Kejayaan MFD seperti yang saya terangkan melalui tulisan sebelumnya, adalah tidak dinafikan ianya hasil usaha orang Pekak yang menjadi pemimpin persatuan negeri masing-masing.
Sejarah telah membuktikan melalui usaha pemimpin orang Pekak seperti Lam Beng Heng, Low Poh Wing, Razani Ramli, Lim Heng Tuck, Quay Chiew Hun, Teh Kean Hoe, Hassan Johar dan beberapa pemimpin Pekak terawal yang menubuhkan persatuan orang pekak peringkat negeri telah membawa kepada penubuhan MFD.
Semua pemimpin tersebut adalah daripada latarbelakang yang berbeza, majoriti dari mereka adalah mendapat pendidikan tahap sekolah menengah sahaja. Mereka juga tiada latar belakang kepimpinan. Namun kekurangan tersebut tidak menjadi penghalang untuk menubuhkan MFD dan MSFD serta membawanya ke puncak kejayaan seperti yang kita lihat sekarang.
Melihat kelonggaran syarat kepimpinan yang sedia ada iaitu tidak memerlukan kelulusan tinggi, telah menanamkan minat belia Pekak untuk menjadi pemimpin.Sebagai bukti hingga sekarang majoriti pemimpin MFD dari seluruh negara adalah terdiri mereka yang di bawah 50 tahun, hanya saya, Chung Khim Cheong dan Hassan Johar sahaja yang berumur atas 50 tahun.
Kita juga tidak kurang pemimpin pelapis, MFD telah menubuhkan Unit Belia Pekak peringkat kebangsaan dan negeri. MFD juga telah kebebasan kepada mereka untuk menentukan hala tujuan mengikut keperluan mereka. Hasilnya pemimpin muda tersebut yang dibawah umur 35 tahun telah berjaya menganjurkan program tahunan yang mendapat sambutan besar iaitu Kejohanan Futsal Belia Pekak Kebangsaan dan Kem Belia Pekak Kebangsaan.
Bagi memainkan peranan wanita serta menggalakkan mereka terlibat dalam persatuan serta memperjuangkan hak mereka, MFD telah menubuhkan semula Kelab Wanita Pekak di seluruh negara dan membantu mereka merancangkan pelbagai program.
Oleh itu, dakwaan individu bahawa orang Pekak masa ini tidak minat menjadi pemimpin adalah salah. Orang Pekak boleh dibentuk menjadi pemimpin. Mereka wajar sekali diberikan peluang, di bimbing bukan di halang atau di matikan minat mereka.
28 April 2010
21 April 2010
Kejayaan MFD : ketelusan operasi.
Saya telah menjadi Presiden MFD sejak tahun 1997, pada tahun 1999 saya ditawarkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di MFD dan saya telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Kerja di KLSD.
Tugasan tersebut adalah sangat mencabar sebab MFD mula dengan kosong, pada mulanya saya membuat kerja secara sendirian kemudian dengan bantuan insan sebagai pembantu tanpa gaji untuk beberapa bulan. Melalui kerja keras, MFD berjaya sehingga hari ini.
Bagaimana kejayaan tersebut berlaku? Faktor utama ialah sokongan ahli gabungan MFD kerana mereka adalah aset kepada MFD.
Sebagai sebuah organisasi persekutuan, ahli gabungan MFD iaitu persatuan peringkat negeri merupakan pemegang kuasa terpenting. Mereka mempunyai kuasa undi pemutus kerana sebarang aktiviti atau cadangan hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh mereka.
Saya pernah ditegur kerana membuat projek 'haram' iaitu membuat projek tanpa kelulusan Ahli Majlis melalui mesyuarat.
Bagaimana MFD membuat keputusan? Prosesnya adalah mudah, orang Pekak yang menjadi ahli persatuan selalunya akan membangkitkan isu, memohon bantuan dan mencadangkan program kepada persatuan mereka.
EXCO atau Jawatankuasa Persatuan yang baik akan mendengar dan membincangkan usul tersebut di peringkat mesyuarat persatuan mereka.EXCO juga boleh membangkitkan isu atau mencadangkan dalam mesyuarat mereka.
Sekiranya isu itu berkaitan dengan kepentingan nasional akan di bawa kepada MFD untuk kelulusan dan di laksanakan serta diperjuangkan secara seragam.
Ahli Majlis MFD bermesyuarat 3 kali setahun dan Setiausaha Kehormat MFD akan menghantar notis sebelum 30 hari bermesyuarat, dalam tempoh masa itu persatuan gabungan MFD mempunyai masa untuk membincang dan menghantar usul kepada mesyuarat Ahli Majlis MFD.
MFD menghantar notis tersebut kepada Ahli Majlis dan Wakil Tetap mengikut alamat individu tersebut kerana mereka di lantik secara sah dan juga sesalin kepada persatuan gabungan kerana persatuan mempunyai hak sebagai pembayar yuran keahlian. Dengan cara ini akan mengelakkan adanya persatuan menyembunyikan informasi atau memberi alasan tak terima notis.
Semasa mesyuarat Ahli Majlis MFD, Wakil Tetap Persatuan akan membacakan usul yang dibawa oleh persatuannya, kemudian dibahas serta di berikan pandangan dan nasihat oleh Ex Officio atau wakil dari JKMM, KBS, JTK, BPK atau agensi berkenaan yang dijemput hadir.
Selepas perbahasan, undian di buat dengan cara mengangkat tangan dan jika sesuatu program yang diluluskan akan diberikan kepada JK Pentadbiran MFD yang di ketuai oleh Pengarah Eksekutif untuk dilaksanakan.
Mesyuarat Ahli Majlis MFD bukannya keputusan individu dan selalunya jika terdapatnya isu yang tidak jelas atau tidak dapat membuat keputusan, ianya akan di rujuk semula kepada persatuan gabungan untuk di luluskan atau membuat keputusan akhir melalui surat rasmi.
Presiden dan Ahli Majlis tanpa bermesyuarat tidak boleh membuat keputusan secara peribadi atau individu.
Minit Mesyuarat juga hendaklah di agihkan kepada Ahli Majlis, Wakil Tetap dan Persatuan Ahli Gabungan dalam masa 3 minggu selepas mesyuarat tersebut.
Selain daripada minit mesyuarat bentuk tulisan, rakaman video juga di lampirkan.
Keputusan mesyuarat juga amat penting kerana dijadikan sebagai rujukan atau bukti berkaitan dengan perjalanan kewangan MFD yang di audit. Untuk memastikan tiada penyelewengan perjalanan kewangan MFD, Standard Operation Procedure (SOP) juga telah di wujudkan.
Cara ini MFD dapat membuat kerja dengan lancar, telus dan tidak melanggar peraturan yang sedia ada.
MFD akan terus berusaha untuk menjadi organisasi yang terbaik seperti MAKPEM, MAKNA, Malaysian Aids Council, Mercy dan sebagainya.

20 April 2010
Kenangan dari Kuantan
Saya telah hadir ke Majlis Makan Malam Persatuan Orang Pekak Pahang sempena 30 tahun pergerakan orang Pekak di sana di Vistana Hotel, Kuantan pada 17 April Sabtu lepas.
Ruang Majlis Makan Malam tersebut penuh, hadirin daripada seluruh negara. Mengikut laporan dari 45 meja yang sediakan orang Pekak KL membuat tempahan 6 meja, Terengganu 4 Meja, Kelantan hadir dengan sebuah bas sumbangan SUK Kelantan. Juga dari Johor, Selangor, Melaka, Pulau Pinang telah memeriahkan majlis tersebut.
Orang Pekak Pahang ada yang datang naik motorsikal dari Pekan, ada yang naik bas dari Raub dan Jerantut, berkereta dari Temerloh dan banyak lagi.
Bandar Kuantan bagai terkejut dengan kehadiran kami, di homestay saya penuh dengan penyewa Pekak dari seluruh negara juga beberapa hotel yang berdekatan. Tuan punya homestay kami memberitahu pertama kali tempatnya penuh.
Pantai Teluk Cempedak juga berjumpa ramai orang Pekak yang menghirup udara Laut China Selatan. Dimana-mana orang Pekak, bagai Kuantan ini kita punya.
Saya berkesempatan bertemu dengan ramai kawan seangkatan, juga mereka yang tidak pernah saya kenali. Pertama kali saya bertemu dengan mereka yang tidak saya kenali namun banyak perkara yang kami bualkan bagai kawan yang lama tak berjumpa.
Komunikasi di sana-sini tanpa mengira warna dan usia. Tiada halangan, tiada sekatan.
Dari air muka mereka, kepuasan dipamerkan.
Komuniti kita dahagakan perjumpaan.....

13 April 2010
Percaya atau tidak?
Ahad yang lalu (11 April 2010) saya ke Melaka bersama dengan Zuraidah dan Rue untuk membuat kajian mengenai keperluan orang Pekak berkaitan dengan penubuhan kerjasama Gallaudet University dan USM.
Saya sudah banyak kali ke Melaka dan hafal semua jalan menuju ke A Famosa. Kali ini saya memandu melalui Bukit Cina dan saya membuat cerita lucu untuk Rue berkaitan dengan jirat Cina dan kubur orang Islam yang terletak bersebelahan jalan.
Saya tidak serius tetapi cuma main-main sahaja walaupun di tegah oleh Zuraidah.
Keluar dari roundabout selepas Bukit Cina saya terus mengambil jalan untuk ke Stadhuys tetapi saya tidak dapat menjumpai jalan ke Stadhuys dan 3 kali saya melalui roundabout yang sama.
Kali ke 3 apabila saya sampai ke roundabout, saya memohon maaf sebab lelucuan itu tadi dan selepas itu saya nampak jalan ke Stadhuys....
Orang tua-tua dah cakap. Dilarang bercakap yang bukan-bukan.

06 April 2010
Memartabatkan Semula Bahasa Isyarat
Bahasa isyarat merupakan bahasa ibunda orang Pekak, kewujudannya adalah tidak dipertikaikan, malahan dalam AlKuran dan kitab ada menyebut orang pekak berkomunikasi menggunakan isyarat.
Namun kita orang Pekak sebagai kumpulan minoriti dan adalah menjadi lumrah mengikut kehendak kumpulan majoriti. Kita dipaksa mengikut cara mereka, ditindas dan diabaikan hak kita.
Kita telah melalui sejarah hitam iaitu bahasa isyarat kita di haramkan, oralisma di paksa untuk menghapuskan isyarat dan kanak-kanak pekak menjadi bahan kajian serta di tanam 'implan koklear' supaya kita menjadi 'normal' seperti kehendak mereka.
Namun sekarang dunia sudah berubah, hak kita mulai didengar dan dihormati. Datanglah Julai 2010, akan menjadi satu sejarah bagi membasuh dosa-dosa Milan 1880.
21st International Congress on the Education of the Deaf (ICED) in July 2010 in Vancouver, Canada
The 21st International Congress on Education of the Deaf (ICED) will be held in Vancouver, Canada from July 18 to 22, 2010. Educators and researchers in Deaf education have met regularly since their inaugural conference held in Paris in 1878 to discuss various issues in Deaf education. In the second ICED conference in Milan in 1880, the congress passed a number of resolutions that have had a lasting and negative effect on the education and lives of millions of Deaf people across the world, in particular, by removing the use of sign language from educational programs promoting strict adherence to a oralist education.
In 2008, a rather historic campaign was launched to request a rejection of the resolution passed in 1880 and issued a demand for a formal apology from educators and researchers meeting in Vancouver in 2010. The campaign originally started in British Columbia, Canada and spread to the US and many parts of the world. These proposals led to negotiations with the ICED 2010 planning committee. The final declaration is a collaboration between a group of Deaf grassroots activists and the ICED2010 planning committee and it will be presented at the ICED conference's opening meeting in Vancouver, British Columbia.
Highlighting the linguistic human right aspect, the declaration calls upon all Nations to adhere to the principles of the United Nations emphasising especially those outlined in the Convention on the Rights of Persons with Disabilities, and calls for the endorsement of the resolutions adopted by the WFD Madrid Congress in 2007. In addition, the declaration includes a call for a commitment by the Congress to devote itself for working in partnership with Deaf people in order to ensure the educational rights of Deaf globally.
This declaration presents a historical moment for the Deaf community acknowledging the errors of the 1880 Milan Congress and the harmful consequences that have resulted from these resolutions. The World Federation of the Deaf (WFD) board discussed the drafted declaration in its most recent meeting in Turkey earlier this month and will make its comments known to the committee preparing the document. WFD is likely to be represented in the ICED conference in Vancouver by its president Mr. Markku Jokinen. (Sumber WFD)

Bahasa Isyarat + Komunikasi
Jika kita buka kamus DBP bagi mendapatkan maksud 'bahasa', 'isyarat' dan 'bahasa isyarat'; ketiga perkataan tersebut mempunyai penerangan yang berlainan tetapi ketiga perkataan tersebut juga mempunyai hubungkait dengan komunikasi.
Komunikasi adalah keperluan yang utama dalam hidup kita seharian, komunikasi adalah dalam dua bentuk iaitu verbal dan non verbal. Orang yang mendengar menggunakan komunikasi verbal sebab ianya berbentuk bunyi dan mudah untuk mentuturkannya, manakala bagi orang yang tidak mendengar akan menggunakan komunikasi non verbal yang berbentuk visual sebab tidak dapat mentuturkan bahasa verbal.
Orang Pekak menggunakan bahasa non verbal atau bahasa isyarat iaitu bahasa yang iktirafkan sebagai bahasa untuk golongan ini. Dalam dokumen antarabangsa, akta dalam negeri di mana-mana dalam dunia ini telah mengiktirafkan bahasa isyarat sebagai bahasa rasmi orang Pekak.
Bahasa isyarat bukan bahasa universal kerana ianya adalah mengikut identiti budaya dan sesuatu negara seperti contohya di Thailand bahasa rasmi orang Pekak di sana ialah Bahasa Isyarat Thailand, di UK dipanggil BSL, di Amerika Syarikat di panggil ASL dan sebagainya. Semua bahasa isyarat adalah berbeza dengan satu sama lain.
Bahasa isyarat adalah sama standard dengan bahasa verbal yang lain, hal ini adalah tidak dinafikan oleh pakar bahasa dari seluruh dunia dan ianya menjadi faktor utama diluluskan sebagai bahasa rasmi di mana-mana negara.
Seperti bahasa verbal lain sebagai contohnya Bahasa Melayu dan English, kedua bahasa tersebut mempunyai sebutan yang berbeza, susunan ayat yang berbeza dan mempunyai grammar tersendiri.
Juga bahasa isyarat mempunyai isyarat yang berbeza, susunan isyarat yang berbeza serta mempunyai grammar tersendiri.
Isyarat tersebut tidak boleh diturunkan kedalam bentuk tulisan bahasa secara terus atau langsung, sama juga Bahasa Melayu tidak boleh di turunkan ke English secara terus dan langsung.
Kita ambil contoh perkataan Bahasa Melayu 'potong', potong bermaksud cut dalam English tetapi tidak boleh digunakan perkataan cut bagi potong tali, potong kereta, potong barisan. Jelas sekali semua bahasa mempunyai cara mereka tersendiri.
Oleh itu cadangan untuk memperkenalkan satu method baru iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi oleh pihak yang memperjuangkan pendidikan bagi orang Pekak di negara ini perlu di 'potong'. Saya bimbang projek ini hanya membazir banyak wang rakyat dan masa yang berharga.
YAB TPM kita ialah Pengerusi UNESCO, Malaysia menjadi negara contoh pendidikan khas bagi ASEAN dan akan mempunyai pejabat SEAMO di sini. Dalam dokumen UNESCO - The Salamanca Framework of Action - mensyorkan penggunaan bahasa isyarat tempatan dalam pendidikan orang Pekak dan ianya juga di kuatkan oleh UN Convention on the Right of People with Disabilities. Oleh itu pegawai kita wajar sekali menaikkan imej negara dan bukan menjatuhkannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)