Saya telah menjadi Presiden MFD sejak tahun 1997, pada tahun 1999 saya ditawarkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di MFD dan saya telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Kerja di KLSD.
Tugasan tersebut adalah sangat mencabar sebab MFD mula dengan kosong, pada mulanya saya membuat kerja secara sendirian kemudian dengan bantuan insan sebagai pembantu tanpa gaji untuk beberapa bulan. Melalui kerja keras, MFD berjaya sehingga hari ini.
Bagaimana kejayaan tersebut berlaku? Faktor utama ialah sokongan ahli gabungan MFD kerana mereka adalah aset kepada MFD.
Sebagai sebuah organisasi persekutuan, ahli gabungan MFD iaitu persatuan peringkat negeri merupakan pemegang kuasa terpenting. Mereka mempunyai kuasa undi pemutus kerana sebarang aktiviti atau cadangan hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh mereka.
Saya pernah ditegur kerana membuat projek 'haram' iaitu membuat projek tanpa kelulusan Ahli Majlis melalui mesyuarat.
Bagaimana MFD membuat keputusan? Prosesnya adalah mudah, orang Pekak yang menjadi ahli persatuan selalunya akan membangkitkan isu, memohon bantuan dan mencadangkan program kepada persatuan mereka.
EXCO atau Jawatankuasa Persatuan yang baik akan mendengar dan membincangkan usul tersebut di peringkat mesyuarat persatuan mereka.EXCO juga boleh membangkitkan isu atau mencadangkan dalam mesyuarat mereka.
Sekiranya isu itu berkaitan dengan kepentingan nasional akan di bawa kepada MFD untuk kelulusan dan di laksanakan serta diperjuangkan secara seragam.
Ahli Majlis MFD bermesyuarat 3 kali setahun dan Setiausaha Kehormat MFD akan menghantar notis sebelum 30 hari bermesyuarat, dalam tempoh masa itu persatuan gabungan MFD mempunyai masa untuk membincang dan menghantar usul kepada mesyuarat Ahli Majlis MFD.
MFD menghantar notis tersebut kepada Ahli Majlis dan Wakil Tetap mengikut alamat individu tersebut kerana mereka di lantik secara sah dan juga sesalin kepada persatuan gabungan kerana persatuan mempunyai hak sebagai pembayar yuran keahlian. Dengan cara ini akan mengelakkan adanya persatuan menyembunyikan informasi atau memberi alasan tak terima notis.
Semasa mesyuarat Ahli Majlis MFD, Wakil Tetap Persatuan akan membacakan usul yang dibawa oleh persatuannya, kemudian dibahas serta di berikan pandangan dan nasihat oleh Ex Officio atau wakil dari JKMM, KBS, JTK, BPK atau agensi berkenaan yang dijemput hadir.
Selepas perbahasan, undian di buat dengan cara mengangkat tangan dan jika sesuatu program yang diluluskan akan diberikan kepada JK Pentadbiran MFD yang di ketuai oleh Pengarah Eksekutif untuk dilaksanakan.
Mesyuarat Ahli Majlis MFD bukannya keputusan individu dan selalunya jika terdapatnya isu yang tidak jelas atau tidak dapat membuat keputusan, ianya akan di rujuk semula kepada persatuan gabungan untuk di luluskan atau membuat keputusan akhir melalui surat rasmi.
Presiden dan Ahli Majlis tanpa bermesyuarat tidak boleh membuat keputusan secara peribadi atau individu.
Minit Mesyuarat juga hendaklah di agihkan kepada Ahli Majlis, Wakil Tetap dan Persatuan Ahli Gabungan dalam masa 3 minggu selepas mesyuarat tersebut.
Selain daripada minit mesyuarat bentuk tulisan, rakaman video juga di lampirkan.
Keputusan mesyuarat juga amat penting kerana dijadikan sebagai rujukan atau bukti berkaitan dengan perjalanan kewangan MFD yang di audit. Untuk memastikan tiada penyelewengan perjalanan kewangan MFD, Standard Operation Procedure (SOP) juga telah di wujudkan.
Cara ini MFD dapat membuat kerja dengan lancar, telus dan tidak melanggar peraturan yang sedia ada.
MFD akan terus berusaha untuk menjadi organisasi yang terbaik seperti MAKPEM, MAKNA, Malaysian Aids Council, Mercy dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment