Pembangunan sukan untuk orang
Pekak kita tidak pernah gagal mendapat sokongan terutama segi wang ringgit.
Bermula apabila menghantar kontinjen Malaysia ke World Deaf Game di Sofia pada
tahun 1991 buat pertama kalinya, ianya menjadi titik permulaan kita mendapat
bantuan kewangan dari pihak kerajaan dan swasta.
Selepas itu pergi ke luar negara
ke Rome, Melbourne, Taipei, sana sini untuk bawa cabaran jalur gemilang, pihak Kerajaan
dan swasta tidak di nafikan menghulurkan peruntukan dan kita tidak merasakan di
kecualikan dalam pembangunan sukan dan peluang. Juga dari SKOP sehingga
bertukar SOPMA, Ipoh, Terengganu dan KL pun kerajaan bagi duit.
Namun realitinya pembangunan
sukan domestik kita sunyi, mungkin sebab itu MPM menjemput atlet Pekak kita ke Sukan
Paralimpik mereka sebagai satu tanggungjawab sosial. Tiada niat yang
tersembunyi. Juga organisasi luar MSFD/MSDeaf seperti YMCA Deaf Club, unit dan
ahli gabungan MFD menganjurkan aktiviti sukan untuk ahlinya atas dasar bukan
nak ambilalih tugas MSFD/MSDeaf, tetapi untuk memperbanyakkan aktiviti supaya
atlet Pekak mempunyai peluang mengasah bakat atau memperingkatkan skill mereka.
Lagi banyak aktiviti sukan, akan meningkatkan prestasi mereka seperti yang di
matlamatkan oleh MSDeaf.
Sepatutnya MSDeaf mengambil kesempatan
dari MPM yang mempunyai pengaruh di MSN, KBS, PESRON, JKM peringkat kebangsaan
dan negeri kerana apabila adanya Sukan Paralimpik kerajaan negeri akan
menyediakan atlet dari segi latihan, pakaian, makanan, pengangkutan, tempat
tinggal serta elaun. Orang Pekak dapat ikut serta dan perkenalkan dan
promosikan diri, sebagai ahli persatuan sukan negeri sendiri dan dari itu
kerjaan negeri akan tahu kewujudan organisasi peringkat negeri.
Paling best ialah jika atlet
pekak dapat pingat dari Sukan Paralimpik dan menaikkan imej negeri
masing-masing, kerajaan negeri akan buat party dan beri intensif. Negeri
gembira, atlet pekak pun gembira.
Bertambahlah sokongan kepada orang Pekak kita. Berbaloikan.
Nak buat kerja pembangunan sukan
bukan kerja yang mudah, memang itu amanah yang berat serta perlukan nawaitu. Harap
MSDeaf berjaya dalam usahanya. Kita tunggu aktiviti sukan untuk orang Pekak anjuran
MSDeaf yang akan memeriahkan komuniti kita.
Sebelum itu saya ada mencadangkan
supaya Sukan Paralimpik ambil atlet pekak bawah 18 tahun sahaja. Dengan cara
itu kita dapat keluarkan pelapis. MSDeaf boleh jimat duit, dan tenaga. MSDeaf tumpukan
kepada SOPMA untuk 18 tahun keatas bagi menjaga kualiti kejohanan tersebut.
Masalah atlet kita tak dapat
ganjaran setahu saya ianya bermula dari Deaflympik Melbourne, Jimmy Wong dapat
no 3 lepas itu Zaidi Awang juga dapat gangsa di Taipei Deaflympik tapi ganjaran
tak terima sampai hari ini. Mana salah silapnya? PJS belum di kuatkuasa pada
masa itu dan masa itu juga sukan kita dibawah pengurusan MSFD. Mengapa atlet kita
tak dapat ganjaran hasil kemenangannya walhal sebelumnya atlet kita dapat? Jawapannya ada pada
pemimpin MSFD tersebut.
Banyak sangan polemik dan
perbahasan sehingga merosakkan imej orang Pekak bagai tak ada penghujungnya. Kebetulan
saya ada berjumpa dengan pemimpin MSDeaf semasa AGM Persatuan Orang Pekak Melaka,
banyak perkara kami bahaskan. Di akhir saya dah beritahu bola ada di kaki anda,
geliceklah, rembatlah ke dalam gol jangan kalau tak masuk gol salahkan size
gawang kecik atau kasut bola rosak… Sekarang orang Pekak dah pandai menilai…
No comments:
Post a Comment