Selepas AGM KLSD saya ada menerima cerita di kalangan orang Pekak dari KL mengenai pemimpin Pekak Cina pupus di KLSD. Josie Koo, isteri Kim Huat ahli KLSD yang bekerja di Pusat Majudiri Y ada menulis mengenai kepupusan itu dalam status di YMnya dan saya telah menegur Josie bagi mengelakkan salah faham. Maksudnya ialah tiada lagi orang Pekak Cina memegang jawatan EXCO di KLSD
Semasa AGM KLSD baru-baru ini tiada orang Pekak Cina berjaya memegang jawatan dalam EXCO KLSD bagi tahun 2010 - 2012. Saya telah dilantik mempengerusikan pemilihan EXCO KLSD dan menyaksikan Lim Anuar menarik diri, juga ada yang tidak layak kerana peraturan KLSD melarang calon yang masih menuntut di IPT. Ahli KLSD juga telah memberikan peluang kepada Yong Yit Sin dan Yip Chee Kean untuk bertanding pada saat terakhir walaupun penamaan telah di tutup.
Malangnya, jumlah kehadiran ahli KLSD keturunan Cina yang amat sedikit telah menggagalkan usaha untuk memberi peluang kepada Yong dan Yip memegang jawatan sebab kedua mereka kurang aktif dalam program KLSD.
Seorang calon wanita Pekak Cina yang menerima pencalonan terbanyak tetapi tidak hadir di saat terakhir kerana masalah kesihatan juga telah tewas di hukum oleh ahli. Ada berapa pemimpin seperti Hisham Khailani juga tewas dalam undian.
Namun 4 orang Pekak keturunan India berjaya memegang jawatan di dalam EXCO KLSD yang sejumlah 11 orang.
Kepupusan kepimpinan orang Pekak Cina di KLSD juga berlaku di Kelab Pekak YMCA Kuala Lumpur. Hymasutan merupakan Presiden Kelab Pekak YMCA KL berbangsa India yang pertama dalam sejarah, beliau mempunyai pengalam luas iaitu pernah mewakili MFD ke WFD Youth Camp di Madrid, EXCO Unit Belia Pekak Malaysia, bekas EXCO KLSD dan meletak jawatan untuk merebut jawatan Presiden di POCPS tetapi gagal.
Sekarang terdapat 3 orang bangsa Melayu dalam JK Kelab Pekak YMCA KL dan kepupusan kepimpinan Pekak Cina mulai tidak dinafikan.
Benarkah di negara kita mengalami kepupusan pemimpin orang Pekak Cina? Jika benar mengapa ianya berlaku?
Kelab Pekak YMCA KL bukannya sebuah kelab baru dan ingusan kerana akan menyambut ulangtahun ke "38". Program kepimpinan kerap di laksanakan oleh Kelab Pekak tetapi jika kepupusan itu berlaku bermakna program yang dilaksanakan kurang mempunyai impak?
Walaubagaimana pun jika adanya program antarabangsa, majoriti orang Pekak Cina akan menyertainya kerana kekuatan kewangan mereka tetapi sukar memberikan khidmat kepada komuniti sekembali ke negara melainkan kepada kumpulan mereka sendiri.
Amir Hamidi sebelum ini ada membentangkan kertas kerja mengaitkan kepupusan pemimpin dengan dinosaur. Saya faham apa yang tersirat oleh beliau. Pada saya "dinosaur" itu memang saling berbunuhan untuk survival dan saya tidak nampak berlakunya di KLSD atau mana-mana Ahli Gabungan MFD. Saya kagum kerana orang Pekak di KLSD kerana tidak lagi "memakai cawat" dan berfikir seperti orang zaman purba.
2 comments:
Salam Sejastera Datuk Sazali,
Selamat Hari Raya Aidil Firi , Maaf Zahir n Batin (O-O).
Memang truele pemimpin OP Cina dah hampir pupus why? Eventhough they all are educated from the other race but mereka lebih selesa jadi ahli at mana2 NGO OP saja nak jadi pemimpin they all must think 100X buat buang masa saja jadi pimimpin OP. If xcaya tanyale kwn2 Cina kamu. They all lebih penting kerja n mantapkan kewangan. If ada program OP yg bawa untung kpd they all berduyung2 dtg. If x cuma 2 or 3 org sj yg dtg .
So U all fakir le sendiri why pemimpin OP Cina makin pupus?
Salam Datuk,
Amacam dgn ahli2 Majlis MFD xde sorang pun pemimpin Pekak Cina yg terpilih. Mmg sahle dah pupus.....
He! He! He!
Jumpe lagi...............
Post a Comment