28 December 2009

Mengapa mesti memperbodohkan orang Pekak?

Saya terbaca tulisan mengenai kata-kata Presiden (Amerika Syarikat), Abraham Lincoln, “Kamu boleh memperbodohkan orang sesekali sahaja, tetapi kamu tidak boleh memperbodohkan orang sepanjang masa." Lalu saya mengajak semua orang berfikir....

Apakah anda semua tahu setiap tahun majoriti pelajar Pekak gagal dalam akademik, gagal dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM serta tidak tahu membaca dan menulis?

Apakah anda tahu apabila orang Pekak gagal dalam peperiksaan telah menyusahkan mereka untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik bagi mendapatkan kehidupan yang selesa?

Apakah anda tahu apabila orang pekak tidak pandai membaca dan menulis akan menyukarkan membantu anak mereka yang bukan Pekak dalam pelajaran, kerja-kerja sekolah, pendidikan agama?

Apakah anda tahu apabila orang Pekak yang rendah pendidikannya akan senang menjadi mangsa penipuan, diperbodohkan dan di pergunakan oleh orang lain untuk kepentingan sendiri?

Akibat ilmu pengetahuan tidak sampai kepada orang Pekak dan orang Pekak lambat untuk menilaikan baik buruknya sesuatu.

Mereka menjadi bodoh walau pun mereka bukan dilahirkan untuk menjadi bodoh.

Orang yang menjadi penyebab orang Pekak menjadi bodoh bukan orang yang pandai.

Orang yang mengambil kesempatan akan kebodohan orang Pekak adalah bukan orang yang bijak.

Anda boleh memperbodohkan mereka hari ini tetapi esok anda akan menerima akibatnya.

Untuk sesiapa yang berkenaan,ibubapa, keluarga, guru, para pemimpin marilah kita menghayati kata-kata tersebut. Kita hendaklah mempunyai niat yang jujur. Orang Pekak di negara kita memerlukan pembelaaan bukan di perbodohkan.

2 comments:

anakmami said...

Salam Datuk Sazali,
Xsemua org Pekak bodo ada yang pandai sampai masuk 'U' tapi bodo juga........... Xcaya try perhati keliling OP.

Tulisan nie bagus, hope org pekak sedar sebenarnya kita diperbodohkan oleh sistem pembelajaran kita....

semaniskismis said...

Salam..Datuk, saya ingin tahu lebih lagi mengenai isu orang pekak di Malaysia ini terutama para pelajar pekak di sekolah. Harap Datuk dapat menulis lagi isu para pelajar pekak di sekolah di blog ini.