Melalui Facebook telah menunjukkan peningkatan orang Pekak melibatkan diri dalam politik. Terdapatnya mereka menyokong kerajaan dan ada juga menyokong pembangkang. Baru-baru ini Bersih 3.0 juga telah mendedahkan sekumpulan orang Pekak juga terlibat memprotes.
Kemajuan ICT membuka peluang orang Pekak mendapat informasi di sekeliling. Orang Pekak telah mula memahami kebebasan bersuara dan menilaikan baik atau buruk. Ini merupakan satu perkembangan yang baik.
Pembahasan mereka melalui posting di Facebook secara tidak langsung membantu untuk meningkatkan kemahiran berBahasa Melayu atau Inggeris. Ada juga posting mereka terkeluar dari topik pembahasan kerana gagal memahami maksudnya.
Namun mereka berani mencuba, mereka tidak kisah jika tulisan mereka tidak mengikut susunan ayat yang betul. Yang penting mereka berpeluang untuk meluahkan pandangan mereka.
Mengapakah mereka gagal memahami tajuk dan gagal menulis dengan betul? Mengapa ayat yang mereka tulis tersebut lintang pukang?
Apakah ianya mempunyai hubungkait dengan tidak keberkesanan kaedah Komunikasi Menyeluruh dan penggunaan Bahasa Malaysia Kod Tangan yang di gunakan di sekolah-sekolah Pekak di negara ini kerana gagal membimbing komuniti kita menguasai bahasa?
Jika saya seorang Menteri Pelajaran, saya akan berasa malu kerana gagal membimbing orang Pekak yang juga rakyat Malaysia.
1 comment:
salam tuan, terima kasih kerana berkongsi sedikit ilmu dengan peserta di ISM pagi tadi.
Post a Comment