06 July 2009

Mengapakah Orang Pekak Tidak Boleh Menguasai Bahasa Melayu?

1. Majoriti orang Pekak tidak menguasai Bahasa Melayu. Kegagalan menguasai Bahasa Melayu menyebabkan pelajar Pekak gagal dalam akademik. Kegagalan menguasai Bahasa Melayu juga menyukarkan orang Pekak mendapat pekerjaan yang baik serta naik pangkat. Tanpa memahami Bahasa Melayu akan menyukarkan perjuangan hak komuniti Pekak kerana dokumen penting adalah dalam Bahasa Melayu. Paling menakutkan ialah kegagalan menguasai Bahasa Melayu akan menyukar orang Pekak membimbing anak sendiri untuk menguasai Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran wajib dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Masa hadapan keluarga dan negara akan bertambah suram.

2. Mengapa kita gagal menguasai Bahasa Melayu?

3. Sistem pendidikan kita menggunakan Komunikasi Menyeluruh dan KTBM secara rasmi sebagai kaedah utama dalam P&P di sekolah khas untuk orang Pekak. KTBM itu adalah kod Bahasa Melayu yang menurut asas-asas tatabahasa dari prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, ditutur, ditulis, dibaca dan difahami oleh pengguna-pengguna Bahasa Melayu.

4. Komunikasi Menyeluruh dan KTBM telah digunakan selama 30 tahun tetapi pelajar Pekak kita masih gagal menguasai Bahasa Melayu. Pelajar Pekak kita juga di tambah masa 2 tahun belajar di sekolah rendah tetapi masih tak berjaya juga.

5. Jika kegagalan pelajar Malaysia menguasai English melalui program PSMI menjadi isu nasional dan dibahaskan hingga di Parlimen; mengapa pula kegagalan orang Pekak menguasai Bahasa Melayu sampai hari ini tiada tindakan di ambil?

6. Jawapan pihak atasan pendidikan adalah sama iaitu jika menggunakan BIM dan diturunkan ke tulisan Bahasa Melayu, akan menjadi ayat lintang pukang dan YB Menteri tidak akan faham membaca surat dari orang Pekak dan penggunaan BIM akan menyebabkan anak-anak Pekak gagal dalam Peperiksaan Awam.

7. Mengapa mesti menyalahkan BIM? BIM tidak pernah masuk ke sekolah, malahan di HARAMkan, tetapi orang Pekak tetap GAGAL dalam peperiksaan kerana menggunakan KTBM.

Sampai bila komuniti kita di bentuk menjadi orang yang gagal?

2 comments:

anakmami said...

Salam,
Dari pengalaman saya OP masih gagal kuasai Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia sebab tidak dapat pendidikan diperingkat TADIKA lagi. Umur belajar paling awal untuk OP mungkin umur 3 or 4 tahun. Kanak2 OP masa umur 3 or 4 terpaksa belajar menguasai bahasa isyarat dahulu sebelum diajar asas bahasa Melayu.
Guru yang mahir dengan Bahasa Isyarat adalah diperlukan bagi memudahkan komunikasi dengan kanak2 OP yang belajar di Tadika dimana pada masa itu kanak2 OP masih mentah dan senang di ajar.

Din said...

Assalamualaikum,

Bagi pendekatan untuk pembelajaran for hearing and speech disability, saya banyak terpengaruh dengan approach yang dijalankan oleh Gallaudet University (Satu-satunya universiti untuk orang pekak di dunia) yang nampaknya menggalakkan penggunaan simple english (based on readability test) ataupun teknik GLOSSING. Universiti ini pun menyokong penggunaan American Sign Language, dan bukannya Manually Coded English ataupun Signing Exact Language.

Ini disebabkan oleh language competency dan cognitive learning bagi golongan yang mempunyai hearing and speech disability.

Pendapat saya, dengan membebankan orang Pekak dengan bahasa melayu, proses pembelajaran adalah sukar. Kenapa perlu menggunakan bahasa isyarat Malaysia sedangkan apa yang penting adalah learning proses?

By the way, saya ingin menjalankan sesi interview/survey, untuk memahami perkara ini dari konteks rakyat Malaysia/amalan yang dijalankan di Malaysia serta perkara lain berkaitan pembangunan e-learning.. Saya berbesar hati sekiranya saudara, ataupun sesiapa yang berminat, sudi untuk membantu. Ini adalah sebahagian dari research saya sebagai pelajar...

saya boleh dihubungi melalui e-mail udin2x.at.gmail.