Saya telah hadir ke Majlis Makan Malam Persatuan Orang Pekak Pahang sempena 30 tahun pergerakan orang Pekak di sana di Vistana Hotel, Kuantan pada 17 April Sabtu lepas.
Ruang Majlis Makan Malam tersebut penuh, hadirin daripada seluruh negara. Mengikut laporan dari 45 meja yang sediakan orang Pekak KL membuat tempahan 6 meja, Terengganu 4 Meja, Kelantan hadir dengan sebuah bas sumbangan SUK Kelantan. Juga dari Johor, Selangor, Melaka, Pulau Pinang telah memeriahkan majlis tersebut.
Orang Pekak Pahang ada yang datang naik motorsikal dari Pekan, ada yang naik bas dari Raub dan Jerantut, berkereta dari Temerloh dan banyak lagi.
Bandar Kuantan bagai terkejut dengan kehadiran kami, di homestay saya penuh dengan penyewa Pekak dari seluruh negara juga beberapa hotel yang berdekatan. Tuan punya homestay kami memberitahu pertama kali tempatnya penuh.
Pantai Teluk Cempedak juga berjumpa ramai orang Pekak yang menghirup udara Laut China Selatan. Dimana-mana orang Pekak, bagai Kuantan ini kita punya.
Saya berkesempatan bertemu dengan ramai kawan seangkatan, juga mereka yang tidak pernah saya kenali. Pertama kali saya bertemu dengan mereka yang tidak saya kenali namun banyak perkara yang kami bualkan bagai kawan yang lama tak berjumpa.
Komunikasi di sana-sini tanpa mengira warna dan usia. Tiada halangan, tiada sekatan.
Dari air muka mereka, kepuasan dipamerkan.
Komuniti kita dahagakan perjumpaan.....
1 comment:
Salam Sejastera Datuk Sazali n Semua Pemimpin OP,
Tulisan Datuk bagus. Grassroot OP dahagakan perjumpaan n eratkan perpaduan diantara satu sama lain. Bagaimana dgn pemimpin2 OP pula dok bercakaran sama sendiri nie yg wat OP grassroot naik boring dgn pemimpin2 OP semua.
Pemimpin yang berwibawaan mesti ada jati diri yang kuat barulah OP semua boleh maju.
One Deaf, One Community
Anak Mami Penang.
Post a Comment