Pagi ini saya terbaca berita bertajuk Daniel, badminton wanita Olimpian 2009 di ruang sukan akhbar Mingguan Malaysia. Kerajaan Malaysia melalui badan sukan nasional serius memberikan bantuan galakan kepada ahli sukan yang berjaya menaikan nama negara di pertandingan sukan antarabangsa.
Kita orang Pekak apa kurangnya? Di Deaflympic Taipei 2009 September yang lalu, kita berjaya mendapat 2 pingat iaitu pingat perak acara badminton beregu dan pingat gangsa di acara bowling perseorangan. Juga pada Deaflympic Melbourne 2005, ahli sukan kita membawa pulang pingat.
Sudahkah mereka menerima hadiah dari kerajaan seperti ditetapkan? Jangan buat ahli sukan kita kempunan hadiah daripada kerajaan. MSDF wajar bertindak, MSFD bukan organisasi setahun jagung, sebelum itu kita sudah berpengalaman menghantar pasukan ke Deaflympics Rome dan pemenang pingat kita juga sudah menerima wang daripada kerajaan. Mengapa sampai sekarang masih belum ada berita yang membanggakan serta memotivasikan komuniti kita untuk berjaya dalam bidang sukan?
Kurangkan berpolitik dan dengarlah suara dari semua.
1 comment:
Salam Datuk S,
MSFD tu EXCO2nya sedang tidur lena pandai cakap besar nak buat itu n ini saja....Cakap pula tak serupa bikin. Paling begang duit MSFD yang kena songlap oleh ex-exco msfd dan konco2nya beribu2 RM apa dah jadi? Senyap aje. Exco2MSFD sekarang ada share ke?
Post a Comment