28 May 2009

Telefon Bimbit Yang Sesuai Untuk Orang Pekak?

1. Saya masih ingat sebelum projek ePekak kebanyakan orang Pekak tidak memahami kepentingan ICT, rata-rata kata ianya mahal tak mampu nak beli dan tak tahu gunakan nya kerana tak mahir BM atau English.

2. Melalui usaha MFD memperkenalkan ICT iaitu pager, SMS dan memulakan idea 'cross operator' antara telco (syarikat telefon) yang membolehkan orang Pekak dari 019 menghantar SMS ke 012 seperti sekarang, serta projek ePekak; majoriti orang Pekak mulai memahami keperluan komunikasi tanpa halangan.

3. Sekarang hampir setiap orang Pekak yang saya jumpa mempunyai telefon bimbit termasuk menggunakan 3G. Mereka juga mempunyai emel, akaun di webchat, punyai blog sendiri dan sebagainya. Ramai orang Pekak meningkat penguasaan BM dan English. ICT telah membawa pembaharuan kepada orang Pekak. Syukur projek MFD berjaya.

4. Dibawah peruntukan projek MySign Community saya telah diberikan handphone untuk kajian kesesuaiannya dengan projek tersebut. Bermula dengan telefon canggih iaitu E90Communicator buatan Nokia, saya dapat berkomunikasi menggunakan sms, mms, emel serta melayari internet di tempat yang ada wifi, membuat urusan MFD di mana-mana tanpa membawa laptop. Saya juga dapat berkomunikasi dengan 3G tanpa masalah, letak E90 sahaja di mana-mana dan berisyarat tanpa memegangnya.

5. E90 adalah lengkap kerana jika anda berkomunikasi dengan orang Pekak yang tak mahir dengan BM atau English anda boleh gunakan 3G. Tetapi gambar 3G adalah tidak jelas kerana talian di negara kita adalah masih tidak kuat (perlahan). Gambar juga adalah kecil dan tidak dapat mengikuti dengan penuh, jika dipegang sebelah tangan akan jadi tak stabil dan sukar untuk memahami isyarat.

6. Oleh itu sms adalah terbaik dan dapat berkomunikasi dengan lebih jelas. Namun sms tidak dapat berkomunikasi secara 2 hala. Kadang-kadang tak menjawab sms untuk seberapa lama mengakibatkan tekanan kerana ingin menyampaikan perkara yang penting.

7. 3G adalah sesuai untuk orang Pekak yang tidak mahir dalam BM atau English dan sms adalah sesuai untuk orang yang menguasai BM dan English.

8. Baru-baru ini, saya menggunakan Blackberry Storm dengan pakej Celcom RM 148 sebulan. Saya dapat melayari internet di mana-mana tanpa mencari tempat yang ada wifi, saya menghantar dan membalas emel dimana-mana dan bila-bila masa. Paling baik ialah saya dapat berkomunikasi 2 hala menggunakan YM dan MSN di mana-mana, sebab itu anda akan dapati saya online di sepanjang masa. Hidup anda boleh dikatakan lengkap sekiranya menggunakan Blackberry tanpa tertekan menunggu jawapan sms dan mencari wifi. Blackberry Storm luas skrinnya dan sesuai untuk melayari internet tetapi tiada 3G.

9. Bagi pengguna baru Blackberry Storm akan merasa tertekan kerana tidak biasa menggunakan skrin sesentuh atau touch screen. Anda akan mengambil masa 2 minggu atau lebih untuk menyesuaikan diri menggunakan Blackberry.

26 May 2009

Projek Latihan Jurubahasa Isyarat : Bahagian 1

Semua orang tahu MFD menerima sebanyak RM 12.1 juta di bawah peruntukan Bajet 2007 Kementerian Kewangan Malaysia untuk melaksanakan satu projek nasional. Saya amat bersyukur kerana MFD diberikan kepercayaan untuk memikul satu tanggungjawab yang sangat berat.

Ada suara yang mempertikaikan, mampukah orang Pekak membuat projek? Tahukah orang Pekak membuat Projek besar? Tahukah orang Pekak menjaga wang yang banyak? Namun saya ada menerima ucapan tahniah dari sebilang NGO dan pegawai kerajaan.

Saya ingin berkongsi dengan semua orang bagaimana kita boleh berjaya mendapatkan projek ini. Ianya bermula dengan usul dari ahli gabungan MFD semasa sesi brainstorming di Terengganu pada tahun 2003.

Ahli gabungan MFD merupakan kuasa tertinggi dalam MFD, mereka membayar yuran dan mempunyai hak untuk mencadang, melulus dan mengarahkan pentadbiran MFD membuat kerja. Staf MFD termasuk saya sendiri tak boleh buat kerja suka hati, ikut kepala sendiri. Pernah satu kali saya ditegur oleh ahli gabungan MFD dari pantai timur kerana membuat projek tanpa kelulusan ahli gabungan terlebih dahulu dan dianggap sebagai projek haram.

Oleh itu semasa brainstroming di Terengganu, para perwakilan membincang masalah yang dihadapi oleh persatuan mereka masing-masing dan mencadangkan usul. Majoriti perwakilan membangkitkan isu tidak ada jurubahasa isyarat, staf pentadbiran, tak cukup wang, tiada tempat beraktiviti dan telah mengeluarkan resolusi selepas bengkel. Resolusi tersebut telah dibawa ke di AGM MFD kemudian diluluskan dan menjadi tindakan. Dari resolusi tersebut, staf MFD yang dibayar gaji mencari idea untuk memenuhi resolusi tersebut.

Pada tahun 2004, MFD telah menerima panggilan daripada Annie Ling dari REDtone Communication menjemput kita untuk memberikan satu cadangan kepada mereka. Kesempatan tersebut diambil dan kumpulan saya iaitu Zuraidah, Soo Leng dan Hafidah telah mengadakan satu perjumpaan dengan Encik Wei Chuan Beng CEO REDtone dan Encik Peter Yeow pegawai kewangannya di pejabat mereka.

Saya masih ingat detik bersejarah perjumpaan tersebut kerana Encik Chuan Beng amat positif dengan cadangan kami dan beliau mencabar MFD untuk mengeluarkan 100 orang jurubahasa isyarat dalam masa 5 tahun. Dia juga telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 1.8 juta dibawah Tan Sri Yeop Othman-Redtone Communication Trust Fund untuk menubuhkan pusat latihan, membiayai kursus dan elaun.

Beliau juga membenarkan MFD menggunakan tiga suku ruang kepunyaan syarikatnya seluas 1,000 kaki persegi di Tingkat 6, Menara KLH untuk tujuan tersebut secara percuma.

Dari itu, MFD terus menyiapkan infrastruktur pusat latihan, menyediakan modul latihan dan juga membuat ambilan pertama. Kumpulan kami telah memohon tunjuk ajar daripada Puan Saadiah Ahmad, Puan Hadsuria Che Omar dari USM, Encik Razif dari ITNM dan Mejar Sazali Abdul Hamid dari LPM untuk membangunkan program tersebut. Walaubagaimana pun, kami sudah mempunyai program tersendiri yang dibangunkan melalui bengkel-bengkel jurubahasa isyarat sebelumnya. Program tersebut bermula pada 1hb Mac 2005 dengan peserta pertama seramai 20 orang.

Kami membuat latihan secara in-house kerana mengikut undang-undang adalah satu kesalahan jika tidak mendaftar kursus yang melebihi 3 bulan dengan pihak berkuasa. Kami membuat kursus tersebut selama 6 bulan peringkat persijilan dan 6 bulan membuat latihan pratikum dengan persatuan negeri.

Pada masa itu juga pihak Yayasan Maju Diri Y juga menubuhkan kursus jurubahasa isyarat peringkat Diploma dengan kerjasama dengan ITNM dan UM. Walaubagaimana pun kursus tersebut tidak dilaksanakan sehingga blog ini saya tulis.

Pada Julai 2006, MFD telah menganjurkan Seminar Jurubahasa Isyarat Nasional (NASLI) pertama yang dirasmikan oleh YB Dr. Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Kewangan II di Hotel De Palma, Ampang. YB Dr Ng kagum dengan usaha yang dilaksanakan oleh MFD dan REDtone sebagai penyumbang utama. Beliau telah mengarahkan saya mengemukakan kertaskerja cadangan di sesi Bajet 2007 dan berikan saya tempoh 1 minggu.

Saya bertungkus lumus siang malam untuk menyiapkan kertaskerja cadangan tersebut dan cuba membuat bajet “1 to 1 RM” seperti yang diarahkan oleh YB Dr. Ng. Sangat sukar untuk membuat bajet yang rasional dan terperinci dan akhirnya kami telah melebihi sasaran menjadi berjumlah RM 8 juta. Kami kemudian menghantar permohonan ke Kementerian Kewangan 1 hari sebelum deadline (tarikh tutup. Saya juga tak berpeluang untuk membentangan di sesi Dialog Bajet 2007 seperti lazimnya.

Pada 1hb September 2006, Bajet 2007 diumumkan oleh YAB Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, seperti biasa kita orang Pekak lewat menerima berita sebab media letronik tidak dapat di akses oleh orang Pekak. Saya hanya mendapat berita melalui membaca akhbar esok hari dan saya mencari sama ada permohonan kita diluluskan.

Di para 96 Bajet 2007 tertulis iaitu “Terdapatnya kekurangan jurubahasa isyarat terlatih untuk membantu golongan kurang upaya pendengaran dan pertuturan berkomunikasi, program khusus akan diadakan untuk melatih lebih ramai lagi jurubahasa isyarat di sekolah pendidikan khas di bawah Kementerian Pelajaran”.

Saya amat terkejut dan kurang percaya dengan berita tersebut, saya membanding beberapa akhbar lain tetapi laporan adalah sama. Mengapa pulak melatih jurubahasa isyarat di sekolah pendidikan khas? Mengapa pulak jurubahasa isyarat digunakan untuk sekolah pendidikan khas kerana guru sendiri mampu berkomunikasi menggunakan KTBM? Saya tercari-cari jawapan, saya tak mahu berlaku seperti Bajet 2005 yang mana telah luluskan program ICT tetapi kita tak dapat apa-apa.

Saya terus mengutus surat kepada KSU Kementerian Pelajaran, memaklumkan kepada pihak mereka bahawa itu adalah projek kami dan memohon supaya mengadakan kerjasama untuk membuat latihan jurubahasa isyarat.

Saya juga ada menerima panggilan dari pegawai JPK untuk mendapatkan kertaskerja kami bagi melaksanakan projek latihan jurubahasa isyarat dibawah JPK. Berderau darah saya. Entah mengapa saya mendiamkan diri tidak memberikan respon kepadanya.

Nasib kita adalah baik, tak beberapa lama kemudian saya dijemput ke mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pendidikan Khas dan saya membangkitkan isu latihan jurubahasa isyarat dibawah peruntukan Bajet 2007. Pengerusi mesyuarat tersebut memaklumkan bahawa itu bukanlah projek mereka dan memberikan restu kepada MFD untuk berhubung terus dengan MOF. Go ahead!

Dari itu saya terus mengorakkan langkah, kami bertemu dengan Datuk Dr. Irwan, Encik Yeoh, dan beberapa pegawai MOF. Datuk Dr Irwan telah memberikan masa 1 minggu kepada kami untuk menyediakan kertas kerja baru. Datuk Dr. Irwan juga telah mengarahkan kami supaya memasukkan kursus kemahiran BIM untuk pegawai kerajaan iaitu Pengetua, Guru Besar, Guru Kaunseling dan guru mata pelajaran dalam projek kertas kerja.
Dari itu, saya telah menjemput Mejar Sazali Abdul Hamid untuk membantu kami memurnikan kertaskerja kami mengikut format kerajaan.

Apabila siap kami telah membentangkan kertaskerja kami iaitu Menambah Bilangan dan Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Jurubahasa Isyarat dan Peningkatan Penguasaan Bahasa Isyarat dengan kos sebanyak RM 12.1 juta di hadapan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah, Timbalan KSU Menteri Kewangan. Saya menjemput Mejar Sazali bersama ke mesyuarat tersebut untuk menguatkan permohonan kami, namun apa yang saya pelajari dari protokol kerajaan mereka pegawai MOF lebih mendengar suara OKU.

Mesyuarat tersebut telah setuju mempertimbangkan permohonan kami dan menyuruh kami memulakan kerja. Mereka memberitahu kami bahawa apabila cek siap akan memaklumkan kepada kami dan menyuruh kami memulakan projek tersebut.

Bayangkanlah bagaimana nak mula tanpa duit? MFD tiada peruntukan wang yang besar untuk memulakan projek. Bagaimana nak sewa tempat untuk dijadikan pusat latihan? Membuat ubah suai? Membeli perabut? Bagaimana nak sewa apartmen untuk di jadikan asrama dan sebagainya.

Bersambung.

21 April 2009

Kenangan di Kota Bharu

Perasmian PUSKOM Kelantan telah menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Saya diberikan penghormatan untu duduk di bersama YB Abdul Fatah Mahmod, EXCO Negeri Kelantan, Pengarah JKM Negeri Kelantan dan En Razani Ramli, Presiden POPNK di depan hadirin dan juga saya adalah orang kedua menyampaikan ucapan menerangkan apa itu PUSKOM.

Upacara bermula tepat jam 3.30 petang dan saya tercari-cari kereta Kia kerana kasut saya di dalamnya. Aswad memandu entah kemana dan saya terpaksa memakai SANDAL di upacara rasmi tersebut.

Ini adalah satu peristiwa yang memalukan bagi saya.

17 April 2009

Perasmian Pusat Komunikasi Orang Pekak

Kota Bharu, 17 April 2009 - Saya berada di Kota Bharu, Kelantan untuk upacara perasmian PUSKOM atau Pusat Komunikasi Orang Pekak hari ini. PUSKOM Kelantan adalah usaha oleh MFD untuk memberi peluang kepada orang Pekak beraktiviti, mendapatkan informasi serta perkhidmatan yang diberikan.

PUSKOM akan di rasmikan oleh YB Encik Abdul Fatah Mahmood, EXCO Negeri Kelantan selepas sembahyang Jumaat.

Saya bersama dengan Syarini Penyelaras PUSKOM, Wan Zuraidah Jurubahasa Isyarat dan Aswad pemandu MFD telah bertolak dari Puchong jam 7.00 malam dan kami tiba di Kota Bharu jam 5.00 pagi. Perjalanan kami adalah selesa kerana menaiki Kia Carnival kepunyaan sahabat dekat kami. Kia tersebut dipenuhi barang iaitu sebuah PC, baju t, kerusi dan almari Ikea yang merupakan perabut seragam PUSKOM.

Setiba di KB kami di sambut oleh Encik Razani Ramli, Presiden POPK dan dibawa menginap di KB Hostel iaitu terletak di seberang jalan hapadan PUSKOM.

Pagi ini saya setup Viable Pad atau VPad iaitu alatan baru untuk web chat dan juga berjaya menyelesaikan masalah LAN di PUSKOM kerana teknaikan LAN tidak bekerja pada hari Jumaat.

Saya akan balik ke KL petang ini untuk hadir ke kelas di UM Sabtu esok.

13 February 2009

Perlantikan Saya Sebagai Ahli Majlis Akta OKU 2008

Artikel ini sudah lama saya karangkan tetapi terlupa untuk di publish di blog ini.

Ramai orang tahu bahawa Akta Orang Kurang Upaya 2008 telah diluluskan di Parlimen Malaysia serta telah di perkenan Diraja dan diwartakan sebagai Akta 685.

Saya telah melibatkan diri bersama-sama rakan OKU secara serius dalam perjuangan Akta tersebut. Idea Akta OKU itu dibentang oleh Encik Mah Hassan dari SBM di mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Kesejahteraan OKU yang dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman, Menteri Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat pada masa itu.

Akta tersebut telah derafkan oleh sepasukan peguam OKU iaitu En Mah Hassan dan Encik Tuah Atan. Deraf Akta tersebut telah bahaskan dan diperkuatkan melalui beberapa bengkel, persidangan dan sebagainya di seluruh negara.

Saya masih ingat semasa saya menjadi Presiden MCD, JK kami ada mengaturkan bengkel Akta OKU di MAKPEM dan pada tahun 2002 semua organisasi OKU telah bersatu menganjurkan program Walk With Us iaitu program kesedaran Akta OKU dari Dataran Merdeka ke Maju Junction, Kuala Lumpur.

Akta tersebut juga telah mendapat perhatian serius oleh kerajaan Malaysia dan pihak JKMM telah mengambil usaha untuk menguatkan Akta tersebut dengan memurnikannya, membuat Dasar OKU serta Pelan Tindakan.

Pada tahun 2007, MFD telah menghantar memorandum pengiktirafan BIM sebagai bahasa rasmi orang Pekak di Malaysia kepada YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat di Parlimen.

Rentetan dari itu juga Akta OKU telah di bentangkan di parlimen buat pertama kali, di baca kali kedua dan kemudian dibahas dan diluluskan. Setelah diluluskan juga YB Menteri telah mencadangkan perlantikan Senator dari kalangan OKU iaitu YB Datuk Profesor Dr. Ismail Salleh sebagai OKU pertama.

Langkah seterusnya ialah menubuhkan Ahli Majlis OKU untuk memastikan peruntukan dalam Akta di ikuti dan dihormati. Saya juga telah diberikan penghormatan oleh YB Datuk Dr. Ng Yen Yen Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat untuk menduduki Majlis OKU tersebut yang terdiri dari pelbagai agensi termasuk Peguam Negara, Kementerian Pengajian, Kesihatan, Pengangkutan, Penerangan, Perumahan dan Kerajaan tempatan dan sebagainya.

----------------------------------

Rights of disabled people to be taken care of BY LOONG MENG YEE. The STAR.

THE Persons with Disabilities Act 2008 has been gazetted and came into force on July 7. This is the first rights-based legislation for people with disabilities (PWD).“With the enforcement of the Act, PWDs will be able to enjoy better public transport facilities, amenities and services.“They will also have equal opportunities to health, education, information, communication and technology, habilitation and re-habilitation, improved employment opportunities as well as sports, leisure and cultural life,” said Women, Family and Community Development Minister Datuk Dr Ng Yen Yen.“At this point, it is too early for us to assess the effectiveness of the Act.“Issues affecting the development and well-being of PWDs are cross- cutting, from rehabilitation to housing and social safety.“Therefore, the responsibility to ensure the PWDs enjoy the rights enshrined in the Act has to be shared by all.

Fight for our rights: Dr Ng (fourth from right) and the rest of the team in the National Council for the People with Disabilities.

“The ministry and the National Council for Persons with Disabilities established under this Act will have to play a crucial role to address and bring foward issues affecting PWDs,” said Dr Ng at the first council meeting recently.

She added the council would oversee, co-ordinate and evaluate the implementation of the National Policy and National Plan for Action relating to PWDs.

Dr Ng said Malaysia had moved from charity-based to rights-based to address the issues affecting PWDs. The Department of Social Welfare was committed to the cause of ensuring full participation of PWDs into society.

“The department had introduced rights-based programmes such as Disability Equality Training and Independent Living to PWDs.

“Community-based rehabilitation is promoted and further strengthened to provide early intervention, rehabilitation and training for PWDs in their own community.

“So far, the welfare department supports 379 community-based rehabilitation centres, benefiting 12,000 PWDs,” said Dr Ng.

Until May, there were 229,325 PWDs registered with the Welfare Department.

This figure was way too low for the World Health Organisation estimate of between 5% and 10% of the population.

Going by that estimate, Malaysia should be registering 1.3 to 2.6 million PWDs. Dr Ng urged those who had not registered to do so.