Di
sepanjang bulan Ramadhan tahun 2013 ini, saya berkesempatan untuk menyertai
majlis Ihya Ramadhan yang dianjurkan persatuan gabungan MFD di Kuala Lumpur,
Shah Alam, Alor Setar dan Pulau Pinang.
Majlis
itu mendapat sokongan dan kerjasama daripada jabatan yang menguruskan hal ehwal
agama Islam di negeri masing-masing termasuk pihak masjid. Seperti biasa kos untuk menampung penganjuran
majlis tersebut adalah tidak mencukupi namun persatuan orang Pekak dengan
ikhlas mengeluarkan peruntukan untuk menampung kekurangan perbelanjaan
tersebut. Komitmen ini adalah amat terpuji dan diberkati Allah swt kerana ianya
bertujuan untuk mengembangkan syiar Islam kepada orang Pekak yang sekian lama
terabai.
Penyertaan
ahli Pekak ke majlis tersebut adalah memberangsangkan dan semasa sesi soal jawab
ianya mendedahkan betapa dahaganya orang Pekak di Malaysia pengetahuan agama
Islam.
Melalui
pemerhatian dan soalselidik saya, orang Pekak Islam amat memerlukan bimbingan
dalam semua aspek agama termasuk yang penting iaitu fardhu ain. Di sini saya
memberikan rumusan dari pemerhatian dan soalselidik saya terhadap orang Pekak
termasuk staf di MFD berkaitan dengan bersolat.
Majoriti
mereka menjawab mereka bersolat sebab agama Islam, sebab Allah dan ada yang
memberikan jawapan sebab cikgu suruh atau ibubapa suruh. Mengikut kefahaman
saya mereka bersolat kerana agama Islam dan kerana Allah adalah tepat kerana
ianya ialah dalam Rukun Islam yang kedua.
Malangnya
mereka tidak faham maksud dua kalimah syahadah iaitu Rukun Islam yang pertama
dan saya menerangkan apa maksudnya kalimah (ayat) dan syahadan (ucapan
kepercayaan atau perjanjian) serta memberikan contoh. Bagi orang Pekak mereka
memerlukan kefahaman apa yang disampaikan serta memberikan contoh-contoh bagi
menguatkan kefahamannya. Apabila sudah memahami definasi satu perkataan tersebut
akan memudahkan kita menyampai ilmu agama kepada mereka.
Isyarat-isyarat
yang bertepatan dengan Islam memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
kefahaman mereka dan pihak MFD sedang mengkaji dan memurnikan semula isyarat
Islam dalam Bahasa Isyarat Malaysia agar bertepatan dan seragam dengan isyarat
yang digunakan oleh Negara Islam yang lain.
Di
bahagian solat pula, saya bangga mereka mampu menghafal niat sebelum solat
tetapi mereka tidak tahu apa yang perlu dibaca doa semasa solat. Ada beberapa
dari mereka tahu mengucapkan takbir selepas niat tetapi majoriti mereka tidak
tahu membaca alfatihah termasuk tidak menyedari sebutan memberikan salam
diakhir solat.
Di
dalam Rukun Solat perkara no 4 adalah wajib membaca alfatihah dalam bahasa Arab
dan perlu kita tekankan bimbingan pembacaan alfatihah kepada orang Pekak. Bukan
alasannya orang Pekak dikecualikan sebab tidak mampu membaca dan menyebut
bahasa Arab; jika orang Pekak boleh menulis serta berkomunikasi dalam BM atau
English di Facebook atau SMS malahan webchat bermakna juga mereka mampu untuk
menghafal alfatihah dalam bahasa Arab atau terjemahannya dalam Bahasa Isyarat
Malaysia.
Ibaratkan
orang bukan Pekak semasa solatnya mereka membaca alfatihah dalam bahasa Arab
dilidah tetapi untuk menambah kusyuknya menterjemahkan dalam BM di akal atau
hati.
Oleh
itu dibolehkan orang Pekak membaca alfatihah dalam BIM dihati supaya
melengkapkan Rukun Solat tadi.
Mengapa
tak boleh? Jika Nabi Muhammad semasa beribadat di Gua Hira didatangi oleh
malaikat Jibrail menyuruhnya membaca tetapi Nabi Muhammad tidak tahu membaca,
turunnya surah Al Alaq “Bacalah, atas nama tuhan kamu yang mencipta….”