Baru-baru ini YB Datuk Ras Adiba, Senator OKU telah menerbitkan rancangan talkshow bertajuk Janjitemu untuk Bernama TV yang disiarkan setiap Selasa jam 8.30 pm.
Sebagai menghormati akses kepada komunikasi untuk penonton Pekak, rakaman tersebut telah dihantar kepada MFD untuk dimasukkan sisipan BIM.
Memandangkan kesibukan Jurubahasa BIM, saya mengarahkan staf MFD Nur Saadah iaitu tenaga pengajar BIM menjadi jurubahasa untuk program tersebut bersama dengan seorang lagi Jurubahasa BIM yang lain.
Perkara ini sudah lama cuba diketengahkan oleh MFD dalam dasar perjuangannya; yang mahukan supaya rancangan talkshow di tv nampak lebih berkesan dengan adanya 2 jurubahasa bagi mengelakkan penonton tidak terkeliru sesiapa yang sedang berbicara sekiranya cuma ada seorang jurubahasa isyarat.
Percubaan ini adalah amat berjaya kerana Nur Saadah sebagai seorang Pekak mempunyai penguasaan bahasa pertuturan dan BIM yang baik, dengan itu menjadi kekuatan kepada dia untuk menterjemahkan isyarat baku yang sampaikan daripada "feeder" ke BIM.
Saya secara peribadi tertarik mengikut rancangan tersebut kerana kedua pembicara mempunyai cara penyampaian tersendiri dari segi tatabahasa, antonasi, nada suara yang berlainan yang dapat dilihat perbezaannya melalui terjemahan oleh 2 orang jurubahasa tersebut.
Rancangan ini telah berjaya dan secara kebetulan adalah selari dengan pengumuman Bajet 2022 yang mahukan semua rancangan tv tempatan mempunyai sisipan BIM. Oleh itu tiada salahnya kita meletakkan jurubahasa Pekak di rancangan live TV selepas ini.
Dari itu akan mempercepatkan matlamat dalam perjuangan MFD untuk membuka peluang pekerjaan kepada orang Pekak untuk berkhidmat di mana2 terutama sebagai jurubahasa BIM bagi mengimbangkan perkhidmatan yang dipikul oleh orang mendengar.
Insya Allah.
No comments:
Post a Comment