29 December 2010

Keputusan PMR Pelajar Pekak dan Arahan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran

Saya belum menerima keputusan PMR calon Pekak bagi tahun 2010 ini. Harapnya ada keputusan yang baik bagi calon Pekak macam tahun kebelakangan yang mana menjadi berita besar di akhbar tempatan. Berita kejayaan pelajar Pekak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan awam menjadi motivasi kepada kita, ibubapa, guru, pelajar Pekak yang lain.

Kejayaan tersebut akan menukar pandangan para guru, pengetua, pegawai bahawa orang Pekak tak boleh berjaya dalam pendidikan atau pendidikan untuk orang Pekak tidak bagitu penting.

Y.Bhg. Dato' Abd. Ghafar bin Mahmud
Tahun ini sunyi sahaja kerana tiada berita mengenai kejayaan pelajar OKU dan saya merasakan sesuatu yang tidak kena tetapi saya tetap berdoa masih ada yang berjaya mendapat keputusan yang baik sebagai bukti kejayaan sistem pendidikan kita. Jika tidak berjaya mesti ada sebabnya dan saya tertarik dengan berita Mingguan Malaysia hari Ahad berkaitan dengan arahan Y. Bhg. Dato' Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran bertajuk Hanya guru berkelayakan ajar BM. (KLIK PADA TAJUK INI).

Saya amat bersetuju dengan arahan itu dan mengusulkan guru yang mempunyai kelulusan dalam BIM/BMKT layak mengajar di sekolah Pekak.

2 comments:

Teh's said...

Saya baru dapat membaca Bicara Sazali tentang keputusan PMR Pelajar Pekak。 Maaf saya terlewat memberikan maklumat. Sebenarnya, keputusan SMPKP amat baik dalam PMR 2010. Antaranya, keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu mencapai peningkatan ketara berbanding dengan mata pelajaran lain. 82% lulus -- peningkatan sebanyak 48.48%. 3 orang calon mendapat "A" dan 2 orang dapat "B" dalam BM. Ini merupakan satu rekod kerana selama ini, tiada murid pekak di FSD/SMPKP mendapat "A" dalam BM peringkat PMR/SPM. Sebenarnya, kumpulan pelajar ini menjadi sasaran pihak sekolah - diberi bimbingan khusus sejak di tingkatan satu (2008). Saya diberi tanggungjawab membimbing mereka selama tiga tahun. Hasilnya membuktikan, apabila murid-murid pekak diberikan bimbingan optimum dan secara terancang, halangan bahasa dapat diatasi. Tiga orang murid yang mendapat gred "A" sebenarnya telah ditentukan mencapai gred "A" dalam ETR semasa mereka di Tingkatan Tiga. Bagi kebanyakan pelajar pekak yang agak lemah dalam mata pelajaran bahasa, saya bersama dengan seorang guru BM baru yang tekun berusaha telah dapat membimbing mereka untuk mencapai "Lulus". Di sini, ingin saya maklum kepada kebanyakan orang (orang pekak dan ibu bapa mereka)bahawa sekolah khas bukannya teruk seperti yang difikirkan (saya dapati saudara Sazali juga memandang rendah sekolah khas kerana enggan menghantar anaknya ke sekolah khas). Terdapat juga sebilangan guru pendidikan khas yang baik dan berkemampuan membimbing murid pekak. Seringkali, ada orang yang mengatakan sekolah khas ketinggalan berbanding dengan sekolah aliran perdana. Sebenarnya mereka tidak sedar bahawa biasanya sekolah aliran perdana menerima murid pekak yang bijak-bijak saja sedangkan sekolah khas perlu menerima semua murid pekak yang lemah (ini fungsi sekolah khas). Jadi, tidak adil kalau kita menggunakan keputusan peperiksaan awam untuk membandingkan sekolah khas dengan sekolah aliran perdana. Murid-murid pekak yang berpotensi, pasti dapat juga terserlah jika dibimbing di sekolah khas.

Teh's said...

Untuk maklumat, di SMPKP calon terbaik PMR 2010 ialah (1) Maninder Kaur Gill mendapat 4A2B1D dengan GPI=1.71; (2) Ung Ming Ni mendapat 2A3B2C dengan GPI=2.00;(3)Mohd. Hazmi mendapat 2A3B2C1D dan (4) Ng Chia Wei mendapat 2A2B1C2D. Pencapaian mereka membanggakan.