Untuk
menguasai bahasa pertuturan iaitu Bahasa Melayu atau Inggeris memerlukan
sokongan banyak pihak kerana kesedaran tersebut akan menyakinkan usaha untuk
mencapai matlamatnya.
Sebagai
proses biasa, ibubapa akan konsultasi dengan pakar perubatan atau pegawai
kebajikan untuk mendapatkan nasihat apabila didapati anak mereka yang disahkan
Pekak. Pada waktu itu adalah saat yang sangat penting bagi ibubapa membuat
keputusan yang betul untuk anak mereka. Jika tersalah memberi informasi
akibatnya adalah buruk. Adalah kebiasaan pakar perubatan akan memberikan
medical perspective atau pandangan perubatan iaitu penggunaan alat bantu
pendengaran untuk penyelesaian masalah orang Pekak tetapi dari sudut pandangan sosial
adalah berbeza kerana ianya lebih cenderung kepada kepentingan komunikasi.
Komunikasi
yang dimaksudkan ialah bentuk bahasa, bahasa vokal (bahasa pertuturan) dan bahasa
non vocal atau bahasa isyarat. Kedua-dua bahasa tersebut adalah berbeda kerana bahasa
isyarat tidak mengeluarkan bunyi dari mulut.
Oleh itu
perkara utama ialah kefahaman definasi pekak, jika kira cari artinya melalui
Kamus Dewan, pekak bermaksud tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat
mendengar dengan baik. Justeru itu, ia membawa bermaksud 2 kumpulan iaitu pekak
dan kurang pendengaran. Kita tidak boleh satukan 2 katergori tersebut dalam
satu kumpulan kerana kemampuan dan methode menguasai bahasa pertuturan.untuk 2
kumpulan yang berbeda.
Bahasa Melayu
adalah bahasa vokal (pertuturan), untuk menyebut perkataan Bahasa Melayu adalah
berkaitan dengan pendengaran seperti vokal, konsonan dan diftong. Orang pekak
tak dapat mendengar dan tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dalam Bahasa
Melayu atau Inggeris dengan betul. Apabila mereka tak dapat mendengar bunyi dan
mengenal perkataan tersebut, mereka tidak dapat mengeja dan menulis dengan
betul. Oleh itu untuk memenuhi keperluan pendidikan kita iaitu kemahiran Bahasa
Melayu, orang pekak terpaksa menggunakan teknik hafalan setiap perkataan Bahasa
Melayu. Menghafal 10,000 kosa kata itu satu yang amat beratkan?
Paling
mencabar untuk mereka ialah apabila membuat karangan Bahasa Melayu, jadi untuk
membantu mereka menulis, kita hendaklah terlebih dahulu menguasai bahasa pertuturan
mereka iaitu bahasa ibunda mereka atau bahasa pertama mereka atau bahasa isyarat
untuk menerangkan peraturan bahasa tersebut; cara mengolahkannya mengikut intonasi,
peraturan serta budaya bahasa.
Jangan sekali membiarkan mereka sendirian serta menganggap yang mereka memahaminya apa yang anda cakap. Kegagalan mereka menguasai bahasa tersebut boleh disebabkan kegagalan pengajarnya membimbing dengan cara yang betul.
Kesimpulannya,
untuk membantu orang Pekak menguasai bahasa hendaklah bermula dari awal. Para
pegawai perubatan hendaklah memaklumkan kepada ibubapa akan kepentingan
komunikasi, tak kira mengguna bahasa isyarat atau alat bantu pendengaran, yang
penting ialah melengkapkan kanak-kanak pekak tersebut dengan asas bahasa pertama
yang kukuh. Dengan adanya asas bahasa tersebut akan memudahkan untuk menguasai bahasa
kedua iaitu bahasa pertuturan.
Di universiti
juga mesti mengadakan subjek Pengajian Bahasa Isyarat Malaysia untuk guru yang
ingin mengajar di sekolah pekak dan bahagian yang bertanggungjawab menghantar
guru baharu ke sekolah Pekak mesti pastikan mereka mempunyai sijil kemahiran
berbahasa isyarat dari university tersebut.
Masa hadapan
orang Pekak tak akan gelap jika tiada bahasa seperti dinyatakan oleh pakar
perubatan tetapi sememangnya akan gelap jika tidak dibimbing cara betul untuk
menguasainya.