10 March 2010

Apakah Guru Pekak Tidak Berkualiti?

Kita amat bangga kerana di negara ini tiada diskriminasi terhadap orang Pekak dalam memilih pekerjaan. Orang Pekak boleh memilih pekerjaan mengikut minat dan kelayakan mereka termasuk menjadi guru. Sampai sekarang lebih kurang 12 orang Pekak telah di terima menjadi guru.

Saya juga telah terlibat memperjuangkan orang Pekak mendapat pekerjaan sebagai guru selepas dimotivasikan kejayaan Cikgu Teh Kean Hoe lulusan USM dan diterima sebagai guru pertama di FSD dan di Malaysia.

Saya teringat kali pertama saya telah berjumpa dengan Pengarah Bahagian Pengambilan Guru, Kementerian Pelajaran di Damansara bagi mengusulkan Cikgu Chong Chooi Chu diterima sebagai pelatih guru kerana dia memang mempunyai kelayakan. Apabila tiada berita, kita juga telah pergi berjumpa dengan Timbalan Menteri Pelajaran iaitu YB Datuk Fong bagi memohon jasa baik beliau menerima Cikgu Chong.

Semasa saya berada di Tokyo pada tahun 1991 bagi menyertai latihan kepimpinan orang Pekak Asia Pasifik anjuran JICA selama 2 setengah bulan, saya telah menerima berita bahawa Cikgu Chong telah lulus masuk Maktab Perguruan di Pulau Pinang.

Cikgu Teh telah memberikan hint yang sangat berharga kepada saya, pada satu mesyuarat khas di Bahagian Sekolah-sekolah bagi membincangkan pengambilan OKU memasuki MPIK (sekarang IPIK) saya telah menggunakan hint tersebut membangkitkan isu kelonggaran pelajar Sabah dan Sarawak memasuki IPTA. Saya mencadangkan kelonggaran tersebut di berikan kepada permohonan Pekak kerana terdapatnya ramai orang Pekak hanya lulus dalam Bahasa Malaysia peringkat SPM tetapi kepujian dalam mata pelajaran yang lain.

Cadangan tersebut telah diterima dengan syarat hendaklah mengambil semula mata pelajaran BM sehingga mendapat kepujian seperti dalam syarat JPA. Saya masih ingat Cikgu Lee Tur Chung merupakan orang pertama memasuki MPIK. Yang lain saya lupa namanya.

Sampai sekarang orang Pekak masih diterima sebagai pelatih di IPIK dan ada yang menyambung pelajaran sehingga peringkat sarjana (MA).

Perjuangan saya adalah disebabkan saya percaya guru Pekak paling sesuai untuk mendidik pelajar Pekak kerana mereka mempunyai kemahiran komunikasi serta memahami orang Pekak sendiri. Dengan adanya guru Pekak akan membantu memotivasikan kanak-kanak Pekak untuk berjaya kerana guru Pekak adalah sebagai contoh.

Namun saya telah ter'dengar' (atau paling sesuai mendapat tahu) melalui perbualan antara guru-guru bukan Pekak yang membincangkan mengenai kualiti guru Pekak yang mengajar di sekolah-sekolah khas Pekak.

Mereka mempertikaikan kualiti guru Pekak yang mendidik pelajar Pekak kerana tiada kemajuan yang diperolehi.

Oleh itu saya mencadangkan guru Pekak menubuhkan kumpulan sendiri seperti Persatuan Guru-Guru Buta Malaysia (?) yang membincang sesama mereka bagi mempertingkatkan kualiti kerja mereka.

6 comments:

Chai Yun said...

Saya sokong pak Sazali. Malaysia memang patut ada persatuan guru pekak. Dengan cara, dapatlah pelbagai kemahiran dalam pengajaran dipertingkatkan. Persatuan ini juga boleh mencari cara yang berkesan secara rundingan antara guru-guru pekak.

Saya mendapati pelajar pekak yang menerima pengajaran guru normal juga tiada perkembangan yang maju. Jadi guru pekak dilahirkan supaya membantu pelajar pekak dalam pendidikan kerana mereka lebih memahami pelajar pekak. Namun, guru normal juga mempunyai sikap sayangi insan istimewa. Pendek kata, guru normal dengan guru pekak sama sahaja. Yang penting, kejayaan bergantung pada pelajar pekak sendiri. Perlu berusaha sendiri mencapai kejayaan.

Saya sendiri pernah mengalaminya. Ramai rakan sekelas saya sering tidak mengalami perkembangan dalam pendidikan. Bukan salah guru sama ada normal atau pekak. Pelajar-pelajar pekak sendiri yang tidak berusaha bersungguh-sungguh. Saya akui tidak menumpukan perhatian dalam kelas sepenuhnya tetapi saya sentiasa berusaha supaya lulus dalam peperiksaan awam. Walaupun keputusannya kurang memuaskan, tetapi saya tidak akan berputus asa hingga berjaya.

anakmami said...

Salam,

Saya sokong 100% atas tulisan Datuk S. Penubuhan Persatuan Guru2 OP digalakkan dengan itu guru2 OP dapat berdiskus bagaimana untuk meningkatkan lagi pemahaman murid2 OP dalam pelajaran yang diajar oleh mereka. Pengalaman saya sebagai pelajar OP di SMPK OP di Tanjung Bungah menunjukkan masaalah komunikasi diantara pelajar2 dan guru2 salah satu sebab mengapa pelajar OP susah mau maju’ Kalau guru2 OP masaalah ini tidak ketara sangat. Ada Pengetua time saya sekolah tak tahu pun bahasa isyarat macam mana Pengetua ni mau tahu problem pelajar OP bila sendiri pun tak tahu berhubung dengan OP pakai guru normal yang mahir bahasa isyarat untuk berhuubng dengan pelajar2 OP yang belum tentu apa yang dicakap oleh pelajar sama diberitahu kepada Pengetua…….. Lu Fikir Le Sendiri.

shamin said...

Salam,

Guru,ibubapa serta pelajar pekak itu sendiri memainkan peranan untuk maju. Tapi kalau guru baru nak belajar bahasa isyarat apa cerita! Dari sekolah masaalah pembelajaran dipindahkan dan kemudian pula ditempatkan untuk mengajar pelajar di tahap 2. Tak sampai setahun, dah kena pindah ke tempat lain.Ganti guru lain, baru nak menyelami/mengenali pelajar dah cuti penggal ke 3. Pelajar belum memahami betul-betul dah beralih ke syllabus lain. Janji dalam rekod dah ajar !

Dalam satu kelas, murid tak sampai SEPULUH (10) orang,siap ada PPM sekali, tapi balik rumah, semak buku, tulisan tergantung (tak habis tulis), tak faham (terutama matematik). Pelajar pekak ini sepatutnya ada asas, teknik atau kaedah menjawap(campur,tolak, kali,bahagi) terutamanya matematik ditekankan sebab ia akan digunakan hingga sekolah menengah. Budak normal senang nak memahamkan mereka. Tapi pelajar istimewa ini memang menguji kesabaran saya sebagai ibu(mengajar cara saya dirumah) yang ingin melihat keputusan yang memuaskan setiap kali ujian di sekolah.

Melentur buluh biar dari rebungnya, masuk kedai buku, tidak ada buku yang sesuai untuk kanak-kanak istimewa tapi untuk pelajar normal serta sekolah cina pun sudah banyak buku-buku rujukan di pasaran.Nak tak nak beli yang agak sesuai untuk menambahkan ilmu mereka serta mentranslatekan ke bahasa isyarat mana yang patut.

Banyak pusat-pusat tuisyen untuk pelajar normal tapi memang tiada untuk pelajar istimewa ini. Saya sedang mencari (sekitar Petaling Jaya atau Shah Alam).Tolong bantu kalau ada yang berminat.Saya pasti ramai ibubapa yang lain ingin melihat anak-anak ini mencapai kecemerlangan dalam akedemik terutama di peringkat UPSR agar peratus calon ini akan naik.Tidak mengharap banyak tapi usaha itu ada. Kebanyakkan ibubapa dari golongan ini mampu untuk membiayainya demi anak istimewa yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa.

anakmami said...

Puan Shamin, Saya rasa di PUSKOM (Pusat Komunikasi Orang Pekak) ada tenaga pengajar ajar 3M untuk kanak2 OKU Pekak. Di ajar oleh orang Pekak sendiri.Boleh hubungi MFD untuk keterangan lanjut sebab dekat dengan kawasan puan.

Chai Yun said...

Pn.Shamin,

Selain PUSKOM, PESIBA di KL juga menyediakan bantuan tuisyen. Namun, disebabkan puan ingin mencari pusat tuisyen di sekitar PJ / Shah Alam, jadi saya tidak dapat membantu puan. Minta maaf saya pintakan. Apa-apa pun saya berdoa supaya anak puan berjaya dalam akademik.

Unknown said...

Salam Pak Sazali, boleh tahu di mana cikgu Teh sekarang. Saya rakan sekelas dia di USM dulu. Dah hampir 30 tahun tak tahu dia di mana ia itu sejak kami berpisah. Saya ialah co-author buku bersama dia dulu. Sekarang berada di Melaka. Kalau ada contact dia, sila PM saya di https://m.facebook.com/PNC.PJIM.UTeM/