22 June 2009

BIM Masih Belum Di Iktiraf

1. Baru-baru ini pada 17 Jun, satu mesyuarat bagi membincangkan pengiktirafan BIM seperti dalam Akta OKU 2008 anjuran JKMM telah diadakan. Dari MFD diketuai oleh saya, Sariah dan Yazid berserta 3 orang jurubahasa isyarat, turut hadir ialah wakil Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pelajaran Tinggi.

2. Mesyuarat tersebut adalah tidak berjaya kerana wakil penting daripada kementerian tersebut tidak hadir kerana pada masa yang sama terdapatnya satu persidangan pendidikan peringkat negara Komanwel berlangsung di ibunegara.

3. Saya membangkitkan laporan LPM kegagalan pencapaian orang Pekak dalam akademik di peringkat UPSR, PMR dan SPM. Pencapaian buruk itu akan menyebabkan orang Pekak akan sukar bersaing untuk merebut peluang yang ada di negara kita.

4. Kegagalan orang Pekak dalam akademik adalah berkaitan dengan kelemahan menguasai bahasa iaitu Bahasa Melayu. Sekiranya KTBM itu ialah alat penting untuk menguasai Bahasa Melayu, mengapakah sehingga hari ini sejak KTMB di perkenalkan pada tahun 70an KTBM masih gagal untuk membantu kita menguasai Bahasa Melayu?

5. BIM yang diperjuang oleh MFD tidak dibenarkan masuk ke sekolah-sekolah atas sebab dasar KP menggunakan KTBM, oleh itu mana boleh mempersalahkan BIM menjadi penyebab pelajar kita gagal.

6. Mesyuarat setuju memberikan saya peluang untuk membentangkan BIM di mesyuarat Ahli Majlis OKU pada 30 Jun 2009 ini.

2 comments:

Don Daughter's said...

salam

saya nak tanya,

apakah perbezaan antara BIM dengan KTBM?

sejauh manakah keberkesanan kedua item diatas untuk membantu mereka yang bermasalah pendengaran?

terima kasih, encik.

About Me said...

BIM adalah bahasa komunikasi. Pembentukan/pergerakan tangan, jari dll untuk memberi makna/gambaran.
BIM ialah bahasa orang Pekak yang tidak menyerupai mana-mana bahasa yang ditutur, ditulis dibaca.

KTBM ialah pembentukan/pergerakan tangan, jari dll untuk kata dasar, imbuhan dll yang tidak memberi gambaran kepada makna. KTBM menurut asas-asas tatabahasa dari prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, ditutur, ditulis, dibaca dan difahami oleh pengguna-pengguna Bahasa Melayu.

Sudah masuk 30 tahun KTBM di gunakan di sekolah-sekolah, keputusan akademik pelajar pekak adalah kritikal.


Sazali