11 January 2010

Konvo IUCTT : Diploma Jurubahasa Isyarat

Saya menanti kedatangan 23hb Januari 2010, tarikh tersebut akan diingati kerana pelajar kumpulan pertama akan menerima Diploma Jurubahasa Isyarat disempana Konvo IUCTT di Putrajaya International Convention Centre.

Orang Pekak sangat memerlukan perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk urusan seharian dan MFD telah menjadi perintis mengadakan perkhidmatan jurubahasa isyarat sejak awal tahun 90an. Gaji, elaun dan latihan di sediakan oleh pihak MFD.

Perkhidmatan tersebut adalah percuma untuk orang Pekak dan lama-kelamaan permintaan perkhidmatan tersebut bertambah tinggi daripada seluruh negara. MFD terpaksa mengorbankan sumber kewangan yang sedia ada iaitu menambah 80% untuk membiayai gaji, elaun dan latihan jurubahasa isyarat.

Melalui perjuangan MFD kita mendapat perhatian daripada REDtone Communication untuk memulakan latihan jurubahasa isyarat peringkat persijilan pada tahun 2005. Kita berjaya melatih 20 kumpulan pertama dan mereka berkhidmat di persatuan dan ada juga diterima kejawatan dalam agensi kerajaan dan swasta.

Pada tahun 2007, rezeki kita orang Pekak melimpah kerana menerima peruntukan RM 12.1 juta dari kerajaan Malaysia melalui Bajet 2007 untuk melatih dan menambah bilangan jurubahasa isyarat. Tanpa menoleh kebelakang, MFD menaik taraf Centre of MySL dan menerima ambilan kedua iaitu 100 pelajar.

Dengan kerjasama IUCTT, kita telah berjaya menubuhkan pengajian Diploma Jurubahasa Isyarat yang pertama di negara ini dan telah diluluskan oleh MQA. Kerana sebarang urusan rasmi memerlukan jurubahasa isyarat yang bertauliah.

Pelajar yang mengikuti jurusan Diploma Jurubahasa Isyarat tersebut belajar secara percuma, mendapat kemudahan kelas pertama secara percuma, makan percuma, pakaian percuma, elaun juga diberikan. Syukur kerana berkat perjuangan orang Pekak melalui MFD semua perkara tersebut dapat di laksanakan. Berbanding dengan pelajar di IPTA/S lain adalah tidak ubah macam langit dan bumi. Ada yang membuat pinjaman, bantuan orang tua dsb.

Mengikut laporan IUCTT, kumpulan autisma juga menerima peruntukan Bajet dari kerajaan Malaysia dan belajar di bawah IUCTT tetapi nasib kumpulan ini adalah berbeza dengan pelajar di MFD. Pelajar bidang autisma tersebut walaupun ada yang tinggal jauh di Rawang, Seremban namun sanggup mengorbankan wang, masa untuk hadir ke kuliah di kampus Bangi setiap hujung minggu. Ini merupakan contoh komitmen yang amat tinggi serta terpuji kerana mereka insan yang ingin membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Diploma Jurubahasa Isyarat tersebut akan menjadi dokumen yang penting untuk dijadikan jawatan hakiki dalam JPA. Permohonan rasmi jawatan jurubahasa isyarat telah diterima daripada IPTA/S di seluruh negara dan juga dalam proses untuk dikembangkan khidmat di sekolah intergrasi. Nasib jurubahasa adalah sangat bertuah. MFD bersyukur kerana berjaya membuka peluang pekerjaan dan memberi rezeki kepada mereka yang mempunyai niat untuk membantu kita.

Kita akan pergi jauh lagi, USM dan Gallaudet Universiti juga sedang membuat program usahasama, oleh itu pelajar yang memegang Diploma akan layak untuk menyambung peringkat sarjana muda dalam bidang jurubahasa isyarat dan seterusnya di USM.

23hb Januari 2010 hari Sabtu di PICC, terpahat satu sejarah untuk 36,000 orang Pekak di Malaysia, berkat doa dan airmata kita, walau tanpa Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh yang telah meninggalkan kita, satu persatu 80 orang pelajar jurubahasa isyarat akan melangkah menaik pentas menerima Diploma yang kita perjuangkan........ semoganya Allah swt akan berkati anda semua.... amin....

Saya akan di sana untuk menyaksikan hari yang bersejarah itu.

2 comments:

Unknown said...

en.sazali, i would like to know more abt IUCTT. if u dont mind, will contact me at my email siti.noraida.abd.wahab@gmail.com or YM! adda_aida

much appreciate. thank you.

Unknown said...

En. Sazali, jika saya yang tiada asas langsung tentang bahasa isyarat, bolehkah menyertai kursus diploma jurubahasa isyarat ni?