14 July 2008

Projek Latihan JBI dibawah Bajet 2007

Entry for April 19, 2007

Hello semua kawan-kawan ku,

Maaf kerana lama tak menulis dan bercerita. Jadual saya terlalu sibuk sekarang selepas MFD mendapat peruntukan RM 12.1 juta dari Kerajaan Malaysia di bawah Bajet 2007 untuk melaksanakan Program Latihan Jurubahasa Isyarat.

Jumlah ini adalah terbesar dalam sejarah hidup kita, ianya telah membuktikan Kerajaan Malaysia peka akan kerperluan kita. Terima kasih kerana ianya merupakan hadiah bagi kita di sempena 50 Tahun Merdeka. Kejayaan tersebut juga membuktikan keberkesanan advokasi kita yang telah lama memperjuangkan keperluan komunikasi tanpa halangan.

Terdapatnya 3 lokasi program kita iaitu Kursus Jurubahasa Isyarat di Pusat Latihan MySL di Puchong yang telah di naiktaraf, pada masa ini ada 100 orang peserta dari seluruh negara sedang mengikuti kursus. Kursus Insentif MySL selama 3 minggu di adakan di Hotel Pearl International, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur dan Hotel Selesa, Johor Bahru; setiap sesi menerima 30 peserta di satu tempat yang terdiri daripada guru sekolah khas, intergrasi, kakitangan kerajaan dan sebagainya.

Hingga saya menulis, Kursus Insentif MysL telah masuk ke siri 3, sejumlah 180 orang telah mengikutinya.

Projek ini juga membuat setiap minggu saya kena pergi ke JB, KL dan Puchong untuk memberikan ceramah mengenai MySL, Budaya Orang Pekak, Komuniti Pekak dan sebagainya. Orang Pekak juga memanfaatkan program ini dengan menjadi tutor MySL kepada peserta.
Sariah bertugas sebagai tutor di KL dan Yazid di JB. Zaine dan Azman bertugas di Pusat Latihan MySL. Kelas MySL juga dibuka kepada umum di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Chung Kim Cheong dan di Miri oleh Victor Hii. Juga terdapatnya tutor sedang menunggu masa untuk mengajar MySL di negeri masing-masing.

Kelab Tutor MySL juga akan ditubuhkan bagi tujuan untuk mempertingkatkan kemahiran para tutor untuk mengajar MySL kepada umum melalui workshop, perbincangan dan sebagainya.
Modul kursus asas MySL juga telah dibangunkan dengan kerjasama dari JICA Jepun, ianya sedang di amalkan di sini dan hasilnya adalah sangat bagus. Sebagai bukti, peserta kurusu insentif menjadi jurubahasa isyarat, juru acara dan membuat persembahan dalam MySL di majlis penutupan.

Pihak MFD juga sedang memperbaiki modul kursus yang sedia ada bagi menepati piawai serta dijadikan satu kursus kemahiran yang diiktirafkan.

Kelab ini juga akan mengadakan MySL Akademi iaitu mencari bakal tutor MySL yang akan membuka Kelas MySL di merata tempat. Siapa yang berminat sila dapatkan maklumat dari Persatuan masing-masing.

Pada masa ini juga, unit Pembangunan MySL juga telah ditubuhkan. Ianya bertujuan untuk R&D dan membawanya untuk pengiktirafan sebagai bahasa rasmi kita. Unit ini mempunyai sebuah studio yang akan mengeluarkan bahan ilmiah, bahan bacaan dan tontonan dalam bentuk hard dan soft copy.

MFD mempergunakan sepenuhnya peruntukan tersebut dan hasil darinya dapat dilihat dalam masa yang mendekat.

Sesiapa yang ingin melihat kejayaan dan kebanggaan komuniti kita silalah datang ke tempat yang dinyatakan tadi dan saksikanlah sendiri.

Jumpa lagi.

1 comment:

Unknown said...

salam..
saya fayrooz. saya berminat dgn prog2 kelab MySl ni..adakah prog2 tersebut hanya untuk mereka yg terpilih shj yg dihantar kursus atau hanya mereka yg berkhidmat dalm bidang ini shj? adakah kelab ini menganjurkan kursus tuk kerjaya? maksud sy skim latihan graduan menganggur ke kemudian ditempatkan di mana2 institusi atau organisasi?

http://www.bankrakyat.net/?ref=FAY