MFD telah menerima undangan daripada Jabatan Belia Sukan bagi mengadakan Kursus Asas Bahasa Isyarat Malaysia untuk staf mereka sebagai persediaan penganjuran Sukan Paralimpik yang akan di adakan selepas SUKMA 2011.
Bertempat di Hotel Grand Continental, Pulau Langkawi dari 2 hingga 4hb Jun 2011, Kursus tersebut di sertai oleh seramai 36 peserta dari seluruh negara. Kursus selama 3 hari 2 malam tersebut di bimbing oleh Zaine Bujal, Fakrul Azman dan Abdul Rahman.
Dari apa yang saya ketahui, Kerajaan Malaysia memang serius membantu, menyokong dan memberikan peluang kepada rakyat tidak mengira bukan cacat atau cacat mencebur diri dalam bidang sukan.
SUKMA 2010 dan Sukan Paralimpik sudah berlalu tahun lepas di Melaka, sekarang SUKMA 2011 sedang berlangsung di KL dan diikuti Sukan Paralimpik selepas SUKMA.
Mana perginya SKOP atau SOPMA? MSFD yang di berikan amanah untuk pembangunan sukan orang Pekak tidak di ketahui secara rasmi hidup atau matinya.
Organisasi sukan baru iaitu MSDeaf (bukan Mohamad Sazali Deaf) sudah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi melarikan diri dari sumpahan atau mengelakkan sejarah hitam MSFD dan masih juga sepi tanpa berita. Berapa kali saya ke KLSD di San Peng, pejabat MSFD yang bersebelahan KLSD adakalanya beroperasi secara tertutup tetapi telah di tutup sampai hari ini.
Di saat ini peluang terbuka luas tetapi malangnya apakah MSFD atau MSDeaf masih di buai mimpi. Apakah MSFD atau MSDeaf menutup sebelah mata permohonan komuniti Pekak yang memerlukan aktiviti bagi mengelakkan masalah sosial yang meningkat di kalangan belia?
Belia tanpa aktiviti boleh menyebabkan perpecahan komuniti kita. Semakin lama mereka duduk tanpa aktiviti, semakin banyak mereka mencipta aktiviti baru yang luar dari batas kesopanan dan kesusilaan. Mereka juga akan menjadi kilang fitnah dan membentuk sikap benci-membenci sesama sendiri. Akibatnya padah menanti kita.
Kepada pemimpin di MSFD atau MSDeaf, jika anda rasa tidak mampu memikul tanggungjawab atas sebab kesibukan tugas atau atas tanggungjawab lain atau apa-apa sejuta alasan. Cadangan saya, serahkan tanggungjawab itu kepada orang lain untuk menguruskannya.
1 comment:
Saya mahu menjadi sukarelawan sukan paralimpik dan sukan pekak malaysia...
Post a Comment