06 January 2010



4hb Januari 2010 merupakan hari yang bersejarah bagi kita dan saya ingin berkongsi dengan semua supaya kita berasa bangga dan diingati oleh komuniti orang Pekak di Malaysia. Kebetulan pada hari itu, saya ada temujanji dengan YB Dato’ Shahrir Abdul Samad di Hotel Shangri-la Putraya jam 11.00 am untuk membincangkan beberapa isu untuk mendapatkan nasihat dan bantuan.

Perbincangan kita berkisar dengan komuniti orang Pekak di negara kita dan Dato’ Zainal BN juga terlibat bersama-sama.

YB Dato’ Shahrir mempunyai temujanji dengan YAB PM pada jam 12.30 tgh dan beliau telah mengajak kami bersama-sama ke pejabat YAB PM dan cuba bertemu walau seketika. Berat hati untuk menolak, saya belum bersedia kerana saya tidak pakai talileher dan kot untuk bertemu dengan YAB PM. Tidak selesa rasanya.

Jam 12.15 kami sampai ke pejabat PM dan melalui kawalan yang ketat tetapi teratur. YB Dato’ Shahrir telah masuk ke pejabat YAB PM dan saya disuruh menunggu di ruang tamu. Saya di perkenalkan dengan Dato’ Latt Pegawai Tugas-tugas Khas YAB PM dan kesempatan itu saya ambil mempromosikan MFD. Dari itu juga berapa isu telah dipersetujui untuk di ambil tindakan secara bersama.

30 minit kemudian kami di jemput ke pejabat YAB PM. Memasuki pejabat Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak terus datang kepada saya.....

Dato’ Shahrir, “ This is Sazali, President of MFD....”

DSNajib to Zuraidah, “ You is the sign language interpreter....”

Kami bersalaman, suasana sungguh mesra dan positif.

DSNajib eye contact with me, “Dato’ Shahrir have informed me and I have read your paper... I agree to give you....... to start your work first... later I will topup........”

Me (shaken), “ Alhamdullillah, thank you very much Dato’ Sri.............”

Perbualan ringkas.

Dato’ Shahrir, “....take photo.... they want to take photo together.....”

Zuraidah take a shoot using Blackberry Storm.

SMILE......

3 comments:

paan said...

tahniah encik sazali. Moga terus maju...salam perkenalan dari sy paan...

Nolida Shaazlin said...

alhamdulillah..tahniah datuk...kali ni MFd buat projek apa sampai PM kita nak top up..

anakmami said...

Salam Datuk Sazali,

Tahniah. Doakan semoga PM kita dapat tunaikan janjinya nanti... Motto: Rakyat OP di Dahulukan Percapaian OP di Utamakan!!!!!!