Malaysia sedang berusaha menuju menjadi sebuah negara yang maju dan hampir menjadi kenyataan. Sebagai rakyat Pekak saya juga amat bersetuju dan berharap akan negara yang tercinta ini menjadi sebuah negara yang maju yang di hormati dan dicontohi dunia ini.
Saya pernah melawat, mesyuarat dan diundang menjadi penceramah di beberapa buah negara maju dan mengikut penilaian dan perbandingan saya memang bertepatan dipanggil negara maju secara fizikal dan rohaniah.
Berbalik kepada Malaysia cabaran untuk menjadi negara maju, kita tidak ada halangan di segi pembangunan fizikal tetapi rohaniah. Maksud saya ialah sikap dan mentaliti rakyat Malaysia, isunya ialah Orang Pekak yang tidak lari daripada direndah martabatnya, dipermain, dihina dan menjadi bahan negatif oleh orang bukan Pekak.
Kita ambil beberapa contoh :
Maksud pekak Kamus Dewan Bahasa Pustaka Edisi Keempat
PEKAK : tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dgn baik, tuli: ayahanda orang tua, kabur mata, ~ telinga; 2. bengap, tidak nyaring bunyinya; ~ (-pekak) badak a) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar; b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; c) tidak mendengar bunyi (suara) yg kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yg lembut; ~ labang kurang baik pendengarannya, tuli sedikit; yg ~ pelepas bedil, yg buta pengembus lesung, yg bisu penggera ayam, yg lumpuh penghuni rumah prb setiap orang ada gunanya; memekak membuat bising; memekakkan 1. menjadikan pekak; 2. menyebabkan terasa pekak: bunyi enjinnya ~ telinga. terpekak pekak dgn serta-merta (kerana kepalanya kena pukul dll).
(sumber : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pekak)
Kamus Pelajar Edisi Kedua
PEKAK : tidak dpt mendengar sama sekali; tidak dpt mendengar dgn baik; tuli. ~ badak tidak dpt mendengar bunyi yg kuat tetapi dpt mendengar bunyi yg perlahan. memekakkan 1 menyebabkan jadi pekak. 2 menyebabkan berasa pekak: Bunyi enjin kapal terbang itu ~ telinga.
(sumber : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pekak)
Cuba baca perbandingan maksud pekak daripada negara maju.
Definition of deaf
adjective
lacking the power of hearing or having impaired hearing:
I’m a bit deafdeaf children
unwilling or unable to hear or pay attention to something:
she is deaf to all advice
Phrases
(as) deaf as a post
completely or extremely deaf.
fall on deaf ears
(of a statement or request) be ignored.
turn a deaf ear
refuse to listen or respond to a statement or request.
(sumber : http://oxforddictionaries.com/definition/american_english/deaf)
Maksud Pekak Kamus Dewan Edisi 4 iaitu b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; wajar tidak berlaku kerana ianya menggalakkan melabelkan orang Pekak sebagai kumpulan yang degil, bodoh atau sombong. Apakah maksud itu boleh dipakai iaitu jika kita sudah pekak akan berpura-pura tidak mendengar? Jelas sekali di negara kita kekurangan ahli bahasa yang arif.
Amat menyedihkan perkataan pekak di gunakan sebagai bahan ketawa atau merendahkan martabat orang lain. Sebagai contoh, dewasa ini ramai orang terutama ahli politik walau memegang ijazah yang serta tinggi ilmu agamanya tanpa rasa bersalah menggunakan perkataan pekak atau buta untuk menyerang parti lawan berkaitan dengan maksud Kamus Dewan di atas.
Apakah orang Pekak di Malaysia ialah kumpulan yang degil, bodoh dan sombong berbandingkan dengan orang Pekak di negara maju? Mengapa orang di negara maju di sana mengelakkan menggunakan perkataan yang negatif tertuju kepada orang Pekak?
Sebab utama ialah di negara maju mereka menghormati orang lain serta memahami keperluan golongan itu. Kalau tak yakin bacalah dokumen seperti UN Convention on the Right of People with Disabilities, UN Standard Rules on the Equalization of Opportunities for PWD, ADA, dan sebagainya. Semua dokumen itu di keluarkan daripada negara maju. Walhal dalam agama kita, AlQuran, kitab dan sebagainya juga ada menyuruh umat Islam supaya menghormati sesama sendiri.
Memang ada orang Pekak itu degil, bodoh dan sombong tetapi yang menyebabkan mereka menjadi bagitu ialah kerana ketiadaan bimbingan atau komunikasi yang betul bersesuaian dengan keperluan mereka. Adakah guru, guru agama, ibubapa, keluarga, kawan mempunyai kemahiran dalam bahasa isyarat, boleh berkomunikasi dan membimbing orang Pekak akan baik buruknya sesuatu perbuatan?
Orang Pekak juga dikurniakan akal oleh Allah swt dan mereka tidak akan menjadi degil, bodoh atau sombong seperti mana orang yang boleh mendengar akan menjadi baik apabila memahami bimbingan yang diberikan.
Ini lah cabaran untuk kita menjadi negara maju iaitu mengubah sikap masyarakat kita kerana ianya berlaku sejak lama seperti mana dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda :
orang pekak membedil meriam
orang buta menghembus lesung....
Saya pernah mendiamkan diri apabila ada orang bukan pekak mengata orang Pekak berkahwin tidak tahu tanggungjawab rumah tangga sebab hanya tertumpu di celah kangkang perempuan sahaja.
Memanglah, kita manusia termasuk orang Pekak mempunyai perasaan dan nafsu yang di cipta oleh tuhan dan berdosa jika anda cuba menyekatkannya. Tetapi apakah di Malaysia mempunyai orang yang mampu membimbing kami ajaran agama, mengajar kami memahami apa itu qada qadar, mengawal nafsu dan sebagainya.
Walaupun kami di label sebagai degil, bodoh atau sombong namun orang Pekak tidak sekali-sekali membunuh bayi atau membuang bayi.