28 July 2009

Kelas Bahasa Isyarat Malaysia di Pulau Pinang

Ahli Gabungan MFD iaitu PDA telah menganjurkan Kelas BIM untuk 40 orang kakitangan kerajaan dari pelbagai agensi bertempat di Tingkat 29, Bangunan Komtar. Kelas tersebut adalah dengan kerjasama SUK Negeri Pulau Pinang dan JKMNPP dan akan berlangsung dari 28 hingga 31 hb Julai 2009.

Tenaga pengajar Kelas tersebut ialah Mohd Yazid Bain, Sariah Ibrahim dan Chung Khim Cheong.

Dr. Jay Innes dan Dr. Asiah Mason juga hadir meninjau kelas tersebut pada jam 2:00 petang iaitu sesi Pengenalan BIM yang akan disampaikan oleh saya sendiri pada 28 Julai 2008.

Tahniah PDA

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum , saya berminat untuk belajar bahasa isyarat dan sedang mencari pusat pembelajaran bahasa isyarat di sekitar pulau pinang. Saya berharap pihak tuan dapat membantu saya. Sekiranya ada pusat yang boleh saya pergi , boleh emailkan butiran ke tepiaku@yahoo.com. Jasa baik pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Unknown said...

Saya sangat berminat nak belajar bahasa isyarat..boleh bagi info detail ke alamat e-mail di bawah..