21 April 2009

Kenangan di Kota Bharu

Perasmian PUSKOM Kelantan telah menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Saya diberikan penghormatan untu duduk di bersama YB Abdul Fatah Mahmod, EXCO Negeri Kelantan, Pengarah JKM Negeri Kelantan dan En Razani Ramli, Presiden POPNK di depan hadirin dan juga saya adalah orang kedua menyampaikan ucapan menerangkan apa itu PUSKOM.

Upacara bermula tepat jam 3.30 petang dan saya tercari-cari kereta Kia kerana kasut saya di dalamnya. Aswad memandu entah kemana dan saya terpaksa memakai SANDAL di upacara rasmi tersebut.

Ini adalah satu peristiwa yang memalukan bagi saya.

17 April 2009

Perasmian Pusat Komunikasi Orang Pekak

Kota Bharu, 17 April 2009 - Saya berada di Kota Bharu, Kelantan untuk upacara perasmian PUSKOM atau Pusat Komunikasi Orang Pekak hari ini. PUSKOM Kelantan adalah usaha oleh MFD untuk memberi peluang kepada orang Pekak beraktiviti, mendapatkan informasi serta perkhidmatan yang diberikan.

PUSKOM akan di rasmikan oleh YB Encik Abdul Fatah Mahmood, EXCO Negeri Kelantan selepas sembahyang Jumaat.

Saya bersama dengan Syarini Penyelaras PUSKOM, Wan Zuraidah Jurubahasa Isyarat dan Aswad pemandu MFD telah bertolak dari Puchong jam 7.00 malam dan kami tiba di Kota Bharu jam 5.00 pagi. Perjalanan kami adalah selesa kerana menaiki Kia Carnival kepunyaan sahabat dekat kami. Kia tersebut dipenuhi barang iaitu sebuah PC, baju t, kerusi dan almari Ikea yang merupakan perabut seragam PUSKOM.

Setiba di KB kami di sambut oleh Encik Razani Ramli, Presiden POPK dan dibawa menginap di KB Hostel iaitu terletak di seberang jalan hapadan PUSKOM.

Pagi ini saya setup Viable Pad atau VPad iaitu alatan baru untuk web chat dan juga berjaya menyelesaikan masalah LAN di PUSKOM kerana teknaikan LAN tidak bekerja pada hari Jumaat.

Saya akan balik ke KL petang ini untuk hadir ke kelas di UM Sabtu esok.