Trajedi seorang lelaki Pekak yang menamatkan dan membakar 4 nyawa di Tg Sepat, Selangor telah menjadi peristiwa besar di negara kita dan mendapat liputan luas di dalam dan luar negara.
Komuniti Pekak juga telah membicaranya dan rata-rata dari mereka membuat public judgement yang tertumpu kepada kesalahan pelakunya.
Malahan Komuniti Pekak kita bersimpati dan mengumpul derma kilat untuk diberikan kepada keluarga si mati tersebut tanpa menyedari komuniti Tg Sepat adalah komuniti tergolong yang berada.
Kes itu telah disiasat oleh polis dan cukup bukti untuk didakwa ke mahkamah. Orang Pekak itu telah menjadi Orang Kena Tuduh (OKT). Kes tersebut adalah satu jenayah berat dan akan berdepan dengan hukuman mati.
Saya tidak faham mengapa dia sanggup bertindak sedemikian dengan menamatkan 4 nyawa. Mengikut cerita dari mereka yang mengaku kawan rapat, OKT itu memang jahat, pinjam duit ahlong tetapi kita tunggu apakah cerita sebenarnya dari pembicaraan mahkamah.
Negara kita ada undang-undang dan kita percaya pembicaraan akan berjalan dengan lancar.
Persoalannya sekarang bagaimana status isteri dan anak OKT? Isteri OKT ialah juga seorang Pekak dan tidak bekerja. Mengikut maklumat, selepas kematian tersebut dia telah tidak diterima oleh keluarga si mati termasuk kedua abangnya yang juga Pekak. Justeru itu dia perlu memulakan hidup baru.
Apakah kita sedar akan kesusahan yang dihadapi oleh isteri OKT? Isteri dan anak telah hilang tempat bergantung kerana OKT itu merupakan ketua rumah. Kereta OKT, dokumen penting termasuk kad bank ditahan oleh polis sebagai bahan bukti. Hal itu menyukarkan pergerakan isteri dan menyara diri.
Isteri OKT tidak terlibat dalam pembunuhan itu dan dia tidak bersalah, jangan kita menghukum dia.
Beliau perlu dibantu dan dimotivasikan bagi memulakan hidup baru tanpa suami.
Apakah kita tahu dia perlu duit untuk hidup, beli barang makan untuk anak, sewa rumah dan keperluan seharian? Oleh itu terletak kepada hati budi kita semua.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/01/25/court-turns-down-psychiatric-observation-request-for-accused-in-murder-arson-case/
No comments:
Post a Comment