29 October 2010

Masih ada diskriminasi?

Bendahari MFD telah forwardkan saya berita akhbar tempatan mengenai seorang Pekak tak pulang rumah kerana kecewa tidak dapat lesen memandu (klik di sini) .

Sukar sungguh kita orang Pekak mahu meneruskan kehidupan. Akademik kita gagal, kerja setakat kilang. Kilang jauh dari rumah kena naik basikal atau bas loncat-loncat (tukar tukar bas). Hujan panas berembun, kalau sampai lambat kena pecat. Balik malam buta buat OT sebab duit tak cukup, dalam gelap gulita kena patuk ular, rompak atau ragut atau kena langgar kereta.

Oleh itu nak pergi kerja naik motorsikal supaya dapat bantu naikkan produkitivi tempat kerja dan juga dapat elaun OT lebih untuk ibubapa atau anak beranak. Tapi lesen memandu punya hal, suruh pi jumpa doktor periksa telinga kena minta cuti dan potong gaji. Kena keluar duit bayar tambang pi hospital jauh dari rumah, hari ini tempah tarikh bulan depan buat ujian. Tunjuk kad OKU kepada JPJ pun tak laku, buang karan saja JKMM buat kad OKU.

Lepas itu pi kursus memandu 6 jam wajib tapi tanpa jurubahasa isyarat, apa boleh masuk otak? Panggil jurubahasa isyarat pun kena selok kocek sendiri untuk bayar upah kerana kursus hujung minggu.

Duduk ujian undang-undang gagal 5 kali atau 10 kali, depan komputer pun tak erti, siapa peduli. JPJ tetap masuk duit penalti. Tapi orang tua dan orang asli dapat lesen sebab JPJ buat khas, siapa tak sakit hati?

Last-last bawa motorsikal tanpa lesen sebab mahu hidup untuk makan dan makan untuk hidup, bukan merempit. Bila polis atau JPJ tahan terus jadi perit.... huhuhuhu....

Oh Malaysia ku.....

2 comments:

Unknown said...

Salam
Saya sendir telah merasa keadaan sedemikian. sungguh mengecewakan.

kenen

Anonymous said...

assalamualaikum. sy seorang pelajar berumur 18 tahun. saya ingin menjadi seorang guru mengajar bahasa isyarat tapi tak tahu di mana untuk saya memohon pekerjaan tersebut, saya hanya tahu sedikit bahasa isyarat dari kawan2 dan saya ingin menyambung pelajaran dalam diploma bahasa inggeris. saya nak sangat mengajar bahasa inggeris kpd golongan pekak. asiah khairuddin. sila email saya (asiah_k@yahoo.com)