05 August 2009

Mesyuarat Yang Hampir Tak Berjaya

1. Pada 31 Julai 2009, saya telah hadir mewakili MFD ke Mesyuarat Kaedah Penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran yang lalu. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai Bahagian Pendidikan Khas, JPN, Pensyarah USM termasuk Guru Pakar iaitu Cikgu Teh dari FSD dan duduk di sebelah saya berkongsi jurubahasa isyarat dari MFD.

2. Mesyuarat tersebut telah bertukar kepada perbahasan yang hangat mengenai BIM, KTBM dan BMKT.

3. Sebenarnya tujuan mesyuarat tersebut ialah untuk memberikan nama yang sesuai subjek baru ‘bahasa isyarat’ yang akan di masukkan dalam jadual pembelajaran di sekolah-sekolah khas. Saya menyokong usaha ini kerana ianya adalah peluang terbaik untuk orang Pekak mempelajari bahasa ibunda (bahasa pertama) di peringkat awal.

4. Dalam jangka masa panjang, orang Pekak akan mendapat manfaat dari projek ini kerana kita akan menjadi tenaga pengajar ‘bahasa isyarat’ sebab kita adalah orang yang paling sesuai mengajarnya. Untuk menjadi seorang guru perlu mempunyai kelulusan khusus, oleh itu ‘bahasa isyarat’ akan menjadi subjek di universiti.

5. Terbayang saya tertubuhnya fakulti ‘bahasa isyarat’ di universiti dan orang Pekak menjadi pensyarah kepada bakal guru-guru ‘bahasa isyarat’, serta pegawai Pekak yang berkhidmat di LPM untuk membangunkan kertas peperiksaan di peringkat UPSR, PMR, SMP, STPM dan seterusnya.

6. Namun saya masih tidak faham mengapa pihak disana masih tidak mahu menerima BIM untuk di namakan sebagai subjek tersebut walhal BIM telah diluluskan di Parlimen Malaysia sebagai bahasa rasmi orang Pekak di Malaysia dalam Akta OKU 2008 juga telah mendapat perkenan DiRaja serta di wartakan?

7. Jawapanya ialah mereka tak yakin dengan kemampuan BIM yang membolehkan orang Pekak menulis BM dengan baik. Jadi apakah kaedah yang sesuai pada pendapat mereka? Cikgu Teh seorang guru pakar, pemegang Sarjana dan sebagai seorang Pekak sendiri memaklumkan bahawa BMKT/KTBM tidak sesuai dan telah gagal membantu untuk menguasai BM tetapi kenyataan beliau di pandang sepi.

8. Sekarang timbul pula jenama baru iaitu ‘Bahasa Isyarat : Mode Komunikasi Menyeluruh’.... walahulalam.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Sejahtera!

Tahniah wira guru kita En. Teh berjaya memecah buntu para hadirin mesyuarat.

Sewaktu saya mengikuti kursus English untuk menguasai English dalam penulisan di Galaudet University, kaedah menggunakan SEE dan ASL. Berbagai kursus dalam kelas semua pelajar dan guru menggunakan ASL.

Tidak hairan.. Orang bukan Pekak selalu cakap ringkasan (slang), dialek dan bahasa sendiri dalam umum. Tidak adil orang Pekak diwajibkan gunakan BMKT. Setiap manusia mempunyai bahasa sendiri supaya mendapat mengiterasikan dalam masyarakat.

Aqlam

HISHAM said...

Salam semua..

Setuju sekiranya pandangan orang pekak sendiri diambil kira dalam penggubalan apa-apa yang berkaitan bahasa isyarat, istilah dan penerbitan buku ilmiah.

Apa guna panggil orang pekak untuk bermesyuarat kalau pandangan mereka diketepikan? Adakah kerana orang pekak ini walaupun pakar tetapi tak ada 'kebal', maka pandangan mereka diketepikan?

Ini diskriminasi...nampak macam pegawai-pegawai tinggi ini belum terbuka minda mereka atau kurang peka kepada suasana persekitaran mereka.

Kena 'cucuk' oleh orang yang lebih atas/tinggi kuasanya, barulah mereka nak buat kerja...