Ahad yang lalu (11 April 2010) saya ke Melaka bersama dengan Zuraidah dan Rue untuk membuat kajian mengenai keperluan orang Pekak berkaitan dengan penubuhan kerjasama Gallaudet University dan USM.
Saya sudah banyak kali ke Melaka dan hafal semua jalan menuju ke A Famosa. Kali ini saya memandu melalui Bukit Cina dan saya membuat cerita lucu untuk Rue berkaitan dengan jirat Cina dan kubur orang Islam yang terletak bersebelahan jalan.
Saya tidak serius tetapi cuma main-main sahaja walaupun di tegah oleh Zuraidah.
Keluar dari roundabout selepas Bukit Cina saya terus mengambil jalan untuk ke Stadhuys tetapi saya tidak dapat menjumpai jalan ke Stadhuys dan 3 kali saya melalui roundabout yang sama.
Kali ke 3 apabila saya sampai ke roundabout, saya memohon maaf sebab lelucuan itu tadi dan selepas itu saya nampak jalan ke Stadhuys....
Orang tua-tua dah cakap. Dilarang bercakap yang bukan-bukan.
No comments:
Post a Comment