Mesyuarat Agung Dwitahunan KLSD telah menyempurnakan agendanya termasuk sesi soal jawab bersama Encik Tan Kim Huat, Bendahari MSFD tepat jam 5.00 petang. Di luar hujan turun dengan lebat dan sebagai rahmat kepada KLSD.

09 July 2010

Kemahiran kerja atau bahasa?

Semasa saya hadir ke mesyuarat penubuhan persatuan ibubapa dan penjaga anak Pekak di Johor Bahru pada Ahad yang lepas, ada seorang bapa menanya saya sekiranya anak Pekaknya tidak berjaya dalam akademik, bolehkah diberikan tumpuan kepada kemahiran sahaja?

Ini merupakan soalan yang sama oleh ibubapa yang mengambil berat akan masa hadapan anak Pekak mereka.

Jawapan saya ialah, walaupun seseorang anak Pekak itu mempunyai kemahiran yang tinggi namun apabila berada di tempat kerja, komunikasi adalah sangat penting.

Bukan semua majikan boleh berisyarat, bukan semua penyelia atau ketua jabatan minat untuk berisyarat; arahan kerja adalah dalam bentuk bertulis dan juga pekeliling kerja.

Oleh itu anak Pekak perlu menguasai bahasa kedua iaitu Bahasa Melayu atau English supaya mampu bersaing di mana-mana sahaja.

Tip untuk membantu minat membaca di kalangan anak Pekak:

Untuk membantu anak Pekak menguasai bahasa, hendaklah bermula awal umur. Beli buku yang sesuai untuk anak Pekak mengikut umur, bimbing dan menerangkan apa yang dibaca.

Menerangkan apa yang dibaca ialah melalui isyarat dan ibubapa perlu mempelajarinya.

Biasanya jika tidak faham apa yang dibaca akan membuat anak Pekak tersebut hilang minat untuk membaca.

Jika kita berjaya membimbing anak Pekak asas membaca, lama kelamaan anak Pekak tersebut akan mampu membaca secara berdikari. Jangan lupa ibubapa juga menjadi contoh dalam menanam minat membaca di kalangan anak Pekak.

Setelah mampu membaca sendiri kemudian galakkan anak Pekak menulis, berikan sebuah diari peribadi untuk mencatat apa yang berlaku seharian.

Belikan postcard atau kad ucapan dan galakkan anak Pekak menghantarnya kepada saudara mara atau sahabat atau guru.

Dengan cara membaca dan menulis akan membantu anak Pekak menguasai bahasa.

(Tips ini diperolehi melalui soal selidik 5 orang pelajar Gallaudet University, USA yang membuat latihan industri di MFD.)

07 July 2010

Wajarkah UPSR dan PMR di mansuhkan?

YAB Menteri Pelajaran telah mencadangkan supaya UPSR dan PMR di mansuhkan. Setuju atau tidak?

Pada pendapat saya, pemansuhan tersebut akan menyebabkan situasi menjadi parah kerana pelajar Pekak tidak akan mengambil berat dalam pelajaran kerana tiada peperiksaan untuk mereka. Kita sedia tahu, saban tahun keputusan UPSR dan PMR calon Pekak adalah masih belum memuaskan walaupun banyak usaha telah dibuat oleh pihak sekolah untuk membimbing mereka.

MFD pernah dijemput oleh sekolah khas untuk memberikan motivasi serta membimbing pelajar Pekak untuk menghadapi UPSR kerana pelajar Pekak tidak serius belajar atau tidak memahami apa yang di ajar dan menjadi faktor utama kegagalan pelajar Pekak dalam pencapaian akademik.

Melalui program yang dijemput oleh sekolah, MFD telah berjaya menanam kepentingan pendidikan dan membimbingi mereka keluar daripada Sindrom E. (Sindrom E ialah pelajar Pekak mendapat keputusan E dalam banyak subjek di peperiksaan awam pada tahun 80 - 90an.)

Oleh itu pemansuhan peperiksaan tersebut akan menjadi berita yang gembira untuk mereka yang tidak mementingkan pendidikan dan untuk menutup kelemahan diri.

Yang paling saya takuti ialah guru juga tidak akan berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran bahasa isyarat untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar Pekak sebab apabila tiada peperiksaan bermakna tiada kayu pengukur kemahiran mengajar mereka.

Saya telah menulis kepada Tan Sri Ketua Pengarah mengenai pendapat saya dan untuk pembaca blog saya ambil dari keratan akhbar Utusan Malaysia :

Sementara itu, orang ramai yang mahu mengemukakan pandangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi khidmat pelanggan Kementerian Pelajaran di alamat kpkpm@moe.gov.my atau alimuddin.dom@moe.gov.my.

21 June 2010

Majlis Makan Malam POPTerengganu

Saya diantara salah seorang ratusan Pekak daripada seluruh negara yang hadir ke Majlis Makan Malam POPT di Permai Inn, Kuala Terengganu pada 19hb Jun 2010.

Majlis tersebut adalah sangat berjaya dan teratur. Walaupun tiket berharga RM 80 tetapi tidak menghalang orang Pekak menyokong program malam itu. Peserta datang dari jauh, bekereta atau menaiki bas dan ada yang menginap hotel di sekitar KT. Ianya menunjukkan taraf ekonomi kita telah meningkat.

Hadiah cabutan Majlis Makan Malam tersebut adalah berkualiti dan sesuai dengan harga tiket. Hadiah utama iaitu pertama, sebuah motorsikal, kedua TV LCD 32 inci dan ketiga laptop. POPT adalah persatuan ke tiga selepas MFD dan KLSD yang memberikan hadiah mewah.

POPT telah membuat keputusan yang baik untuk memilih hadiah tersebut, ianya akan menguatkan sokongan kepada persatuan kerana dilihat tidak mementingkan diri. Kepuasan orang pekak adalah diutamakan.

Sesiapa yang ingin melihat gambar majlis tersebut sila lawati di sini (Facebook isteri Presiden POPT - untuk mereka yang berdaftar sahaja) klik gambar Majlis Makan Malam POPT.

Saksikanlah bagaimana cerianya komuniti kita.

15 June 2010

Kerajaan mahu laksana Dasar Bahasa Ibunda Pelajar di semua sekolah kebangsaan

Saya terbaca laporan terkini akhbar Berita Harian hari ini bertajuk Kerajaan mahu laksana Dasar Bahasa Ibunda Pelajar di semua sekolah kebangsaan, ini merupakan satu berita baik bagi orang Pekak. Bahasa ibunda orang pekak ialah bahasa non verbal iaitu bahasa isyarat.

Bagi orang Pekak di negara ini, kita tidak perlu bimbang kerana BIM telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi orang Pekak dalam Akta OKU 2008. Oleh itu menjadikan bahasa ibunda orang pekak sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah-sekolah adalah tepat dan sangat di sokong. Mempelajari BIM akan memberi peluang kepada orang Pekak menguasai bahasa ibundanya kerana dengan mempunyai bahasa ibunda akan memboleh orang Pekak menguasai bahasa kedua iaitu Bahasa Melayu, bahasa ketiga iaitu English dan sebagainya.

BIK (bahasa isyarat komunikasi yang menggunakan KTBM dan BIM) akan dijadikan sebagai mata pelajaran di sekolah-sekolah khas pada tahun 2011.

Persoalannya sekarang ialah, pengumuman Menteri Pelajaran juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah tidak selari dengan keputusan BPK berkaitan dengan BIK yang sangat jelas bukannya bahasa ibunda orang Pekak.

14 June 2010

Piala Dunia dulu dan sekarang

Kehangatan Piala Dunia dapat dirasa di mana-mana. Anda boleh menonton perlawanan di mana-mana sahaja, kalau bosan menonton sendirian di rumah pergilah menonton di restoran mamak, gerai tomyam, pub atau di hotel yang mana kita boleh berteriak dan membuat aksi gila-gila bersama-sama kaki bola yang lain sambil membuang duit untuk makan minum.

Teringat semasa tahun 1982, kerajaan telah mengumumkan tidak cukup wang untuk membayar penyiaran Piala Dunia secara langsung kecuali menayang siaran rakaman sahaja. Rakyat Malaysia telah bersatu bangkit membuat kutipan derma, dari kanak-kanak ke orang tua, lelaki dan perempuan, syarikat besar dan syarikat kecil telah mendermakan sejumlah wang untuk membiayai siaran langsung tersebut.

Saya masih ingat saya dan ahli kelab Pekak yang beroperasi di YMCA Brickfields juga terlibat membuat kutipan derma untuk menyokong siaran langsung tersebut. Kami telah menyerahkan hasil kutipan di pejabat Utusan Malaysia dan gambar kami telah di cetak di akhbar Utusan Malaysia. Kutipan derma daripada rakyat Malaysia telah berjaya menampung siaran langsung tersebut dan ianya di gelar siaran rakyat.

Selepas itu tiada kutipan derma lagi kerana mendapat tajaan dari syarikat rokok sehingga tajaan tersebut diharamkan. Bagi orang bujang yang merantau di KL serta menyewa bilik kecil dan tiada TV, kami mencari tempat untuk menonton perlawanan. Ada kala kami beramai-ramai pergi ke rumah kawan yang mempunyai TV tetapi tidak boleh selalu kerana menjaga hati tuan rumah.

Menonton perlawanan siaran langsung di PWTC merupakan satu kenangan yang terakhir, saya masih ingat Allahyarham Syed Osman, Peter Cheah, mendiang Somu, Kim Huat dan beberapa lagi menonton perlawanan di sana. Kami bertaruh siapa menang dan membuat taruhan negara mana memasukkan gol dahulu dan siapa yang kalah akan membayar harga minuman.

Biasanya perlawanan tamat pada jam 3 atau 4 pagi, kami akan tidur di bangku sementara mendapat bas pertama balik ke rumah untuk mandi atau terus ke tempat kerja. Kami tiada kenderaan sendiri pada masa itu. Ada kalanya apabila terlalu mengantuk kami membeli MC atau ponteng kerja.

Sekarang generasi kini tidak perlu bersusah untuk menonton perlawanan Piala Dunia kerana semuanya tersedia dan selesa.

11 June 2010

Piala Dunia atau kerja?

Piala Dunia datang lagi dan malam ini perlawanan pertama bermula tetapi saya terikat dengan kerja yang telah dirancangkan sebelumnya. Malam ini saya akan memandu ke JB untuk meninjau program English Clinic di PUSKOM JB yang diadakan selama 3 hari. Esok Sabtu saya akan menjadi ahli panel di forum yang di anjurkan oleh DHHFS Singapura.

3 orang pelajar Gallaudet University dari AS akan berada di Malaysia selama 10 minggu untuk membuat internship dengan MFD. Mereka akan bertugas sebagai fasilitator di English Clinic yang akan di adakan di seluruh negara. Jadual adalah padat kerana banyak sekolah telah membuat tempahan awal.

Oleh itu, banyak perlawanan Piala Dunia akan tidak dapat saya tontoni demi kerja.

08 June 2010

Harapan Kepada Pembangunan Sukan Orang Pekak

Saya ada menerima emel yang di forwardkan oleh individu mengenai Mesyuarat Khas MSFD yang akan datang di Penang.

Saya harap mesyuarat tersebut akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh komuniti kita. Membincangkan isu 4 buah persatuan keluar daripada menjadi ahli gabungan MSFD adalah tepat.

MFD juga pernah menghadapi masalah ahli yang keluar gabungan iaitu Miri Deaf Association (MDA) yang mana MFD sendiri membantu penubuhannya. Keputusan mesyuarat MFD ialah pergi sendiri bersemuka dengan pihak sana dan didapati keputusan keluar dari menjadi ahli gabungan MFD adalah sebab hasutan orang bukan pekak. Namun logo MDA masih tetap seragam dengan MFD dan presiden yang menubuhkan MDA di pecat tanpa belas kasihan.

Juga ada ahli gabungan dari Perak, Kedah dan Selangor yang tidak mahu mengikut keputusan majoriti dan adanya yang tidak menjelaskan yuran gabungan sehingga secara automatik di lucutkan keahliannya walaupun telah di ingatkan beberapa kali. Juga telah menghantar wakil MFD untuk menyelesaikannya tetapi gagal.

Sekarang MFSD juga mengalami isu yang sama dan harap pemimpin MSFD akan menyelesaikannya dan menjawab isu yang dibangkitkan oleh persatuan tersebut. Isu keluar dari ahli gabungan bukannya cadangan individu tetapi menerusi keputusan mesyuarat persatuan mereka. Dalam peraturan MSFD yang serupa dengan MFD, ahli gabungan yang hendak keluar mestilah melampirkan keputusan mesyuarat mereka.

Seperti pengalaman MFD, EXCO MSFD wajar turun padang bertemu dengan ahli gabungan dan membincang dengan baik.

Nampaknya isu ini bertambah parah, saya juga ada menerima emel menyatakan ahli gabungan yang telah keluar berkeras tidak mahu menghadiri mesyuarat khas tersebut walaupun dijemput, ianya melambangkan ketegasan mereka. Pemimpin ada maruah dan tak akan menjilat ludah mereka balik.

Dalam agenda mesyuarat tersebut ada membincangkan kejohanan luar negara tetapi adalah lebih baik memberikan keutamaan menumpukan isu domestik dengan menguatkan organisasi.

Isu tersebut juga mendapat perhatian daripada JKMM dan saya telah di panggil ke mesyuarat mereka untuk mendapat penjelasan.

Organisasi nasional kita adalah unik kerana MFD dan MSFD adalah dianggotai oleh persatuan yang sama, ibarat badan satu tetapi mempunyai 2 kepala. Namun jika tidak di jaga dengan baik akan menyebabkan kekeliruan dan pencanggahan dalam banyak aspek.

Cadangan saya EXCO MSFD bergeraklah ke seluruh negara membantu menubuhkan organisasi sukan peringkat daerah dan negeri sehingga tertubuhnya organisasi peringkat kebangsaan seperti saya lakukan sebelumnya. Dengan adanya 2 organisasi yang berbeza akan melancarkan pencapaian matlamat masing-masing sebab pada masa ini terdapatnya keputusan yang kurang matang.

Selamat bersidang.

26 May 2010

Bahasa Isyarat Malaysia Di Terima

Semalam 25hb Mei 2010 saya hadir ke Mesyuarat Ahli Majlis OKU ke 1/2010 yang dipengerusikan oleh YB Menteri.

Maklumat terbaru, teka teki siapa penasihat YB Menteri yang baru telah terjawab iaitu Prof Datuk Dr. Zaliha seorang ahli akademik, beliau menggantikan Datuk Shamsiah Abdul Rahman mantan KP. Tekaan saya Tan Sri Datuk Faizah mantan KSU sebagai penasihat YB Menteri adalah salah. Sebagai orang baru adalah berbeza dengan style Datuk Shamsiah yang lebih cool, memahami situasi, rendah diri dan positif.

Berita baik :

1. BIM diterima di sekolah-sekolah. Akan digunakan untuk mengajar semua subjek lain kecuali Bahasa Melayu akan menggunakan KTBM.

Bahasa isyarat komunikasi akan di jadikan subjek di sekolah bermula sekolah rendah pada 2011. Saya tidak komen sebab itu produk KP.

Perkhidmatan 20 jurubahasa isyarat juga di minta dari MFD bagi membantu pelajar sekolah di program intergrasi. Ini rezeki untuk jurubahasa isyarat. Juga untuk pelajar pekak mendapat akses kepada pendidikan yang samarata.

MFD akan mengusulkan kerjasama untuk mengadakan bengkel bagi membimbing guru-guru penggunaan BIM bagi menjayakan subjek baru Bahasa Isyarat Komunikasi.

2. Pelajar OKU yang belajar di IPTA/S akan menerima duit poket bulanan. OKU sekarang bertuah berbanding kita sebelumnya, masa kita dulu dapat 20 sen sehari atau seringgit dari ibubapa, nak beli kasut dan seluar sekolah yang koyak pun susah. Sekarang ibubapa yang mempunyai anak OKU tak kira miskin atau kaya juga amat bernasib baik.

Saya harap wang tersebut akan digunakan untuk tujuan yang baik dan ibubapa wajar mengambil berat akan kejayaan pelajaran anak mereka dan jangan lupa berterima kasih kepada kerajaan sekarang.

Saya membuat usul balas iaitu OKU yang mempunyai anak tidak kira anak mereka OKU atau tidak patut mendapat bantuan untuk meringan beban membiayai anak mereka melanjutkan pelajaran. Sebab OKU menghadapi kesukaran dalam hidup atas sebab sekatan yang diterima sebelumnya dan tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membiayai pengajian anak mereka. Usul di terima dan tindakan akan di ambil. Ini baru adil.

Ini ringkasan maklumat untuk makluman semua komuniti Pekak.

20 May 2010

Halangan yang perlu di hapuskan.

Laporan Terbaru dari utara yang terdapat di www.mstar.com.my

Published: Khamis Mei 20, 2010 MYT 2:48:00 PM

Remaja Pekak Cemerlang Kecewa Permohonan Ke Maktab Perguruan Ditolak

PULAU PINANG: Seorang remaja yang mengalami cacat pendengaran sejak berusia enam tahun kecewa selepas permohonannya untuk melanjutkan pelajaran bagi kursus Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah di maktab perguruan ditolak baru-baru ini.

Muhammad Affan Ghazali, 20, memperoleh keputusan cemerlang dalam kalangan pelajar pekak iaitu 2A dan 3B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 dan telah memenuhi syarat yang diperlukan dalam kursus dipohonnya itu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang di sini berharap Kementerian Pelajaran dapat menimbang semula permohanannya itu kerana bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik.

"Saya sangat kecewa kerana permohonan untuk ke Institusi Pengajian Tinggai juga ditolak," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Beliau dibantu penterjemah Siti Zubaidah Mohd Lani, 28, untuk berkomunikasi dengan media pada sidang akhbar itu.

Muhammad Affan, anak kedua daripada empat beradik dan berasal dari Jitra, Kedah, berkata beliau dilahirkan sempurna seperti adik beradiknya yang lain tetapi mengalami masalah pendengaran selepas dijangkiti demam panas yang teruk.

"Dengan kekurangan ini (pekak), saya nekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana ingin berjaya dan meneruskan cita-cita menjadi guru. Bagaimanapun saya bimbang kegagalan saya ke maktab akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar senasib dengan saya yang akan beranggapan OKU (Orang Kelainan Upaya) yang cemerlang tidak berpeluang untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi," kata anak pasangan anggota polis dan surirumah itu.

Presiden Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang Chung Kim Cheong yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan berkata pihaknya mendapati Muhammad Affan merupakan calon yang sesuai dan berpotensi dipupuk menjadi seorang guru pendidikan khas masalah pendengaran.

Beliau sangat berharap Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat campur tangan agar Muhammad Affan akan diterima menyertai kursus perguruan khas itu demi kepentingan murid-murid pekak.

"Untuk memboleh OKU mempunyai keupayaan bersaing, mereka harus diberi peluang. Latihan perguruan merupakan satu daripada peluang yang membolehkan mereka mencapai kerjaya yang lebih memuaskan," katanya. - BERNAMA


Nampaknya masih banyak halangan untuk kita walaupun kita telah mencuba. Apabila Kementerian Pelajaran meletakkan syarat mesti ada kepujian itu dan ini untuk menyambung pelajaran di peringkat tinggi, kita berusaha dan kita berjaya kerana kepekakan itu bukan penghalang.

Tapi kalau pihak Kementerian letak syarat minima umur calon ke IPTA, itu bukan salah calon Pekak kalau gagal mendapat tempat. Kementerian sendiri yang letak syarat pelajar Pekak mesti tambah 2 tahun belajar di sekolah rendah dan akibatnya pelajar Pekak tamat sekolah menengah berumur 20 tahun dan mereka jadi mangsa keadaan.

Siapa yang pandai? Siapa yang rugi?

Menguatkan Kepimpinan MFD

Ahli Majlis MFD akan menamatkan khidmat mereka pada tahun 2010 ini dan Mesyuarat Agung mengikut peraturan MFD di adakan pada antara bulan April hingga bulan Mei. Walaupun Laporan Kewangan MFD telah siap di audit dan juga Laporan Tahunan, namun MFD perlu menunggu Ahli Gabungan MFD selesai mengadakan AGM mereka masing-masing.

Penangguhan tersebut adalah berkaitan dengan persepakatan antara Ahli Gabungan MFD supaya EXCO mereka berkhidmat dan menamatkan perkhidmatan pada tahun yang sama dengan MFD.

Hal ini adalah bagi mengelakkan rasa tidak puashati yang akan timbul jika seorang EXCO telah tamat berkhidmat dengan persatuannya tapi masih menjawat Ahli Majlis MFD.

Peraturan MFD tidak membenarkan pertukaran kerana Ahli Majlis yang dilantik akan memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung.

Tahun 2010 akan akan bermula satu cara baru pemilihan barisan kepimpinan MFD. Mengikut pindaan peraturan MFD yang di luluskan oleh ROS pada tahun 2008, jawatan Presiden dan 10 Ahli Majlis akan di pertandingkan sahaja. Ianya berbeza dari sebelumnya yang mana semua jawatan di pertandingkan.

Presiden yang memenangi pertandingan tersebut akan memberi jawatan utama iaitu Timbalan Presiden, Bendahari dan Setiausaha Kehormat kepada kalangan 10 Ahli Majlis yang menang bertanding.

Dengan cara ini Presiden akan di berikan amanah yang besar untuk membentukkan satu Ahli Majlis yang kuat, mampu memikul tanggungjawab, boleh kerjasama dan mempercayai satu sama lain. Yang penting Presiden akan membimbing Ahli Majlis tersebut bersama melaksanakan kerja-kerja pembangunan komuniti seperti yang diamanahkan.

Kelulusan peraturan serta cara pemilihan Ahli Majlis ini telah dihebahkan kepada Ahli Gabungan dan juga mengadakan roadshow di seluruh negara oleh Ahli Majlis pada awal tahun ini.

17 May 2010

Corat Coret : AGM Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang

AGM PDA berlangsung pada hari Ahad yang lalu. Ahli Gabungan MFD yang kedua selepas Kelantan mengadakan AGM.

Chung Khim Cheong menjadi Presiden PDA bagi penggal 2010 - 2012 selepas di pujuk untuk menerajui PDA semula. Dia berjaya mendapat undi terbanyak menewaskan lawannya. Tahniah kepada Chung, walau pun dah tua tetapi masih gigih meneruskan perjuangan pembangunan orang Pekak.

Amir Hamidi Presiden PSD di lantik sebagai Pengerusi AGM. Walau pun PSD bukan Ahli Gabungan MFD tetapi hubungan antara orang Pekak bagai air di cincang tak putus.

Trend tarik diri daripada memegang jawatan dalam PDA semasa pemilihan masih sukar di hapuskan. Apakah masalahnya? Malu kalau kalah bertanding? Takut kena kritik atau di kutuk kalau tak buat kerja? Tak mahu memikul tanggungjawab? Tak tahu tanggungjawab sebagai JK? Masalah kerjasama dalam satu pasukan? MFD akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini demi pembangunan orang Pekak.

Laporan kewangan PDA, perjalanan kewangan menunjukkan rekod yang tertinggi dalam sejarah PDA. Sekalung penghargaan kepada jurubahasa isyarat yang MFD bekalkan kepada PDA kerana membantu memeriahkan aktiviti untuk orang Pekak di Pulau Pinang.

12 May 2010

Komunikasi Tanpa Halangan Untuk Orang Pekak 4

Dalam kesibukan MFD menyediakan perkhidmatan komunikasi tanpa halangan, saya terbaca sebuah berita dari New Zealand seperti dibawah ini.

Shortage of sign language interpreters in New Zealand

May 7: New services available to Deaf people are being welcomed with open arms – but a lack of interpreters can still make communication with the hearing world difficult.

Auckland Taxi Co-op has launched a service allowing deaf people to text for a taxi and the New Zealand Police are to launch an emergency text message service later in the year.

As part of New Zealand Sign Language Week, volunteer Carol Brady is manning a stall at Westfield St Lukes, raising awareness of one of New Zealand’s official languages.

“Sometimes technology makes things easier,” she says through an interpreter. “Often money is the problem, because of the expense involved.”

The biggest problem, Ms Brady says, is the lack of interpreters.

“I’ve been involved in a car crash before and there was no interpreter or anything, I went to hospital – no interpreter. I told them I needed one but they didn’t get one. In ended up going home, but they said I needed to stay – I ended up going to my own doctor who understands my communication.”

New Zealand Sign Language Week coordinator Kathryn Heard says more interpreters are sorely needed.

“Interpreters are an integral part of supporting the deaf community; with access to information and access in their own language. We have one interpreting course here for the whole country – which is in Auckland – and last year only three interpreters graduated,” she says.

Deaf people are able to use a video relay system which lets them call an interpreter, who is visible on a screen, and sign to them, while the interpreter calls the desired recipient to deliver the message.

However, users must have a high bandwidth in order for this to be successful.

“We need high broadband to access the service, but need more money to get the broadband,” Mr Brady says. “We need to campaign to get the equipment cheaper.

“We’ve been waiting and campaigning for a long time to try and lobby the Government to get the funding to make these things available – because who is going to pay for the text messaging service?

“We’ve been waiting for the things like the taxi service, but luckily it all seems to be moving ahead now, so that’s positive.”

The text messaging services are a “step forward” Ms Heard says, but the video relays service needs to be cheaper for more Deaf people to have access to it.

“It is expensive for the average Deaf person – they aren’t on big wages or salaries. It is an ongoing work in progress, it is a fantastic service.”

Ms Heard says Deaf Aotearoa is lobbying for more funding but that it is “a struggle”.


Source: http://www.3news.co.nz

Nampaknya komuniti Pekak di Malaysia tidak keseorangan usaha ini. Usaha MFD untuk menjamin profesion jurubahasa isyarat sehingga menjadi jawatan hakiki di bawah payung kerajaan agar masa depan mereka terjamin adalah betul.

Sekarang terserah kepada komuniti Pekak untuk memperjuangkan kesinambungan perkhidmatan tersebut dan bukannya mematikan minat individu yang ingin berbakti kepada komuniti kita.

Pengkategorian Orang Kurang Upaya Pendengaran.

Apakah apabila seseorang itu cacat akan berada dalam satu kumpulan?

Jawapannya tidak. Sebagai contoh bagi orang buta terdapatnya 2 kumpulan iaitu buta dan rabun (low vision) dan keperluan 2 kumpulan tersebut adalah berbeza. Yang buta membaca menggunakan braille dan yang rabun menggunakan huruf besar.

Oleh itu untuk makluman semua, orang Pekak juga terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu kurang pendengaran dan pekak.

a. Kurang pendengaran iaitu tahap pendengaran 54 decible ke bawah adalah kumpulan yang dapat mendengar dengan bantuan alat pendengaran termasuk pencacar koklear. Mereka juga di gelar mempunyai sisa pendengaran oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan merupakan kumpulan yang paling sesuai untuk mengikut kaedah oralisma iaitu pertuturan kiu, auditory verbal atau kaedah yang berkaitan dengan kemampuan mendengar mereka. Kumpulan ini juga mampu untuk mengikut pendidikan arus perdana atau program insklusif tanpa bantuan.

Kumpulan kurang pendengaran adalah pengguna komunikasi verbal dan mempunyai organisasi peringkat antarabangsa iaitu International Federation of Hard Of Hearing (www.ifhoh.org)

b. Pekak merupakan kumpulan pengguna bahasa isyarat kerana kemampuan berkomunikasi menggunakan bahasa verbal adalah sangat terhad. Mereka boleh mengikut pendidikan aliran perdana dan program intergrasi dengan bantuan jurubahasa isyarat.

Kumpulan Pekak mempunyai organisasi sendiri sehingga peringkat antarabangsa iaitu World Federation of the Deaf (www.wfdeaf.org).

Kumpulan ini juga mempunyai aktiviti sukan sendiri iaitu Sukan Deaflympic dibawah naungan International Sports Federation fo the Deaf (www.ciss.org). Syarat penyertaan ke Sukan Deaflympic ialah “To qualify for the games, athletes must have a hearing loss of at least 55 db in their "better ear". Hearing aids, cochlear implants and the like are not allowed to be used in competition, to place all athletes on the same level.”[3]

Di negara kita tiada polisi dan penerangan jelas mengenainya perbezaan tersebut dan menyebabkan 2 kumpulan itu di letakkan dalam satu keperluan pendidikan dan perkhidmatan.

Sungguh malang bagi kanak-kanak yang kurang pendengaran yang mampu mendengar dengan alat bantuan di letakkan ke dalam kumpulan pengguna bahasa isyarat dan membantutkan perkembangan keupayaan mereka. Sepatutnya kumpulan tersebut menggunakan kaedah oralisma dalam pendidikan.

Bagi menguatkan tulisan saya, saya ada menemu bual Marie Lubman bekas sukarelawan Peace Corps yang pernah berkhidmat di Malaysia tahun 70an sempena lawatan beliau ke MFD. Beliau merupakan seorang guru pekak di sekolah pekak California, Marie mengiakan terdapatnya 2 kumpulan iaitu Deaf and Hard of Hearing dan mengikut 2 program yang berbeza di California. (Di USA polisi pendidikan adalah tidak seragam, setiap negeri mempunyai polisi masing-masing)

Namun katanya terdapatnya kelonggaran iaitu sekiranya kumpulan kurang pendengaran tersebut tidak dapat mengikut pendidikan aliran perdana boleh memilih aliran pendidikan khas.

Oleh itu saya bagi pihak orang Pekak dan pengguna bahasa isyarat memperjuangkan supaya pengkategorian tersebut supaya tiada pihak menimbulkan kekeliruan dan mengambil kesempatan .

Komunikasi Tanpa Halangan Untuk Orang Pekak 3

Komunikasi adalah satu keperluan yang utama dalam hidup manusia, orang Pekak juga memerlukan komunikasi. Sejak dahulu untuk berkomunikasi atau bertukar informasi, orang Pekak akan bertemu secara empat mata atau berutus surat.

Komuniti Pekak masa itu adalah sangat rapat kerana berhubung secara pertemuan empat mata. Namun orang Pekak yang tinggal berjauhan telah menimbulkan kesukaran untuk mendapatkan komunikasi dan bertukar informasi.

Bagi menyelesaikan masalah itu seorang Pekak dari California, USA telah mencipta mesin tty atau ttd (telecommunication device for the deaf) pada tahun 1960.

Teknologi ciptaan ini telah memudahkan komunikasi antara orang Pekak dan membantu merobohkan tembok komunikasi dengan masyarakat sekeliling. Namun keburukan TTY telah menjarakkan orang Pekak kerana tidak lagi bersua muka serta melahirkan suasana mesra.

Secara menyeluruh TTY telah membantu orang Pekak di USA menguasai Bahasa Inggeris kerana setiapkali menggunakan TTY bermakna akan membaca mesej dan menaip untuk menjawabnya. Dari itu menanam minat untuk membaca di kalangan pengguna TTY.

Sekarang konsep TTY di gunakan dalam web chat yang kita gunakan setiap hari kecuali perkataan GA dan SK mulai terhapus. GA bermaksud Go Ahead iaitu huruf penamat bagi mesej yang dihantar bagi memberi peluang penerimanya menjawab mesej seterusnya; manakala SK bermakna Stop Key iaitu penamat komunikasi. TTY merupakan satu komunikasi yang berdisplin kerana penggunanya akan menunggu mesej sehingga habis dan menjawabnya selepas menerima isyarat GA.

Teknoloji telekomunikasi sekarang telah meningkat dan talian kelajuan tinggi atau broadband telah memberikan faedah besar kepada orang Pekak. Broadband membantu melancarkan video chat atau video conferencing, orang Pekak dapat berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat melalui video chat.

Komuniti Pekak mula kembali rapat selepas mengalami keranggangan di era TTY kerana Video chat membolehkan komunikasi secara bertentang mata. Budaya orang Pekak juga bertambah kaya melalui penggunaan bahasa isyarat.

Namun keburukannya ialah akan menggurangkan minat kepada pengguna Pekak untuk menguasai bahasa verbal.

Isu menguasai bahasa verbal bukan menjadi hal yang besar kerana deklarasi sejagat sudah menetapkan hak seseorang itu mempunyai bahasa dan budaya masing-masing.

Komunikasi ada di mana-mana, tiada halangan, tiada diskriminasi kecuali di wujudkan oleh orang yang tidak memahami komuniti kita.

11 May 2010

Komunikasi Tanpa Halangan Untuk Orang Pekak 2


Dalam Akta OKU 2008 ada menyatakan keperluan komunikasi tanpa halangan untuk orang Pekak. Ianya membawa maksud menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat bagi kemudahan komunikasi orang Pekak dalam urusan seharian.

Sekali lagi MFD memainkan peranan penting dalam menwujudkan perkhidmatan jurubahasa isyarat di negara ini, ianya bermula pada tahun 1996 di KLSD.

Perancangan kita di lakukan dengan sistematik dan ianya adalah amat berjaya. Pertama kita mulakan perkhidmatan jurubahasa isyarat sepenuh masa dan percuma secara kecilan di Kuala Lumpur, dari itu kita dapat tahu nilai pasaran keperluan jurubahasa isyarat dan kekekangannya.

Kedua, apabila MFD ditubuhkan pada tahun 1997, kita bangunkan Bahasa Isyarat Malaysia yang menjadi rujukan penting kepada jurubahasa isyarat.

Data yang kita perolehi dari jumlah perkhidmatan yang kita berikan, ianya digunakan untuk mendapat bantuan kewangan dari pihak JKM pada 1999.

Ketiga, kita juga menwujudkan 'in-house training' atau latihan dalaman rentetan dari pengalaman kekuatan dan kelemahan perkhidmatan untuk orang Pekak. Kita juga telah membuka peluang kepada orang baru yang berminat untuk melibatkan diri dalam komuniti kita.

Tahun 2005, kita mendapat bantuan dari REDtone Communication dan menubuhkan Pusat Latihan bagi mengeluarkan jurubahasa isyarat yang terlatih. Modul inhouse training di gunakan dan ianya berjaya membentuk jurubahasa isyarat yang mampu berkhidmat.

Tahun 2006, NASLI atau Persidangan Jurubahasa Isyarat Nasional di langsungkan dan mendapat perhatian yang meluas.

Kerajaan Malaysia melalui Bajet 2007 memberikan peruntukan kepada MFD untuk melatih 100 jurubahasa isyarat peringkat Diploma dengan kerjasama IUCTT. Pelajar tamat latihan pada tahun 2009 dan Diploma tersebut mendapat pengiktirafan dari MQA.

Keempat, untuk memastikan perkhidmatan jurubahasa isyarat menjadi satu perkhidmatan yang wajib dan Bahasa Isyarat Malaysia sebagai bahasa komunikasi orang Pekak di Malaysia, MFD memperjuangkannya sehingga ke Parlimen sehingga termaktub dalam Akta OKU 2008.

Tahun 2010 ini YAB Perdana Menteri memberikan peruntukan kepada perkhidmatan jurubahasa isyarat sementara menunggu menjadi jawatan hakiki di bawah JPA. Dengan bantuan YAB Perdana Menteri sekarang terdapatnya jurubahasa isyarat berkhidmat untuk pelajar Pekak di IPTA seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, IPIK, Politeknik JB, Shah Alam, Perlis, Ipoh, Kota Kinabalu dan Kolej Komuniti Selayang.

Jurubahasa isyarat juga di ambil berkhidmat dengan MFD dan dihantar berkhidmat di PUSKOM - Pusat Komunikasi Orang Pekak di Johor Bharu, Kuala Lumpur, Penang, Temerloh, Kota Bahru, Kuala Terengganu.

Sementara blog ini ditulis, kita sedang menunggu kelulusan Kementerian Pelajaran untuk menempatkan jurubahasa isyarat di sekolah intergrasi.

Inilah ringkasan kejayaan MFD. Ingatan saya kepada semua orang termasuk orang Pekak yang memohon dan mendapatkan perkhidmatan jurubahasa isyarat, jurubahasa isyarat telah dilatih mengikut etika tetapi mereka juga manusia.

MFD telah menyerahkan jurubahasa isyarat kepada ahli gabungan MFD dan diharap dapat memikul amanah menjaga mereka bagi melancarkan memberikan perkhidmatan untuk orang Pekak di negeri masing-masing.

Memahami tugas dan menghormati jurubahasa isyarat adalah penting kerana jika kita membuat sesuatu yang di luar batasan akan memberikan kesan buruk kepada komuniti kita.

Kerjasama antara 2 pihak adalah kunci kejayaan.