Esok puasa.
Saya masih ingat semasa saya kecil emak saya menulis nota niat puasa untuk malam pertama iaitu "Sahaja aku puasa sebulan Ramadhan kerana Allahtaala" iaitu niat permulaan bagi bulan Ramahdan.
Kemudian hari kedua emak saya menulis lagi nota "Sahaja aku puasa esok hari bulan Ramadhan kerana Allahtaala".
Sebagai orang Pekak saya kesukaran untuk mengingat niat dalam Bahasa Arab bermula dengan "nawaitu......" namun saya percaya niat dalam Bahasa Melayu dan amalan yang di tuntut dalam bulan puasa adalah penting.
Oleh itu kepada semua pembaca yang beragama Islam, saya ucapkan Selamat Berpuasa.
2 comments:
selamat berpuasa dato'...
Selamat Berposa Datuk....Jangan lupa dtg ke IHYA RAMADAN kat Penang pada 05 Sept. nie.....
Post a Comment