Lee ialah sahabat lama saya. Kita lama tak berjumpa kerana
kesibukan tugas. Takdir telah menemukan kita dan terus pergi pekena teh kat
warong berdekatan.
Kita berbicara kisah lalu dan dia menceritakan bahawa sudah
menjadi pemandu UBER selama 2 tahun. Dengan menggunakan Perodua Myvi dia
bekerja sepenuh masa dan pendapatannya adalah lebih dari apa yang dia dapat
semasa kerja di syarikat.
Saya mengorek cerita apakah cabarannya sebagai pemandu UBER
Pekak.
Jawapannya adalah positif. Perlu kerja kuat, dedikasi dan
bersabar. Hujan, panas, jem dan sebagainya perlu dilalui dengan sabar. Mencari
rezeki bukannya senang katanya.
Ada orang panik bila mengetahui anda pemandu Pekak? Tanya
saya.
Jawapannya tidak, sistem e-hailing UBER ada memaklumkan
bahawa pemandu itu Pekak.
Komunikasi macamana? SMS dengan klien. Anda mesti menguasai
BM dan English supaya tidak menjadi miscommunication.
Cabaran yang paling sukar? 2 kali membawa klien buta. Nak
beritahu bahawa saya pemandu pekak tapi dia tak nampak bahasa isyarat saya. Nak
tulis dia tak nampak tulisan saya. Jadi saya hantar dia sahaja ke lokasi yang
diminta dan sampai di lokasi saya minta orang awam bantu menanya apakah lokasi
itu betul? Phuuhhh..
Untuk mengambil orang buta pun masalah. Dah nampak dia tapi
macamana nak panggil dia masuk kereta? Nak tanya, saya tak boleh bercakap. Jadi
saya terus tepuk bahu dan pimpin masuk kereta. Nasib baik tak kena pukul dengan
tongkat putih kerana mungkin tersalah orang... ingat saya nak culik dia...
hahahaha.. cerita Lee.
Nasib baik saya sudah biasa dengan OKU dan tahu cara
membantu mereka melalui program DRST - Disabled Related Service Training.
Untuk berkomunikasi dengan orang buta senang sahaja, sms
atau whatsapp kepada orang buta guna smart phone or stupid phone. Mobile phone
memang ada aplikasi teks ke voice dan orang buta juga boleh menulis mesej
kerana dalam aplikasi itu juga ada voice to teks.
Senang bukan? Saya juga berpengalaman share room dengan
orang buta dan kami berkomunikasi sambil bergurau melalui whatsapp.
Terima kasih kepada teknologi.
Nak cjadi pemandu UBER atau GRAB? Tiada halangan untuk
anda untuk menambah pendapatan anda.