14 September 2009

Informasi : P1 Wimax

Jumlah orang Pekak di Malaysia menggunakan webchat adalah tinggi, mereka menggunakan camfrog atau skype untuk berhubung satu sama lain. Namun talian broadband di negara kita adalah masih perlahan dan gambar webchat selalunya kabur atau pecah-pecah.

Untuk makluman, P1 wimax menyediakan perkhidmatan khas untuk OKU bagi menggunakan broadband. Dengan menggunakan wimax kita dapat melayari internet dengan lebih pantas dan juga menggunakan webchat dengan lebih jelas.

Jika berminat, anda perlu mendaftar terus di P1 P@ddock dan P1 PITSTOP yang berdekatan, sila tunjukkan IC dan Kad OKU. Pakej yang ditetapkan ialah RM 40 sebulan bagi 24 bulan kontrak dengan kelajuan muat turun 1.2mbbps dan muat naik 500 kbps.

Sebelum mendaftar sila dapatkan informasi samaada tempat anda di dalam rangkaian wimax. Jika tidak dalam rangkaian wimax, jangan melangganinya.

3 comments:

Selina Wing said...

Hmm. I scare because WIMAX still is expensive. I heard that my friend's bro already ask WIMAX company when he wants to buy the package. But they said WIMAX charge on how long you use.. -_-

Joei (乔伊) said...

Salam,
Saya di Skudai, Johor Bahru. Kawasan rumah saya dalam rangkaian wimax. Di JB, saya kena rujuk ke mana untuk mendaftar P1. Saya juga OKU masalah pendengaran.

Sekian, terima kasih.

King Zool said...

joey & all from jb,
if you want p1 wimax service, u can always contact me thru 016 7236773 or rajazool@gmail.com, i'll do the registration for you..n i do have experience registering for Oku as well. - zool