Persatuan Orang Pekak negeri merupakan tulang belakang MFD. Mereka memainkan peranan penting menghidupkan MFD. Tanpa mereka MFD tidak wujud kerana mengikut peraturan ROS sekurang-kurangnya gabungan 7 buah persatuan peringkat negeri boleh menubuhkan sebuah organisasi peringkat kebangsaan.
Apabila mereka bergabung dengan MFD mereka bersama-sama melaksanakan matlamat telah di persetujui oleh semua ahli gabungan di mesyuarat MFD. MFD memainkan peranan untuk membantu dan membimbing ahli gabungan dalam mencapai matlamat yang di tetapkan.
Namun MFD tidak boleh masuk campur dengan pengurusan pentadbiran ahli gabungannya, selalunya keputusan di buat oleh persatuan tersebut MFD akan menghormatinya dan tidak memaksa mereka menukar fikiran.
Kemajuan MFD di agihkan secara sama rata kepada ahli gabungan melalui projek yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia iaitu jurubahasa isyarat, PUSKOM, BIM dan sebagainya. Melalui projek tersebut telah membantu ahli gabungan MFD mempertingkatkan kualiti pengurusan persatuan masing-masih malahan berlumba-lumba membuktikan mereka terbaik.
Transformasi tersebut telah membuka mata orang pekak dan mereka mulai memahami hak mereka. Pada tahun 2011 terdapatnya perubahan kepimpinan di persatuan peringkat negeri kerana orang Pekak mulai menyedari maruah, kepentingan dan hak mereka.
Namun usaha ini tidak di terima oleh mereka yang lama 'memerintah' persatuan, paling menyedihkan pelbagai usaha telah di buat untuk mengembalikan mereka untuk 'memerintah' persatuan. Mereka telah membuat pelbagai tuntutan termasuk mengada AGM semula, melapor kepada ROS akan 'salahlaku' EXCO dan termasuk kepada SPRM.
Perbuatan tersebut bukannya budaya orang pekak yang suka bermaafan serta melupakan perkara yang lalu. Orang pekak sememangnya tidak bagitu mengambil hati walau pun di sakiti oleh orang lain tetapi jangan di sangka air tenang tiada buaya. Walaubagaimana pun perbuatan yang tidak wajar tersebut telah memberikan pengajaran serta ilmu yang baru kepada orang pekak bahawa mereka juga boleh berbuat demikian pada masa akan datang.
Kebetulan sebelum itu persatuan gabungan ada memohon kepada MFD untuk membimbing mereka dalam pentadbiran persatuan. MFD membantu membuat filing system yang teratur, membimbing membuat minit mesyuarat serta laporan dan membuat laporan kewangan mengikut prinsip akaun yang MFD pelajari dari firma akaun tersohor KPMG.
MFD terkejut dan keciwa kerana orang yang lama 'memerintah' tersebut tidak banyak membantu membimbing persatuan dalam pengurusan pentadbiran organisasi dan sebagai buktinya telah meninggalkan kelemahan dalam banyak perkara.
Hasilnya, laporan yang kemas tersebut telah banyak membantu persatuan menjawab soal siasat dari ROS dan SPRM.
Di takdir MFD akan berterusan memikul tanggungjawab dan amanah untuk memperkasakan persatuan negeri kerana tanpa mereka MFD akan terus hidup.
No comments:
Post a Comment