Februari 2018 genaplah umur saya 60 tahun. Disepanjang 60 tahun hidup saya, hampir tiga suku usia saya bergelumang bersama bangsa Pekak, memperjuangkan hak mereka, menyediakan keperluan mereka. Masa berlalu dengan pantas dan saya menyaksikan bangsa Pekak berjaya dalam hidup mereka selari dengan pembangunan negara, juga banyak ruang tersedia untuk bangsa Pekak.
Kemanakah saya selepas ini? Kebanyakan teman saya telah bersara, memenuhi masa bermain dengan cucu serta mendekat diri kepada tuhan. Timbul persoalan, apakah perlu saya tinggalkan kerja saya dalam pembangunan bangsa Pekak?
Walaupun perjuangan itu masih jauh lagi namun saya percaya ada pengganti yang akan meneruskan perjuangan itu. Kakak saya pernah berkata kepimpinan saya adalah gagal jika tiada pengganti.
Oleh itu, saya ambil keputusan tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden MFD. Cukuplah dengan jawatan dan tugas yang kecil, slow down kata teman saya kerana kita sudah tidak lagi gagah seperti dahulu sebab memasuki alam 6 series. Saya akan menjadi penasihat jika diperlukan serta bertukar fikiran serta pengalaman.
Keluarga saya telah membuat satu surprise party dengan menjemput para saudara mara dan sahabat handai. Kakak tiri saya datang dari Matang, Taiping, teman rapat dan mengenali saya datang dari jauh, Pulau Pinang pun ada. Mereka datang diam2 tanpa pengetahuan saya. Terima kasih semua dan terpahat satu memori yang paling indah bagi saya.
Saya sudah menjadi warga emas sekarang dan layak mendapat kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Teman saya melawak, warga emas dapat potongan 50% diskaun campur sebagai OKU Pekak dapat lagi 50% diskaun jadi FREE lah....
Syukur alhamdulillah kerana Allah swt telah memberikan peluang kepada saya serta mengizinkan saya untuk terus berbakti kepada keluarga, bangsa dan ugama.
No comments:
Post a Comment