Saya telah diundang ke rundingan
meja bulat transformasi pendidikan Negara di PWTC pada akhir bulan lepas.
Rundingan meja bulat ini bertajuk pendidikan khas dan di hadiri oleh perwakilan
dari NGO pelbagai kecacatan.
Seperti biasa saya mewakili
kumpulan orang Pekak dan membangkitkan beberapa perkara iaitu :
1. Tiada tindakan yang ambil jika
pencapaian pelajar pekak merosot.
Mengikut laporan LPM setiap tahun
jumlah calon orang Pekak yang gagal di peperiksaan awam adalah tinggi, tetapi
malangnya perkara ini di pandang sepi berbanding jika berlakunya kemerosotan
peratusan kelulusan calon bukan pekak, riuh seluruh Negara dan pelbagai
tindakan di ambil oleh pihak kementerian. Ini adalah tidak adilan yang jelas.
2. Kemahiran dalam penyampaian
P&P.
Kaedah yang digunakan di sekolah
pekak ialah Komunikasi Menyeluruh dan penggunaan BMKT dalam penyampaian
pelajaran dan pembelajaran. Adalah pelik kerana tiada syarat dalam pendidikan
guru di Malaysia menjadikan BMKT
sebagai subjek yang wajib lulus bagi membolehkan guru itu mengajar di sekolah
pekak. Di luar negara iaitu Ausrtalia, New Zealand, UK, USA dan negera-negara
maju, bahasa isyarat di jadikan subjek wajib dan mesti lulus sebelum mendapat
tauliah menjadi guru di sekolah pekak.
Di negara kita tiada pakar BMKT
dan menyebabkan tidak mampu membangunkan subjek pengajian BMKT sebagai subjek
wajib lulus di peringkat universiti. Pada masa ini terdapatnya pensyarah yang
mengajar BMKT di IPTA tetapi apakah pensyarah itu di iktiraf? Di iktiraf oleh
siapa dan apa kelayakan mereka yang memberikan pengiktirafan tersebut kepada
pensyarah itu?
Oleh itu guru yang tidak mahir
dalam BMKT boleh menjadi salah satu punca kegagalan pelajar pekak kita dalam
akademik.
3. Kurikulum yang tidak selaras.
Kurikulum kebangsaan atau arus
perdana adalah wajib diikuti dan peperiksaan awam adalah berteraskan dari
kurikulum kebangsaan.
Bagi pelajar pekak, mereka di
berikan kurikulum pendidikan khas dan di ajar mengikut kemampuan mereka; tetapi
di akhir tahun persekolahan pelajar Pekak menduduki peperiksaan awam dari
kurikulum kebangsaan.
Ianya menjadi salah satu faktor
kegagalan pelajar pekak kerana kurikulum pendidikan khas adalah tidak selaras
dengan kurikulum arus perdana.
Jika mahu pelajar pekak mengikut
kurikulum pendidikan khas perlunya mempunyai peperiksaan yang berteraskan
pendidikan khas juga; tetapi apakah sijil yang di keluarkan tersebut memunyai
nilai dalam pasaran?
Jangan kata mahu
mengintergrasikan orang pekak tetapi perkara yang sedia ada adalah menyebabkan
orang pekak terpisah dari pendidikan arus perdana.
Oleh itu kami kata TIDAK kepada
Kurikulum Pendidikan Khas tetapi menumpukan kemahiran guru dalam menguasai
bahasa isyarat iaitu BIM.
4. Kegagalan BMKT
BMKT/KTBM di wujudkan bagi
memenuhi keperluan system Komunikasi Menyeluruh yang menggantikan system
oralisma pada tahun 79. BMKT/KTBM bukannya
bahasa dan ianya di canang dengan gahnya sebab mempunyai pakar bahasa yang
tersohor pada masa itu.
Malangnya pakar bahasa itu bukan
berlatarbelakang pendidikan orang Pekak dan juga bukan pakar dalam bahasa isyarat.
Mereka semestinya faham bahawa se perkataan bahasa Melayu membawa banyak maksud; semak dan semak
ejaannya sama tetapi bunyi yang berbeza serta ada 2 maksud berlainan mengikut
jalan ayat. Oleh itu isyarat juga berbeza mengikut ayat yang di sampaikan.
Menambah imbuhan dari kata akar
juga membawa maksud yang berbeza, contohnya pulau adalah berbeza dengan maksud
memulau atau di pulau.
Masuk 3 dekad BMKT/KTBM di
gunakan, di murni tidak, di tambah tidak, dok tang tu jugak. Orang di sana
masih di buai mimpi dengan senyum panjang kerana menerima kenaikan gaji.
MFD sedang bekerjasama dengan
sebuah universiti untuk membangunkan BIM – Bahasa Isyarat Malaysia dan
memperjuangkan supaya guru wajib mempunyai persijilan atau diploma atau sarjana
dalam BIM sebelum diterima mengajar di sekolah-sekolah pekak.
5. Pendidikan Awal
Bagi anak “normal” atau bukan
pekak adan menerima bahasa seawal beberapa minit selepas di lahirkan. Bayi
Islam di azankan supaya syukur kepada illahi, di jaga, di timang, di dodoi dan
di lagu untuk menidurkannya. Jelasnya bahasa itu di sampaikan seawalnya.
Tetapi bayi pekak tidak dapat menerima
bahasa kerana lewat mengetahui kecacatannya. Juga tiada program pendidikan awal
bagi bayi berumur 0 – 4 tahun dan siapakah bertanggung jawab untuk memberikan
bahasa kepada bayi itu? Kementerian Kesihatan? Oh tidak mereka cadang implan,
speech teraphy, alat pendengaran dan macam-macam model perubatan. Bayi itu
bukan nak ubat tetapi bahasa.
Kementerian Wanita? Oh tidak
mereka tiada kepakaran dan cadang rujuk kepada Kementerian Pelajaran dan
Kementerian Pelajaran menjawab Oh tiada dalam dasar Kementerian bagi penjagaan
umur 0 – 4 tahun.
Semua orang lepas tangan dalam
hal ini. Apakah ini tahap
kebijaksanaan orang kita.
No comments:
Post a Comment