06 January 2010

kuman boleh nampak, bangkai gajah tak nampak?

Saya selalunya membaca semula tulisan-tulisan saya sebelumnya untuk di perbaki, tiba-tiba terfikir saya, jika orang macam YAB Perdana Menteri, YB Senator Menteri Wanita, YB Timbalan Menteri, YB Ahli Parlimen dan mereka-mereka yang berkuasa menetapkan polisi, dasar, pelan tindakan, hala tuju negara kita mendengar, memahami dan menyokong kita orang Pekak; mengapa orang di BPK KP tak boleh?

Pelik bin ajaib.

Ada pepatah Melayu, kuman di seberang lautan boleh nampak, bangkai gajah di depan mata tak nampak.

Pihak MFD masih berpendirian tegas dalam isu pendidikan sebab kunci kejayaan hidup kita ialah pendidikan yang berjaya. Mengapa sampai hari ini pelajar Pekak masih gagal juga? Berapa jumlah berjaya dalam UPSR, PMR, SPM? Berapa jumlah boleh membaca dan menulis dengan baik?

Kita bukan sibuk mengutuk, mengata, memfitnah tetapi masalahnya apabila orang Pekak datang ke MFD mencari kerja, meminta bantuan, meminta perkhidmatan, dsb sedihnya majoriti mereka tak boleh menulis dengan baik, mereka juga tiada sijil yang menyakinkan untuk membantu mereka membina kerjaya.... bagaimana nak kita bantu mereka?

Ada orang kata, covering laziness, weakness, lack of directions with network of lies.

Harap jangan sampai tahap itu.

No comments: